;15t
Terlalu banyak flashback berkenaan masa silam aku sehingga aku terlupa untuk mencoretkan kisah yang berlaku sekarang. Mungkin, yang pahit itu indah. Yang pahit itulah yang mencorakkan aku. Agar menjadi manusia yang lebih tabah dalam mengharungi perit getir liku-liku kehidupan.
Atau mungkin, ianya sekadar penyeri kehidupan.
----
9.1.20__
"Port klang? Betul kot", laju aku melangkah ke arah bas itu. Segera aku mendapatkan tempat duduk. Hampir dua tiga minit aku termenung, aku tersedar sesuatu.
"Lencong ni. Bukan jj ni. Aduh, dah salah ambik bas ke?", aku mengeluh kebimbangan.
Aku mula terasa lelah. Penat. Latihan rumah sukan yang ku hadiri tadi, memaksaku untuk balik pada jam 4 petang. Tambahan lagi, air yang ku bawa, sudah habis. Aku kurang gemar untuk mengisi kembali di water cooler. Bau dan rasanya, agak tidak menyenangkan.
Aku semakin dipagut keresahan, apabila bas itu berhenti di stesen bas yang aku kurang arif jalannya di mana. Punat telefon lantas ditekan. Kedengaran itu dengan tona suaranya yang tinggi. Aku menahan rasa.
Aku membuka aplikasi WhatsApp, bercadang untuk menukar status menjadi:
' relax, tarik nafas, hembus. tarik nafas, hembus. relax. relax. fuh, jangan risau. ALLAH ada. relax.'
Macam biasa, suara aku secara automatik menjadi garau apabila situasi kian menjadi tidak terkawal. Aku membaca surah Al-Fatihah, Al-Insyirah dan ayat Kursi. Suara aku masih lagi garau walau telah menyudahkan bacaan suci itu. Selang dua tiga saat, suasana menjadi seperti normal akhirnya.
Tidak. Aku tipu. Ketika, dia datang. Ianya bermula dengan ayatnya.
Mari kita gambarkan.
Pernah tidak, kau menangis dalam keadaan kau kesepian, bersendirian, tidak menggerakkan badan, tidak menzahirkan perasaan serta tidak mengeluarkan walau sedesing pun bunyi dari pancaindera kau? Kau di dalam keadaan yang sangat perih untuk berbuat apa-apa. Sangat menyedihkan.
Kau kekal begitu. Kerana kau sedar, tidak ada yang akan memandang, tidak ada yang akan menolong, tidak ada yang akan menghulur bahu. Tidak ada. Tidak ada.
Yang ada, hanya kau seorang. Ya, hanya kau yang mampu membantu diri kau. Tiada yang lain. Melainkan Dia.
Aku terasa sebak apabila mula terfikirkan sesuatu perkara.
'Dia tidak pernah memanggilku sayang. Tidak pernah. Apa aku tidak ada erti lagi buat dirinya? Benarkah?'
Kenyataan yang pahit. Sepahit hempedu.
'Jangan jadi budak-budak, kau sudah besar. Hentikan air matamu. Dia tidak akan simpati.'
Sudahnya, dengan sekadar tiket 'aku sudah besar' membuatkan aku tidak layak untuk menerima panggilan 'sayang' itu? Begitu?
'Tidak usah berangan lagi. Bangun. Kau perlu usaha sendiri.'
Aku mahu membalas kata kata berbisa dari sang hati. Namun aku gagal. Dasar si lemah. Apabila merenung kembali kata-katanya, terasa ada benar.
Biarlah, aku mencari kebahagiaanku sendiri.
--
Aku menjadi semakin malas untuk bangkit dari pembaringan. Nikmat tidur itu, tidak mungkin aku persia-siakan. Ganjaran setelah penat berhempas pulas menangani kerenah si-gila-yang-obses-sempurna. Ni no ni no, bunyi alarm telefon-ku yang telah di-snooze untuk berapa puluh kali. Terlalu malas, aku menolak butang pangkah dengan menggunakan ibu jari ke arah telefon yang sudah terperosok di bawah kaki ku.
Hari ini hari cuti. Maka tidak hairanlah jika kau melihat aku sebegitu malas. Perut berkeroncong, aku hanya membiar. Susu Goodday yang telah aku sediakan siap siap dari malam tadi, aku capai dari atas meja di sebelahku.
Aku memandang bingkai gambar di sebelah,
"Kenangan boleh dicari"
Aku tolak bingkai itu dengan kasar. Berdesing bunyinya, bila ia mencium lantai. Aku biarkan ia terkontang kanting di situ, sebelum di sapu.
Aku mara ke bahagian kotak simpanan. Buku buku aneh dan ganjil, yang pernah aku coretkan kenangan bersama, aku koyak, dan di masukkan ke dalam plastik hitam. Aku berazam untuk membakarnya.
Segala macam bentuk kenangan, yang madu serta yang hempedu, aku ambil, musnahkan, dan buang.
"Kenangan boleh dicari", aku mengulang ulang ayat keramat itu.
Tangan aku ligat, memusnahkan semua bentuk kenangan sepanjang empat tahun aku menetap di neraka itu sambil mulut aku bernyanyi perlahan,
"Kenangan boleh dicari".
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top