Part 8
Syazani melangkah masuk ke dalam tandas itu seorang diri sambil membawa berus giginya. Dia berdiri di hadapan cermin besar yang berhadapan betul-betul dengan tandas. Dia mula membuka paip bagaimanapun menutupnya semula apabila terdengar bunyi flash dari dalam tandas. Dia berdiam diri seketika. Siapa yang ada di situ?
Pintu tandas itu dikuak perlahan. Syazani hanya mampu memandang dari dalam cermin. Dia menarik nafas lega apabila terpandang kelibat Sukarnain.
"Kau rupanya, Sukarnain." Syazani membuka semula paip air itu.
"Kenapa?" Tanya Sukarnain.
"Tak ada apa-apa." jawab Syazani. "Aku ingatkan siapa lah tadi."
Sukarnain hanya tersenyum. "Mana yang lain?"
"Kat bilik dah." beritahu Syazani. "Kau tak pergi bilik?"
"Hari ni stay bilik siapa?" Sukarnain kelihatan bersemangat.
"Kat bilik aku dengan Hisham lah." Syazani tersenyum sinis.
"Okey." Sukarnain melangkah pergi.
Syazani menoleh ke belakang untuk melihat kelibat Sukarnain berlalu pergi meninggalkannya. Dia terkedu seketika. Langsung tiada kelibat sesiapa di situ.
"Sukarnain..." panggil Syazani.
Tiada sahutan yang diterima. Syazani berfikir seketika kemudian segera beredar. Niatnya untuk menggosok gigi segera dibatalkan.
Pintu dikuak perlahan-lahan. Kelihatan Hisham, Sukarnain dan Hassan sudah bersedia untuk tidur.
"Kau kenapa?" Tanya Hisham apabila terpandang wajah pucat Syazani.
Syazani tidak segera menjawab sebaliknya memandang Sukarnain serius. "Kau ada ke tandas ke tadi?"
"Aku ke?" Sukarnain memandang lelaki itu sambil mengangkat keningnya.
Syazani mengangguk-angguk.
"Tak ada." Sukarnain menggelengkan kepalanya.
Syazani berfikir seketika. Jika benar apa yang Sukarnain katakan, jadi siapa lelaki yang berbual dengannya di tandas tadi?
"Kenapa, Syazani?" Tanya Hassan yang perasan ada sesuatu yang sudah berlaku.
"Tak. Tak ada apa-apa."
*
Mira duduk bersebelahan dengan Jyra agak cemas. Jyra duduk tenang di sebelahnya. Farra hanya memandang Malisa yang asyik mundar-mandir dari tadi.
"Okey!!" Malisa memberhentikan langkahnya. "Kita terima hakikat je lah yang Fiza sekarang ni dah hilang."
Tiada seorang pun yang bersuara atau membalas.
"Dah penat kita cari dari pagi sampai ke malam ni pun tak jumpa-jumpa juga." Malisa bersuara dengan suara lantangnya.
"Tapi macam mana dia boleh hilang?" Farra masih tidak puas hati.
"Selama ni orang hilang ada tanda-tanda lagi ke??" Malisa merenung gadis itu tajam. "Kita dah alami pun perkara macam ni sebelum ni."
"Hanya orang tu sendiri boleh cerita kan macam mana dia hilang." celah Mira. "Kita tak boleh nak simpulkan."
"Ya." sokong Malisa. "Kita tak perlu fikir macam mana mereka hilang... Kita kena fikir apa yang patut dibuat."
"Kamu tak rasa benda ni ada kaitan dengan kes cuti semester lepas ke?" Tanya Farra tiba-tiba membuatkan semua orang terdiam.
Tiada sesiapa yang boleh menjawab soalan itu.
"Waktu tu lebih kurang macam ni kan..." sambung Farra. "Satu-persatu dari kita hilang."
"Tapi bila difikirkan balik..." Mira memandang rakan-rakannya yang ada di situ satu-persatu. "Turutan kita hilang dulu tak sama macam sekarang."
"Dan lagi satu..." Jyra menyampuk. "Kita tak dapat nak pastikan yang mereka masih hidup atau tak."
"Mulut kau ni!!" serentak Mira, Malisa dan Farra bersuara kegeraman.
"Betul lah." ujar Jyra selamba.
"Tapi malam tu kau ada jumpa dia kan sebelum hilang." Farra memandang Jyra.
Jyra hanya mengangguk-angguk.
"Habis macam mana dia boleh hilang pula?" Tanya Mira.
"Mana lah aku tahu." jawab Jyra. "Aku kan balik sini."
*
Hassan baring dikatilnya sambil tidur-tidur ayam. Puas dia cuba melelapkan matanya tapi gagal. Syazani pula sudah tidur nyenyak di katil sebelah. Hisham dan Sukarnain tidur di lantai dengan beralaskan tilam masing-masing yang di bawa dari bilik mereka. Jam sudah menunjukkan jam 2.05 a.m. Entah kenapa lelaki itu tidak dapat melelapkan matanya.
Dia terkejut seketika apabila melihat satu kelibat berdiri betul-betul di tepi katilnya. Dia menarik nafas lega apabila melihat Sukarnain membuka pintu untuk ke tandas. Hassan kembali memejamkan matanya berusaha untuk tidur.
Sudah hampir setengah jam, Sukarnain masih belum kembali ke bilik itu. Ke mana pula lelaki itu pergi?
TOK!! TOK!! TOK!!
Hassan tersentak. Dia membuka semula matanya kerana dia sudah hampir terlelap tadi. Dia memandang tempat tidur Sukarnain. Lelaki itu masih belum kembali lagi. Siapa yang mengetuk? Sukarnain ke?
Perlahan-lahan Hassan bangun dari katilnya dengan malas sekali. Dia memandang tombol pintu itu. Ia terkunci. Patut lah Sukarnain mengetuk. Cepat-cepat Hassan membuka pintu itu. Apa yang mengejutkan, tiada sesiapa pun di situ. Hassan kebingungan seketika. Dia menjenguk keluar. Tetap tiada sesiapa. Yang ada hanya angin sepoi-sepoi bahasa memukul dirinya.
Hassan kembali menutup pintu itu. Dia baring semula di atas katilnya kemudian merenung siling yang kosong. Siapa yang mengetuk pintu tadi? Dia tersalah dengar atau apa. Tapi dia benar-benar pasti ada orang yang mengetuk pintu itu. Serta-merta dia teringat semula peristiwa cuti semester lalu. Kes yang sama seperti itu. Ketukan pintu pada tengah malam. Tapi tak mungkin peristiwa itu berulang lagi.
Hassan mendengus perlahan lalu memandang sekeliling bilik itu. Dalam keadaan samar-samar, dia dapat melihat kelibat seorang perempuan dengan rambut panjang mengurai berdiri di belakang pintu bilik itu. Hassan terkedu seketika. Dia segera menutup matanya dan berusaha membuat dia yakin bahawa dia tersalah pandang.
Perlahan-lahan Hassan membuka matanya semula. Tidak semena-mena dia tergamam. Terasa jantungnya seperti berhenti berdenyut. Matanya terbeliak memandang sesuatu. Sesuatu yang berada betul-betul di hadapan matanya. Kelibat perempuan itu kini sedang membongkok betul-betul di atasnya.
__________________________________
A/n: Dapat update lagi! Hah, koranf rasa apa sebenarnya yg jd? Tgk baca part Hassan tu pun aku rasa macam nak jatuh jantung. But anyway, leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top