Part 15 (Last Part)
Malisa membuka matanya perlahan-lahan. Bau pelik benar-benar menusuk ke dalam hidungnya menyebabkan dia terjaga. Ia terlalu kuat membuatkan dia tidak mengambil masa yang lama untuk benar-benar sedar. Dia terkejut melihat Mira, Misrah dan Fiza turut berada di situ dengan kaki dan tangan mereka diikat.
"Apa..." Malisa tersentak sambil membetulkan kedudukannya. Dia baru tersedar yang kaki dan tangannya juga terikat. Dia memandang sekeliling. Mereka kini berada di tengah jalan raya betul-betul di hadapan perpustakaan kampus itu.
"Hoi!!! Hoi!!!" Malisa menjerit dengan suara lantangnya. "Bangun!!"
Fiza, Mira dan Misrah bergerak perlahan-lahan seperti baru bangun dari tidur yang lena bagaimanapun terkedu melihat keadaan mereka yang terikat. Mereka juga terkejut melihat kawasan itu.
"Macam mana kita boleh ada kat sini?" Tanya Fiza dengan nada cemas.
"Mana lah aku tahu." Malisa membalas dalam keadaan bengang.
"Macam mana kamu boleh ada kat sini?" Tanya Mira pula.
"Jyra yang pengsan kan aku, kak." Fiza bersuara. "Dia datang bilik tiba-tiba serang aku."
"Serang kau?" ulang Mira.
Fiza mengangguk. "Malam yang kakak tidur dengan Mel tu."
"Oh..." Mira mengangguk faham. "Kami ingatkan kau tidur kat bilik Farra."
Fiza menggelengkan kepalanya.
"Tapi malam tu kan kita cari Jyra?" Malisa memandang Mira.
"Ya." Mira mengangguk. "Yang Farra cakap dia jadi pelik tu. Tiba-tiba dia balik dia cakap dia dari bilik Fiza."
"Patutlah." Malisa baru faham.
"Kau?" Mira memandang Malisa. Dia tidak bertanya tentang Misrah kerana dia nampak Misrah pada malam kejadian.
"Jyra serang saya di bilik rekreasi." selamba Malisa bersuara.
"Dah habis??"
Serentak keempat-empat mereka menoleh. Jyra yang kini dalam keadaan mengerikan memandang mereka sambil memegang botol besar.
"Apa kau nak buat?" Fiza merenung gadis itu.
"Kita mati sama-sama ya?"Jyra merenung mereka dengan mata terbeliak.
"Kau dah gila ke, Jyra?!!" pekik Misrah.
"Saya pinjam dulu kawan kamu ni ya..." tiba-tiba sahaja Jyra ketawa yang mengerikan.
Serentak Malisa, Mira, Misrah dan Fiza berpandangan sesama sendiri.
"Saya tak ada kawan..." Jyra tiba-tiba bersuara sayu. Mereka hampir kagum dengan kebolehan gadis itu bermain dengan emosi menggunakan nada suaranya. "Saya selalu keseorangan."
"Apa dia merepek ni?" gumam Malisa.
"Tak ada seorang pun yang nak berkawan dengan saya." Jyra bersuara lagi. "Mereka tak pedulikan saya. SEHINGGAKAN SAYA MATI PUN TIADA SIAPA YANG PEDULI!!!!"
Serentak mereka semua terkejut dengan jeritan gadis itu.
"Jadi... Jom mati sama-sama." Jyra tersenyum kemudian menyalakan pemetik api yang berada ditangannya.
Serta-merta Malisa, Mira, Misrah dan Fiza terlopong. Jyra membaling pemetik api itu ke belakangnya. Tidak semena-mena satu lingkaran api marak menyala mengelilingi mereka. Baru mereka tahu dari mana datang bau pelik yang kuat itu. Ia adalah bau minyak gasolin yang ditumpahkan di sekeliling mereka.
"Allah!!" Mira menjerit. "Api!!!"
Malisa memandang sekeliling dalam keadaan cemas cuba mencari jalan keluar. Mereka perlu bertindak pantas.
