Part 4
Jam menunjukkan pukul 2.05 a.m. Seperti biasa, Jyra tidak dapat melelapkan matanya. Sudah puas dia bergolek di atas katil itu. Entah kenapa dia langsung tidak senang tidur. Sudah berapa malam perkara itu terjadi.
Apabila dia menoleh memandang ke katil sebelah, dia tersentak. Bayangan Farra kelihatan sedang duduk kaku memandangnya. Ini sudah hari keempat gadis itu berkelakuan seperti itu. Jyra tidak bersuara. Dia langsung tidak berani untuk melakukan apa-apa jika perkara itu berlaku. Dia hanya memandang Farra. Setelah hampir setengah jam, Farra baring semula di katilnya.
*
Aminah mengemas mejanya yang berselerak dengan buku-buku yang padanya masih berguna walaupun peperiksaan sudah berakhir. Dia memasukkan satu-persatu buku-buku itu di dalam kotak untuk menyimpan dan membawanya pulang.
TRUUTT!! TRUUTT!!
Aminah memandang telefon bimbitnya membuatkan segala apa yang dilakukannya terhenti. Dia tersentak dan terasa darah merahnya mengalir deras. Nombor itu lagi. Nombor itu lagi yang menghubunginya.
"Apa yang aku patut buat ni?" getus hati Aminah. Dia ingin membiarkan panggilan itu. Bagaimanapun merasakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku jika dia melakukan perkara itu.
TRUUT!! TRUUT!!
Telefon bimbit berwarna hijau itu masih terus berbunyi membuatkan Aminah semakin risau. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Siapapun pemanggilnya seperti tidak mengenal erti putus asa.
"He... Hello?" Aminah memberanikan diri menjawab talian itu yang mana dia hampir tidak menyedari yang dia telah melakukannya.
Seperti biasa, tiada balasan yang diterima.
"Hello??" Aminah menarik nafas panjang sebelum meninggikan suaranya. "Siapa ni?? Apa yang kau nak??"
"Hihihihihihi..."
Aminah dapat merasakan jantungnya berhenti beberapa saat. Suara ketawa lelaki di dalam talian itu benar-benar menyeramkan.
"Si- siapa ni??" Tanya Aminah. "Nak cari siapa?"
"Hihihihihi..."
Sekali lagi Aminah tersentak. Dia menelan air liurnya. Kali ini, dia merasakan jantungnya sudah berhenti berdenyut serta-merta sebelum lampu bilik itu terpadam tiba-tiba. Suara lelaki ketawa itu sudah tiada di dalam talian. Tetapi kini berada di dalam biliknya. Betul-betul di belakangnya.
"Aku nak cari kau."
"AAAAAAAA!!!!!!!!"
*
Farra menyimpan baju-baju yang baru selesai dilipat ke dalam bagasinya. Dia sudah mula mengemas barang-barang yang hendak di bawa pulang. Jyra pula hanya duduk memerhatikan setiap pergerakan gadis itu. Pelbagai persoalan masih berlegar di mindanya bagaimanapun tidak tahu cara untuk melontarkan.
"Umm... Farra..."
"Hah?" Farra menjawab tanpa memandang gadis itu. Dia masih lagi sibuk mengemas pakainnya.
Jyra membetulkan kedudukannya. "Aku nak tanya kau sesuatu ni."
"Apa dia?" Farra menjawab masih tidak memandang gadis itu.
Jyra menarik nafas panjang. "Kenapa... Kau selalu bangun... Tengah malam?"
Kali ini Farra memandang Jyra. Dia berhenti membuat kerjanya untuk seketika. "Apa maksud kau?"
"Kau selalu bangun tengah malam." Jyra mengulanginya tidak tahu bagaimana harus menerangkan situasi itu.
"Bila masa pula aku buat macam tu?" Farra mengerutkan dahinya.
"Setiap malam." jawab Jyra selamba. "Kau selalu bangun tiba-tiba lepas tu duduk kat katil tu tak bergerak."
Farra mula kebingungan. Dahinya sudah berkerut cuba memastikan jika dia melakukannya. "Apa aku buat?"
"Kau tengok aku." beritahu Jyra sambil mengangkat bahunya. "Lama juga lah baru kau sambung tidur balik."
Farra berusaha mengingati sesuatu tetapi gagal. "Kau pasti itu aku?"
"Siapa lagi kalau bukan kau??" Jyra mengangkat bahunya.
"Tapi aku langsung tak ingat apa-apa." ujar Farra bagaimanapun kurang yakin dengan jawapan itu.
"Mungkin..."
"Farra!!!"
Belum sempat Jyra menghabiskan kata-katanya, Fiza muncul di muka pintu dalam keadaan tercungap-cungap.
"Kau kenapa?" Farra memandang gadis itu dengan dahi berkerut.
