Part 2
Malam itu terasa sunyi sepi sekali. Kedengaran bunyi cengkerik di luar sana memandangkan kawasan asrama mereka dikelilingi hutan. Jam menunjukkan pukul 3.05 pagi. Jyra sedang nyenyak tidur di katilnya. Farra pula tidur di katil yang berada bertentangan dengan katil Jyra yang mana dia menumpang di situ pada malam itu kerana rakan sebiliknya sudah pulang.
TRUUT!! TRUUT!!
Getaran telefon bimbit jelas kedengaran di atas meja. Tidak seorang pun daripada mereka berdua bergerak. Masing-masing berada dalam mimpi mereka. Telefon itu terus berbunyi dan berbunyi entah siapa pemiliknya.
Setelah hampir setengah jam, Farra membuka matanya perlahan-lahan kerana mula terganggu dengan getaran itu. Dalam keadaan yang gelap dan mamai, dia mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja dengan harapan dapat menghentikan bunyi itu. Bagaimanapun, skrinnya kelihatan kosong menandakan tiada apa yang berlaku pada telefon itu. Farra memandang Jyra yang masih tidur di katil sebelah.
TRUUT!!TRUUT!!
Bunyi getaran bermain lagi. Kali ini skrin pada telefon bimbit Jyra yang terletak di sebelahnya menjadi terang menunjukkan ia berbunyi. Farra mendengus kuat sebelum menutup telinganya menggunakan bantal. Dia terlalu malas untuk mengejutkan rakannya itu dan mengambil keputusan untuk tidur semula.
*
TRUUT!! TRUUT!!
Langkah Farra terhenti serta-merta. Dia dapat merasakan getaran telefon bimbitnya sendiri dari dalam beg yang disandangnya. Misrah dan Hadha yang berjalan beriringan bersamanya turut berhenti.
"Telefon aku ke?" Farra memandang Hadha dan Misrah silih berganti dengan tangannya masih meraba-raba di dalam beg.
"Rasanya ya." jawab Hadha setelah memastikan telefonnya tidak berdering.
"Tolong ambil telefon tu kat beg aku."
Misrah segera membuka beg sandang Farra sebelum mengeluarkan telefon bimbit berwarna merah milik gadis itu. Dia menghulurkan telefon itu pada Farra yang segera mencapainya.
"Ada satu missed call." Farra mengguman sambil mengerutkan dahinya memandang skrin telefonnya. "Nombor siapa pula ni?"
"Kenapa, Far?" Tanya Misrah.
Farra mengangkat bahunya tanda tidak tahu sebelum mengunci telefonnya. "Biarkan jelah."
Ketiga-tiga mereka kembali berjalan sebelum melangkah masuk ke dalam kafeteria. Tidak terlalu ramai orang kerana itu adalah hari terakhir peperiksaan akhir. Semua orang sudah bersiap sedia untuk pulang.
"Assalamu'alaikum."
"Wa'alaikumsalam."
Serentak Farra, Hadha dan Misrah menoleh untuk melihat siapa yang memberi salam. Kelihatan Hassan berdiri di belakang mereka sambil tersenyum-senyum kambing.
"Hassan..." Misrah tersenyum kemudian tunduk sedikit.
"Hai, Abang Banana!" sapa Farra selamba.
Hassan menjeling tajam ke arah gadis itu. Dia berpura-pura mengangkat tangannya untuk menampar Farra yang hanya ketawa terbahak-bahak.
"Budak ni suka sangat cari pasal." gerutu Hassan.
Farra hanya mengukir senyuman kambing. "Ceria kan hari-hari kamu dengan kehadiran aku."
Hassan menggolekkan bebola matanya. "Apa-apa jelah, Farra. Kamu ni bila balik ke rumah?"
"26 hari bulan ni." jawab Misrah selamba. "Kamu?"
"27 hari bulan." Hassan menjawab. "Sehari selepas kamu."
