02 ♥ PAGI BERSAMA ABBY

Matahari terik menyinari Perkampungan Sunnyi. Perkampungan Sunnyi adalah perkampungan yang aman di mana penduduknya kebanyakkan terdiri daripda para peladang, peternak dan juga peniaga. Satu-satunya perkampungan di dunia Ghais Lavanark yang kaya dengan pelbagai jenis ladang, kebun, dan juga ternakkan.

Matahari yang terik menyinari melalui jendela di kamar pembaringan Una. Una pula masih berselubung dengan selimut tebalnya. Masih lena dibuai mimpi indah.

Abby, kucing berbaka abyssiniannya sudah mula mengiau. Itulah rutin hariannya. Mengejutkan tuannya yang sungguh liat untuk bangun dari tidur.

Namun suara kucing itu langsung tidak membangunkan Una dari alam tidurnya.

Abby masih tidak berputus asa. Terus dia melompat ke atas katil dan mula berjalan diatas tubuh tuannya. Una langsung tidak bergerak. Sambil itu Abby terus mengiau. Sehinggalah kucing itu berada di hadapan wajahnya barulah Una bergerak. Namun hanya tangannya sahaja yang bergerak. Tangannya yang masih longlai berusaha diangkat untuk mengusap kepala Abby.

Abby suka apabila kepalanya dibelai. Terus dia berhenti mengiau dan memejam matanya erat. Abby mula menghasilkan bunyi getaran daripada kotak suaranya.

Tangan Una yang sedang mengusap kepala Abby perlahan-lahan berhenti dan terus terkulai. Una tertidur semula.

Abby sedar akan perkara itu lalu dia terus menggeselkan tubuh berbulunya pada Una. Semakin lama semakin kuat dia menggeselkan tubuhnya.

"Baiklah Abby..."

Suara Una lemah.

"Saya bangun."

Una akhirnya membuka matanya sambil mengusap-usap kepala Abby. Dia tersenyum melihat Abby. Haiwan kesayangannya. Haiwan peliharaan tercintanya.

Jarinya kemudian memicit perlahan hidung merah jambu kecil milik Abby. Hidungnya sejuk.

"Nak apa pagi ni sayang? Susu?"

Una terus bangkit dari pembaringan dan terus mendukung Abby. Dahi Abby dikucup dengan bibirnya.

Abby berbunyi manja. Telapak tangan lembut Abby diletakkan di atas dahi Una. Una lantas ketawa kecil. Hatinya terasa bahagia. Setiap saat bersama Abby tidak pernah dianggap sia-sia.

Setelah bersarapan dan mandi Una terus menyelongkar almari pakaiannya. Gadis itu sedang berkemban dengan tuala singkat sambil cuba mencari pakaian yang bersesuaian dengan dirinya pada hari ini. Rambut 'burgandy' yang masih lagi basah dibiarkan menitis. Dia ingin mengenakan pakaian yang sepadan dengan Abby. Ya. Hari ini Una bercadang ingin keluar bersiar-siar bersama Abby.

Abby sudahpun siap berantai hijau bersama reben kuning yang sepadan dengan warna matanya yang hijau kekuningngan. Sementara menunggu Una bersiap, Abby sibuk menjilat bulunya yang berwarna gangsa keperangan, membersihkan dirinya.

"Jumpa!"

Una akhirnya jumpa bajunya yang sepadan dengan Abby! Blouse bewarna kuning cair bersama kain labuh bewarna hijau rumput bersama corak bunga-bunga kecil bewarna kuning.

"Tunggu sekejap, ya? Saya bersiap dulu. Nanti kita keluar bersama-sama!"

ujar Una tersenyum riang sambil memeluk pakaiannya.

Begitulah Una dengan kehidupan hariannya. Sentiasa bercakap dengan Abby seolah-olah Abby memahaminya. Ramai juga kawan-kawannya mempersoalkan sikapnya. Namun dia tidak peduli. Una yakin Abby memahaminya. Sesungguhnya Abby adalah cinta hatinya.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top