BAKI BUKU
BUKU SAYANGKU ABANG SIPUT BERBAKI DUA BUAH (2) SAJA LAGI. DENGAN PENERBIT SUDAH SOLD OUT. SAPA CEPAT DIA DAPAT. JOM PM SAYA DI NO WHATSAPP 0175816031
BLURB :
Abang Sado Takut Bini
Arena Yidin
“Tak ada lelaki dalam dunia ni yang takut bini. Cuma itu cara diorang menghargai dan menghormati pasangan. Itulah yang abang lakukan. Kalau orang lain tersalah tafsir, apa boleh buat...” JOHAN.
Hayati sakit hati gara-gara menjadi umpatan jiran tetangga. Puncanya hanya satu dari secebis kisah rumah tangganya.
Johan yang hilang pekerjaan menawarkan diri untuk membantu menguruskan rumah tangga namun menjadi bualan mak cik bawang pula.
“Kenapa abang biarkan semuanya? Hati Yati sakit bila diorang mengumpat kita. Abang ni hati kayu ke apa? Tak ada perasaan?” HAYATI
Johan tidak ambil pusing. Dia malas hendak melayan. Baginya itu semua asam garam kehidupan. Yang penting dia sayang pada Hayati dan keluarga kecilnya.
Sudahnya satu hati sudah terluka. Hayati ingin mengakhiri semuanya. Barulah Johan sedar yang dia juga sepatutnya bersama menepis setiap badai rumah tangga. Gelaran ‘Johan takut bini’ tidak sepatutnya ada dalam rumah tangga mereka.
Dalam tekad untuk memujuk, dia kehilangan separuh nyawanya. Mampukah Johan hidup sendirian? Akan pulangkah Hayati di pangkuan? Hanya masa menentukan segalanya.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
BLURB
SAYANGKU ABANG SIPUT
ARENA YIDIN
Dia, Si jejaka pemalu yang dikenali Jay Razwil. Aku gelarkan Abang Siput kerana sikapnya yang terlalu lambat dalam membuat keputusan. Dia lambat pick up tapi sikap itu yang buat aku terpikat.
“Tak faham aku dengan kau ni Jihan. Kau biar betul nak dekat mamat lembut tu?” FIDA.
“Apasal tak boleh? Dia okey apa? Bukan lembutlah Fida, lambat pick up je. Tapi kan kau tahu tak Fida, ada satu aura tau dalam diri dia. Aku suka sangat.” JIHAN ANATASHA.
Paling aku suka, dia lelaki yang alim walaupun dia masih muda. Kerana keunikan yang susah ditemukan itu, bak kata pepatah, dia lelaki limited edition. Kerana itu aku suka padanya. Dia satu dalam seribu.
“Awak... tak baik tau. Perempuan tak boleh macam ni. Tak boleh kasar-kasar. Kena lembut. Tu, kenapa pakai seluar ketat? Astaghfirullahhaladzim! Dosa tau. Tukar balik.” JAY RAZWIL.
Hmm... apa pun, aku tetap suka dia. Walaupun dia slow macam siput, aku nak dia jadi pendamping aku sekalipun cuma dalam mimpi.
Paling penting, aku nak ubah dia jadi lelaki yang benar sejati. Gagah dan berani. Laju dalam tindakan. Dia, Abang Siput yang aku minat.
Mampukah aku untuk berganding dengan dirinya sedangkan aku sendiri berpewatakan ganas seperti lelaki?
Aku menyimpan angan untuk merubah hidup Jay Razwil namun kerana satu tragedi, sebaliknya yang berlaku. Akulah yang berubah. Itu takdir yang harus aku terima.
Hingga satu hari, Jay meminta aku menutup aurat bermula dari seluar koyak dekat lutut supaya ditutup dari pandangan ajnabi, aku mulai berfikir. Lelaki ini lain dari yang lain. Adakah aku bakal mendapat hidayah melalui lelaki ini?
arenayidin
15 Mei 2022
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top