»»-12-««






━━━━━ ▣ ━━━━━


"Macam mana semalam? Best tak dating dengan bakal suami kamu?" Soal Puan Kim merangkap bakal ibu mertua. Shae In memandang wajah Taehyung yang duduk bertentangan dengannya.

Lelaki itu tidak mempamerkan apa-apa reaksi. Dia lebih fokus bermain dengan telefon pintar. Shae In kemudiannya mengukir senyum simpul kepada Puan Kim.

"Okey je eomma. Taehyung ajak saya tengok wayang semalam." Balas Shae In. Dalam hati ingin sahaja dia memberitahu layanan kasar Taehyung terhadap dirinya.

Tapi bila diingat kembali, yang lepas tu lepaslah. Dia tidak mahu keruhkan keadaan.

Puan Kim tersenyum lebar. "Haa lega eomma dengar. Malam nanti, Taehyung dengan Shae In ikut eomma ya? Kawan eomma ada buat majlis ulang tahun perkahwinan dia dengan suami. Ala Puan Park dengan Tuan Park, Taehyung kenal kan?" Bahu Taehyung dicuit sedikit.

Taehyung mengumam malas sambil mengangguk. "Hurmm.. Dah tua-tua pun masih nak celebrate."

Peha anak lelakinya dicubit kuat. "Eomma jealous tengok keluarga Puan Park tu, yelah bahagia je. Eomma ni dahlah janda anak satu, aih." Keluh Puan Kim.

"Eomma jangan mengada nak kahwin lagi. Taehyung ada untuk jaga eomma." Biarpun nadanya dingin namun setiap perkataan yang keluar mempunyai maksud yang mendalam.

Puan Kim terharu, begitu juga dengan Shae In. Gadis itu tersenyum dalam diam. Dia yakin Taehyung seorang yang penyayang. Mungkin lepas mereka kahwin nanti, hubungan yang pahit ini akan berubah kepada manis.

Masa yang menentukan dan itu yang Shae In harapkan.

◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐

Jimin 🍙

Malam ni datang rumah saya.

Pakai cantik-cantik.

????

Nak buat apa datang sana?

Malas lah.

Jumpa bakal mertua
awak lah.

Taknak ke?

🐽

Hahah!

Family saya ada buat
majlis ulang tahun
perkahwinan.

Jangan risaulah, keluarga
terdekat je yang raikan.

Awak datang, eh?

Saya ambik awak malam nanti.

Saya bukannya keluarga awak
pun.

Ajaklah orang lain.

Kita kawan, kan?

Eomma saya pun
benarkan saya ajak awak.

Jomlah, boleh kenal-kenal
dengan eomma saya.

Dia baik, lawa, letops
Aums.

HAHAHA!

Yelahhh.

Saya tunggu awak, malam ni.


◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━

8.30pm.

"Awak memang cuba nak goda saya ke apa ni?" Jimin yang fokus memandu, menyoal kepadaku.

Aku mengerut dahi. "Goda apanya? Saya pakai biasa je kot." Balasku sambil menilik dress off shoulder yang berada di tubuhku. Warna merah, comel je.

"Saya dah berpeluh ni, Aeryl."

"Otak tu jangan kuning sangat!"

Jimin tergelak besar. "Maksud saya, panaslah. Awak tak panas ke? Saya lupa pasang aircond." Jari gebunya menekan memasang penghawa dingin. Aku sekadar diam.

Pipiku membahang panas. Dia ni tak sah kalau tak usik aku. Lama kami menyepi sehingga kereta Jimin sudah berhenti di hadapan sebuah rumah mewah. Aku terpegun seketika, woah!

Enjin dimatikan. Jimin merenggangkan badannya ke kiri dan kanan sebelum menegurku.

"Aeryl? Jomlah, turun."

"Ah ya ya." Balasku kekok. Aku dan Jimin mula turun dari kereta. Tiba-tiba jantungku berdegup laju. Mungkin sebab aku nervous nak jumpa bakal mertua---eh.

Kami berdua jalan seiringan. Sempat aku mengerling ke arah sebuah lagi kereta hitam yang terparkir elok bersebelahan kereta Jimin.

Macam familiar.... Mungkin itu kereta spare dia, fuh boleh tahan kaya juga lelaki ni.

Saat kakiku mencecah masuk ke dalam, aku dan Jimin disambut mesra dengan dua wanita berusia yang sedang berdiri di muka pintu dengan senyuman manis. Aku membalas senyum.

"Selamat datang, cik dan tuan Jimin." Sapa mereka serentak.

"Eomma dengan appa mana?" Soal Jimin terus.

"Puan dan Tuan Park berada di ruang tamu, tuan. Nampak gaya,mereka sedang menunggu kedatangan tuan dan cik di sana." jawab salah seorang dari mereka.

Aku yang berada di sisi Jimin,hanya memasang telinga. Jimin mengangguk kecil sebelum tapak tanganku diraih dan digenggam erat. Aku hampir terciduk.

"Oh ya? Kenalkan,ni girlfriend saya. Aeryl."

Aku tersengih menahan malu di hadapan dua wanita ini. Berkerut-kerut dahiku ingin melepaskan genggamannya tetapi tidak berjaya. Huh,apa motif dia buat macam ni?!

Jangan sampai aku sepak dia buat kali kedua,jatuh peranakkan kau Jimin---

Setelah bertegur sapa buat beberapa minit, Jimin langsung membawaku masuk ke bahagian ruang tamu. Semasa kami melangkah, Jimin sempat berbisik ke telingaku.

"Act properly, your ex boyfriend is here."

Dan saat itu juga, sepasang mata Taehyung dan bakal isterinya bertembung dengan aku dan Jimin.

~•~

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top