"Syazani dengan yang lain bila balik?"
"26 hari bulan tak silap." Hassan cuba mengingatinya. "Sama dengan Hisham. Sama dengan kamu lah tu."
*
Fiza memandang skrin telefon bimbit yang berada ditangan sambil fikirannya melayang jauh memikirkan sesuatu. Dia sendiri tidak pasti apa yang harus dia fikirkan. Telefon bimbit dengan lapis biru itu asyik dibelek-belek dari tadi.
TOK! TOK! TOK!
Fiza menoleh memandang ke pintu. Belum sempat dia berdiri untuk membuka, Mira sudah muncul dan berjalan masuk ke dalam bilik itu.
"Fiza tak balik lagi ke?" Tanya Mira.
"Belum, kak." Fiza mengangkat bahunya. "Sepatutnya hari ni tiket yang saya nak ambil. Tapi tak jadi. Dah penuh."
Mira mengangguk-angguk.
"Aku pelik lah, kak..."
Mira memandang gadis itu. "Kenapa pula?"
"Dari semalam lagi ada orang asyik call aku."
Mira mengerutkan dahinya memandang gadis itu. "Siapa.?"
Fiza mengangkat bahunya sebelum mendengus. "Aku pun tak pasti. Aku tak sempat nak jawab."
Mira hanya mampu berfikir sendirian. Dia tidak tahu hendak memberi apa-apa komen mengenai hal itu.
"Kak Wani dah balik kan?" Fiza memandang gadis itu.
"Ya." Mira mengangguk-angguk. "Dia dengan Ila dah balik."
"Kakak tak balik?" Tanya Fiza lagi.
"Kakak tak apa." jawab Mira sambil tersenyum. "Rumah dekat je. Biarlah akak temankan kamu kat sini dulu."
*
Jyra membuka matanya perlahan-lahan sebelum memandang sekeliling dalam keadaan gelap itu. Entah kenapa tidurnya agak terganggu tanpa sebab yang dia tahu. Farra sudah nyenyak dibuai mimpi di katil sebelah. Sudah hampir tiga jam Jyra bergolek-golek di atas katilnya sambil cuba melelapkan mata bagaimanapun gagal.
Hampir sejam kemudian, sesuatu yang aneh mengangkap pandangannya. Jyra terkedu apabila dia menoleh ke katil di mana Farra sedang tidur. Dia cuba membuka mata seluas-luasnya cuba memastikan apa yang dia lihat. Kelihatan sekujur tubuh sedang duduk di katil itu sambil memandangnya. Keadaan amat gelap bagaimanapun cahaya dari luar dapat membuatkan dia pasti itu adalah Farra. Setiap inci bentuk tubuh dan rambutnya yang mengurai persis dengan gadis itu.
"Farra..."
Tiada sahutan yang diterimanya. Bayangan tubuh yang serupa dengan Farra itu langsung tidak bergerak sebaliknya hanya duduk kaku memandang tepat ke arahnya. Dia tidak pasti sama ada gadis itu sedar ataupun tidak kerana dia tidak dapat melihat dengan jelas wajahnya.
Sudah beberapa kali Jyra memanggil kawannya itu namun tetap tiada sahutan. Dia terlalu malas untuk bangun dari katil untuk memeriksa keadaan Farra. Atau lebih tepat lagi dia takut untuk memastikannya. Setelah hampir setengah jam yang mana Jyra sudah tidak memanggil kawannya itu, Farra baring semula dikatilnya seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jyra hanya terdiam tidak mampu berbuat apa-apa kemudian berusaha untuk melelapkan matanya semula.
------------------------------------------------------------------
A/n: Finally, dapat update part 2. Oh ya. Nak bagitau korang ni. Ada sesiapa berminat nak minta buat trailer utk story korang kat wattpad? If ada cerr komen dulu. Manatau boleh buka ruang utk ni. Trailer Salah Nombor ni akan keluar tak lama lagi. Tunggu k. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top