Part 9
Hisham berjalan pantas merentasi setiap koridor kolej itu. Jantungnya kini berdegup pantas seiring dengan langkahnya. Telefon bimbit yang dipegang sekejap ditekan, sekejap lagi didekatkan ke telinga. Syazani turut melakukan hal yang sama di sebelahnya. Mereka terpandang kelibat Farra bersama Jyra, Mira dan Malisa sedang duduk di pondok depan asrama perempuan itu. Mereka segera ke sana tanpa berlengah lagi.
"Farra."
Serentak kesemua mereka menoleh walaupun hakikatnya hanya Farra seorang saja yang dipanggil.
"Ada apa kamu panggil kami ke sini tiba-tiba?" Tanya Farra serta-merta. "Ada jumpa apa-apa maklumat?"
Hisham tercungap-cungap kepenatan. "Hassan... Hassan dengan Sukarnain hilang."
Serentak Farra, Malisa, Mira dan Jyra terkejut kemudian berpandangan sesama sendiri dengan mata terbuka luas.
"Macam mana boleh jadi macam tu pula?" Tanya Malisa.
"Tak tahu." Syazani bersuara turut kepenatan. "Bila kami bangun saja mereka dah tak ada. Kami dah cari seluruh asrama... Kat masjid pun tak ada."
"Baik kita keluar je dari sini." Mira semakin ketakutan.
"Takkan nak biarkan mereka hilang macam tu je." Malisa merenung Mira tajam. "Kita kena cari mereka juga."
"Tapi macam mana?" Mira membalas renungan gadis itu.
"Farra..."
Farra menoleh memandang Malisa.
"Macam mana kau dapat jumpa kami dulu?" Tanya Malisa acuh tak acuh.
Farra memandang Syazani sekali imbas kemudian menarik nafas perlahan. "Kan kita ada dapat klu hari tu."
"Ya juga." Malisa mendengus perlahan.
"Sekarang kita tak dapat apa-apa petunjuk..." sambung Farra. "Melainkan nombor misteri tu."
"Entah nombor siapa lah tu." Malisa memandang telefon bimbitnya sekali imbas.
"Hisham ada dapat apa-apa mengenai nombor telefon bimbit tu ke?" Mira memandang Hisham.
Hisham menggelengkan kepalanya. "Tak ada mana-mana pusat yang ada daftar nombor macam tu."
Mira mendengus perlahan.
"Kamu ada terima panggilan macam tu?" Malisa memandang Hisham dan Syazani silih berganti.
Kedua-dua lelaki itu menggelengkan kepala.
*
Kehilangan misteri yang menimpa pelajar itu satu-persatu benar-benar merumitkan keadaan. Tragedinya hampir sama dengan kes cuti semester yang lalu. Akan tetapi kali ini sedikit berbeza kerana mereka langsung tidak mempunyai apa-apa petunjuk melainkan nombor misteri yang sering menghubungi mereka.
TRUUTT!! TRUUTT!!
Mira tersentak seketika. Dia memandang telefon bimbitnya yang sedang bergetar di atas meja. Hatinya berdegup kencang saat melihat nombor yang tertera pada skrin hadapan itu. Nombor itu lagi. Nombor misteri yang sering menghubungi mereka.
Mira mencapai telefon bimbitnya dalam keadaan terketar-ketar. Dia segera menjawab panggilan itu. "He... Hello?"
Seperti biasa, tiada sahutan yang diterima.
"Hello?" Mira menelan air liurnya.
Kedengaran suara seseorang sedang bernafas dari dalam talian.
"Aku tahu kau ada di talian ni..." Mira bersuara agak keras. "Apa yang kau nak?!"
Masih tiada sebarang suara yang menyahut.
"Jangan nak main-main lah!!" pekik Mira.
Tidak semena-mena Mira tersentak. Darah merah terasa mengalir deras dalam badannya. Nadinya seperti berhenti berdenyut saat itu. Dia dapat mendengar suaranya sendiri dari dalam telefon itu. Maknanya orang yang berada dalam talian itu kini berada berdekatannya.
*
"Kak Mira!!"
Malisa terkedu apabila membuka pintu bilik Mira. Kipas dan lampu bilik itu masih terpasang. Barang-barangnya sedikit bersepah. Selipar Mira juga ada di hadapan pintu. Perlahan-lahan Malisa mencapai telefon bimbit yang berada di lantai bilik itu. Ia terhenti pada panggilan log masuk. Namun, tiada panggilan yang mencurigakan. Malisa mendengus perlahan. Dia tahu Mira kini hilang.
Malisa segera berlari menuju ke bilik Farra dan Jyra. Dia merentap daun pintu bilik tanpa memberi salam atau ketukan. Serentak kedua-dua gadis yang menghuni bilik itu menoleh memandangnya.
"Kenapa, Mel?" Farra sepertinya dapat mengesan ada sesuatu sudah berlaku.
Malisa tidak menjawab sebaliknya meletakkan telefon bimbit Mira di atas meja. Serentak Farra dan Jyra berpandangan sesama sendiri kemudian mendengus perlahan.
"Kak Mira hilang?" Jyra memandang Malisa.
Malisa mengangguk kemudian melabuhkan punggungnya di atas katil berdekatan Farra. "Dah sakit kepala aku dengan keadaan macam ni."
"Sabar, Mel..." pujuk Farra.
"Dah kes cuti semester hari tu selesai..." Malisa bersuara lagi. "Timbul lagi masalah baru."
Farra dan Jyra tidak bersuara.
"Nak minta bantuan pun tak ada orang nak percaya pada kita. "Malisa mendengus lagi sambil menepuk dahinya.
"Kita cuba cari jalan lagi." Farra cuba memberi semangat.
"Jalan apa yang kau nak cari?" Jyra merenung gadis itu. "Jalan mati??"
Farra membalas renungannya. "Hisham masih dalam usaha mencari nombor telefon tu kan? Kita tunggu je dulu."
"Tapi kita pun kena bertindak." ujar Malisa.
"Apa yang kita boleh buat?" Farra mengangkat keningnya.
Malisa berfikir seketika. "Entah lah tapi... Aku dapat rasakan orang-orang yang hilang ni ada kat sekitar sini je."
"Maksud kau?" Jyra memandang gadis itu.
"Mereka disembunyikan berdekatan sini je." Malisa mengalihkan pandangannya pada Farra. "Ingat tak waktu kau jumpa kami hari tu."
Farra hanya mengangguk.
"Kami disembunyikan kat kawasan sini je kan?"
"Ya." Farra mengiyakan. "Kat bilik rekreasi tak silap aku."
__________________________________
A/n: Yayyy! Hari ni dapat update jugak guys. Nasib baik la. Cerita ni ada beberapa bab je lagi. Dah nak klimaks ni. Sabar k. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top