"Kau... Kau kena tengok... Sesuatu." beritahu Fiza dengan nafas tersekat-sekat. "Jom!!"
Farra dan Jyra berpandangan seketika kemudian berlari menyusul gadis itu. Banyak persoalan yang ingin dilontarkan bagaimanapun memutuskan untuk melakukannya kemudian. Mereka terus sahaja berlari sebelum berhenti di hadapan bilik yang kini terbuka luas. Bilik Aminah. Kelihatan Mira dan Misrah duduk risau di atas katil. Malisa pula memerhati sekeliling seperti seorang polis yang sedang menyiasat tempat jenayah.
"Apa yang berlaku?" Tanya Jyra serta-merta. Hatinya sudah mula merasa tidak senang dengan keadaan itu.
"Kami tak jumpa Aminah." jawab Mira dengan nada risau.
Serentak Jyra dan Farra membesarkan mata.
"Dari lepas Subuh akak datang ke bilik dia. Bilik tak berkunci dan tak ada satu pun yang berubah di sini." terang Mira. "Aminah pun tak muncul-muncul langsung sampai sekarang."
Farra dan Jyra memandang sekeliling bilik itu untuk mencari apa-apa yang pelik dan mencurigakan.
"Waktu akak masuk sini lampu bilik dia hidup..." Mira menerangkan apa yang dilihatnya. "Kerusi dia jatuh. Buku-buku dia berhamburan di atas meja. Dan... Telefon dia kat lantai. Dia tak letak kata kunci jadi akak boleh buka. Skrin dia benar-benar pada panggilan masuk."
Farra mencapai telefon bimbit hijau yang berada ditangan gadis itu. "Siapa nombor paling atas?"
"Mak dia." Malisa mencelah sebelum sempat sesiapa menjawab. "Tiada nombor yang pelik kami jumpa."
Farra menarik nafas panjang. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan. Mustahil. Mustahil peristiwa cuti semester yang lalu berulang lagi.
*
Mira duduk di biliknya sendirian. Mereka baru sahaja memberitahu warden mengenai hal itu. Seperti apa yang Malisa katakan, tiada seorang pun yang percaya apa yang mereka beritahu. Mereka dikatakan cuba untuk mempermainkan warden. Ada lagi yang mengatakan ini hanya prank.
TRUUTT!! TRUUTT!!
Mira menelan air liurnya seperti tahu siapa pemanggil di telefon itu. Memang dia. Nombor itu. Nombor misteri itu lagi. Mira mula gelabah. Sejak kehilangan Aminah, dia menjadi semakin penakut. Takut jika peristiwa lalu berulang lagi.
TOK!! TOK!! TOK!!
"Allahuakhbar!" Mira menjerit terkejut dengan bunyi ketukan yang tiba-tiba itu.
"Kak Mira..."
Mira mengelipkan matanya. Kedengaran suara Misrah memanggil dari luar membuatkan dia segera membuka pintu bilik itu.
"Kenapa ni, kak?" Tanya Misrah apabila melihat wajah gadis itu yang kepucatan.
Mira menutup pintu bilik itu. "Akak dapat panggilan lagi."
Misrah membesarkan matanya. "Panggilan hantu tu ke?"
"Mulut kau ni!!" Mira mengetap giginya kegeraman.
"Ops." Misrah menekup mulutnya. "Maaf."
"Tapi ya. Panggilan tu lagi." beritahu Mira.
TRUUTT!! TRUUTT!! TRUUTT!! TRUUTT!! TRUUTT!!
Serentak Mira dan Misrah memandang telefon bimbit masing-masing. Apa yang mengejutkan, kedua-duanya berdering serentak.
"Kak..." Misrah memandang Mira sambil menunjukkan skrin hadapan telefon bimbitnya.
Mira membesarkan matanya. Dia juga turut melakukan benda yang sama. Apa yang lebih mengejutkan mereka, bagaimana boleh satu nombor menghubungi dua telefon bimbit dalam masa yang sama.
"Aaaa!!!!" Misrah membaling telefon bimbitnya di atas katil.
"Bertenanglah." ujar Mira yang seperti dapat menenangkan dirinya sedikit kemudian berlari mencapai kertas dan pen.
"Kakak nak buat apa?" Tanya Misrah dalam keadaan panik.
Mira meletakkan pennya setelah selesai menulis. "Akak salin nombor telefon tu."
Misrah tersenyum hampir melupakan apa yang berlaku. Dia tidak terfikir langsung untuk berbuat demikian.
"Jom kita bagi kat yang lain."
-------------------------------------------------------------------
A/n: Hah. Dapat lagi update hari ni. Harap korang enjoy. Just nak bagi warning. Cerita ni saya buat lebih kurang 7 tahun lepas. So, memang merapu byk. Tak logik pun byk. Jadi bersabar ye. Idea masa tu memang tak ada. Anyway, leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top