Part 5
Hisham duduk bersama Sukarnain di kafeteria itu. Mereka kini sedang menikmati makan tengahari. Tempat itu kelihatan lengang. Hanya ada mereka dan orang yang sedang berkemas di dalam gerai.
"Eh, itu Farra dengan Jyra kan?"
Sukarnain menoleh memandang kebelakang. Ke arah yang Hisham tengah pandang. Kelihatan Jyra dan Farra sedang berjalan bagaimanapun memandang ke arah mereka. Hisham melambai-lambai meminta kedua-dua gadis itu datang mendekat.
"Assalamu'alaikum." ucap Hisham dengan senyuman.
"Wa'alaikumsalam." serentak kedua-dua gadis itu menjawab.
"Kamu tak balik lagi ke?" Tanya Hisham serta-merta.
"Kami balik minggu depan." jawab Farra. "Kamu?"
"Minggu depan juga." Hisham membalas sambil tersenyum.
"Kamu ada dengar kes ke?" celah Sukarnain tiba-tiba.
"Kes apa?" Jyra dan Farra bersuara hampir serentak. Dahi mereka sudah mula berkerut.
"Aku dengar warden bercerita tadi..." Sukarnain memulakan ceritanya. "Mereka kata ada orang main-main kan mereka pasal budak hilang."
Serentak Farra dan Jyra berpandangan sebelum kembali memandang lelaki itu dengan wajah yang risau.
"Kami yang buat laporan tu..." ujar Jyra dengan nada rungutan. "Dan kami bukannya main-main!"
Serentak Hisham dan Sukarnain membesarkan mata.
"Ada yang hilang lagi?" Tanya Sukarnain sambil meletakkan sudu yang dipegangnya.
Jyra dan Farra mengangguk. "Aminah."
Sekali lagi kedua-dua lelaki itu tersentak.
"Kamu ni..." Sukarnain kelihatan benar-benar terkejut. "Biar betul??"
"Nampak macam menipu ke kami ni?" Farra merenung lelaki itu tajam.
"Tapi macam mana boleh macam tu?" Tanya Hisham pula.
Farra mengangkat bahunya sebelum teringat mengenai sesuatu. "Saya nak minta tolong kamu sesuatu."
"Apa dia?"
"Tolong cari siapa pemilik nombor ni." Farra menghulurkan sehelai kertas yang tertulis nombor misteri itu.
*
Hujan lebat turun mencurah-curah pada malam itu. Kedinginan malam sangat terasa. Misrah sudah lena tidur dikatil sebelah. Mira pula langsung tidak senang tidur. Entah kenapa dia langsung tidak dapat melelapkan matanya.
NGEEETTTT!!!
Mira tersentak. Bunyi seperti kerusi sedang ditarik jelas kedengaran. Sesuatu sedang bergerak di belakangnya memandangkan kedudukannya kini memandang ke arah dinding.
NGEEETTTT!!!
"Ya Allah, apa yang sedang berlaku?" desis Mira di dalam hati.
Tidak lama kemudian, bunyi itu tidak kedengaran lagi. Perlahan-lahan Mira menoleh ke belakang untuk memastikan tiada apa-apa yang berlaku. Dia berharap apa yang didengarnya tadi hanya satu halusinasi.
Mira tersentak. Terasa seperti nadinya kini berhenti berdenyut. Apa yang dilihatnya benar-benar di luar jangkaan. Kelihatan satu lembaga hitam sedang menutup tubuh Misrah. Mira dapat memastikannya kerana dia hanya dapat melihat kepala Misrah yang tidak sedar langsung apa yang berlaku.
"Aaaaa!!!!!"
Belum sempat Mira membuka langkah untuk bergerak, tubuhnya terasa kaku. Terasa seperti sesuatu telah menahannya dari belakang. Mulutnya ditutup dengan sesuatu yang tidak kelihatan. Perlahan-lahan matanya tertutup rapat dan pengsan tidak sedarkan diri.
*
Mira duduk menggigil ketakutan di atas katil itu. Dia langsung tidak dapat melupakan apa yang berlaku semalam. Fiza pula berada disisinya cuba menenangkan gadis itu. Malisa duduk di kerusi sambil fikirannya melayang jauh. Cuba mencari jalan bagaimana hendak menyelesaikan perkara itu. Farra dan Jyra hanya duduk berdiam diri di atas katil sambil memikirkan sesuatu. Selepas Aminah, kini Misrah menjadi mangsa.
"Kakak tak nampak tanda-tanda yang Misrah diambil ke, kak?" Malisa memandang Mira. Entah sudah kali ke berapa dia menanyakan soalan itu.
Mira menggelengkan kepalanya masih dalam keadaan menggigil. "Akak cuma nampak lembaga tu nak angkat Misrah je. Yang lain akak tak nampak."
Malisa mendengus kuat. Masih belum ada apa-apa yang boleh dijadikan petunjuk. Mereka terpaksa bekerja keras untuk mencari jalan.
*
Hisham menoleh pantas apabila pintu biliknya direntap kuat. Hassan masuk ke dalam bilik itu bersama Syazani yang menyusul di belakangnya.
"Kamu ni..." Hisham menarik nafas panjang memandang kedua-dua rakannya itu. "Buat orang terkejut je."
"Maaflah." Hassan tersengih. "Kau buat apa ni?"
Hisham kembali memandang komputer riba yang menjadi penemannya sejak tadi. "Tak ada. Buat search sikit."
Hassan menggangguk. "Pelajar semua dah balik."
Hisham membesarkan matanya. "Biar betul??"
"Ya." jawab Hassan. "Kami dah jumpa ketua warden tadi. Dia kata hati-hati. Nanti dia datang waktu kita nak keluar."
Terpancar kerisauan pada wajah Hisham.
"Kau kenapa, Sham?" Tanya Syazani serta-merta. "Risau semacam je aku tengok."
"Tak ada lah. Tapi..." Hisham merenung kedua-dua kawan baiknya itu. "Ini kan cuti semester."
Hassan mendengus perlahan sambil memandang kawan baiknya itu. "Sham, benda tu kan dah berlalu."
"Betul tu." sokong Syazani. "Dah selesai pun kan."
"Okey..." Hisham menarik nafas sebelum membetulkan kedudukannya. "Baru-baru ni Farra ada jumpa aku."
"Farra?" serentak Syazani dan Hassan bersuara.
Hisham mengangguk. "Dia ada bagi aku satu nombor telefon."
"Nombor telefon??" Syazani mengerutkan dahinya.
Hisham mencapai kertas memo yang Farra berikan padanya tempoh hari lalu memberikannya kepada Syazani. Hassan turut melihat nombor itu.
"Untuk apa nombor ni?" Hassan sudah mula berkerut.
"Dia cakap Aminah dah hilang."
Serentak Hassan dan Syazani membesarkan mata. "Hilang?!!"
Hisham mengangguk-angguk.
"Jadi yang kita dengar warden cakap hari tu..."
"Mereka yang buat laporan." pintas Hisham. "Tapi warden tak percaya."
"Habis tu macam mana sekarang?" Hassan mula berasa cemas.
Hisham mengangkat bahunya. "Saya pun tak tahu. Itu yang Farra minta aku cari pemilik nombor telefon ni. Sebab dia cakap nombor ni selalu hubungi mereka."
--------------------------------------------------
A/n: Here's another chapter. Please enjoy. Don't forget to leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top