TEASER 6
SAYANGKU ABANG SIPUT 2
ARENA YIDIN
TEASER 6
Jay yang sedang ralit mengisi makanan di dalam pinggan berhenti seketika sambil bercakap di talian telefon. Dia beri isyarat pada aku untuk memilih makanan yang ada di meja panjang.
“Sayang cepatlah. Abang tunggu dekat meja tadi ya.” Jay lambai tangan setelah dia habis bercakap dalam talian.
Laju aku memilih makanan. Ala kadar aje aku ambil beberapa jenis kuih dan segelas air sirap seraya menuju ke meja yang diberitahu Jay.
Tersenyum aku meluru ke arah Jay yang sedang menunggu di meja. Namun, belum sempat aku tiba, Emilia muncul dan terus meletakkan makanannya di atas meja yang sama. Terkedu aku di situ melihat pemandangan yang sangat menyakitkan.
“Emi? Kenapa pilih meja ni? Tolong ambil makanan awak. Tukar meja lain. Tu, Ana dah datang. Please!”
“Sekejap je Jay. Nanti Emi pergi. Emi nak ambil air sekejap. Boleh eh, Emi tumpang meja Jay?”
Jay usap rambutnya ke belakang. Tanpa aku duga, Jay ambil pinggannya seraya ingin beralih ke meja sebelah. Namun saat berpaling, tangan Emilia yang sedang memegang gelas berisi air oren telah terlanggar dada Jay. Habis basah kuyup baju Jay.
Melopong mulut Emilia. Entah dia sengaja atau tidak namun itu satu keberuntungan buat dirinya menurut aku. Laju tangannya menyapu baju Jay. Terkejut Jay di situ dengan tindakan Emilia. Apatah lagi aku yang sudah remuk hati dan jiwa.
“Astagfirullah hal adzim, Emi. Apa awak buat ni? Lepaskan tangan awak.” Jay berundur sedikit ke belakang.
“Tak apa, Jay. Salah I. I’m so sorry, Jay. I lapkan baju you. Sorry I tak sengaja.” Tangan Emilia melekap lagi di dada Jay. Kali ini dia semakin berani.
“Lepas Emi...” Jay menolak lagi.
Tanpa buang masa lagi aku hayun kaki dan bergerak di belakang Emilia. Pinggan dan cawan aku letak atas meja. Laju aku tarik lengan Emilia dengan kasar. Sebaik sahaja tubuh gadis itu berpaling, satu tamparan hinggap di pipi Emilia. Rasakan. Puas hati aku!
Merah padam wajah aku melihat tingkah Emilia yang menjengkelkan. Emilia meraba pipi yang menerima habuan tangan kanan aku tadi. Tahu pun sakit.
“Sayang! Kenapa buat macam ni? Ya Allah, sayang!” Jay tarik tangan aku. Aunty Lisa yang baru tiba agak terkejut dengan kejadian di depan mata. Wajahnya berubah.
“Habis tu nak buat macam mana? Nak tepuk tangan? Abang ingat dia tak sengaja ke buat macam tu?” Geram aku membalas.
“Istighfar, sayang!”
“Dah! Tak ada nak istighfar dah. Hati Ana ni sakit tengok dia merenyam dari tadi. Abang boleh nak biarkan macam tu lagi? Abang ni bila lagi nak sedar, hah?”
“Ana!”
“How dare you? Yang you suka-suka nak tampar I ni dah kenapa? Jay tengoklah, sakit pipi I ni!” Emilia meraih simpati pula. Bertambah sakit hati aku melihat tingkah Emilia yang tak tahu malu.
“Kaulah merenyam tu kenapa? Aku tampar dah cukup baik tau. Ke kau nak rasa penumbuk aku pulak hah? Aku dah hilang sabar dengan kau ni. Geram betul aku lahai... arrgh!”
Dush! Satu tumbukan padu dari buku lima aku mengena perut Emilia. Meraung Emilia di situ meringis kesakitan. Rasakan penumbuk Jihan Anatasha!
arenayidin
15 Jun 2023
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top