"Jyra!!!" Fiza menjerit merenung gadis itu.
Akan tetapi, Jyra kini seperti orang kurang siuman. Dia langsung tidak takut dengan api itu malah tersenyum sendiri.
"Fiza!!!! Misrah!!!"
Serentak mereka semua menoleh. Hisham, Syazani, Hassan, Aminah dan Farra ternganga memandang api yang semakin tinggi itu.
"Farra..." Syazani memandang gadis itu.
Farra hanya mampu membalas pandangannya.
"Kau berani lompat ke dalam api tu?" Tanya Syazani tiba-tiba.
Farra memandangnya terkejut. Buat seketika dia merasakan lelaki itu sudah gila. Siapa yang berani melompat melintasi api?
"Lompat ke dalam dan tahan Jyra." arah Syazani tanpa menunggu jawapan. "Minah tolong buka ikatan yang lain." Syazani mengalihkan pandangannya kepada Hisham dan Hassan. "Kamu berdua cuba padamkan api ni."
Dengan pantas Hisham dan Hassan beredar untuk mencari alat pemadam api. Farra dan Aminah terus sahaja melompat ke dalam api itu. Begitu juga dengan Syazani. Aminah terus sahaja meluru mendapatkan kawan-kawannya yang lain. Farra pula menunggu arahan Syazani untuk menangkap Jyra.
"Apa kamu nak?!!!" Jyra menjerit. "Jangan ganggu saya!!!"
"Kau yang ganggu kami!" bentak Syazani.
"Saya cuma nak budak ni!!" pekik Jyra.
"Kenapa pula?" Syazani merenung gadis itu.
"Sebab dia pernah terjatuh sama dengan cara saya mati. Dia sepatutnya mati! Tapi dia sempat bertahan dan hanya terduduk!"
Serentak Syazani dan Farra tersentak. Farra berdiam diri seketika. Dia cuba memikirkan sesuatu. Ya! Jyra pernah terjatuh di tandas. Tapi dia langsung tidak cedera.
"Saya tak dipedulikan oleh sesiapa..." Jyra bersuara sambil menangis. "Semua orang anggap saya macam tak wujud. Malah waktu saya jatuh ditandas tiada sesiapa yang bantu saya!!!"
Semua orang hanya berdiam diri mendengar kata-kata gadis itu.
"Saya tak mampu menjerit sebab menahan kesakitan." Jyra bersuara lagi. "Darah keluar dari kepala saya tanpa henti!!! Dan... Dan... Saya mati macam tu saja!!"
"Tapi benda ni tak ada kena-mengena dengan kami." Syazani bersuara.
"Saya hidup dengan telefon. Hanya dalam talian sahaja orang tidak menyisihkan saya. Hanya dalam alam maya mereka berkawan dengan saya!" ujar Jyra dengan mata maraknya. "Dengan syarat saya hanya perlu sembunyikan identiti. Hanya telefon saja yang menjadi teman saya."
Tiada seorang pun yang bersuara.
"Menghubungi mereka dan menakutkan mereka sangat menyenangkan." gadis itu ketawa mengilai. "Hanya pada itu mereka takut pada saya."
Syazani menarik nafas panjang. Kini, dia mula faham kenapa telefon menjadi penghubung utama.
"Dan sekarang..." Jyra kembali memandang Syazani penuh kebencian. "Saya akan bawa mereka semua bersama saya!!!"
"Farra!!!"
Mendengar jeritan itu, Farra segera menangkap Jyra dari belakang. Kawan-kawan mereka yang lain turut membantu. Jyra terlalu kuat meronta-ronta. Hisham dan Hassan pula tercungap-cungap sudah selesai memadamkan api.
"Lepas!!! Lepas!!!"
"Kau kena berjanji yang kau akan pergi jauh dari sini." Syazani bersuara serius. "Jangan ganggu budak-budak kat sini lagi."
"Saya cuma nak berkawan je." Jyra mula menangis. Mereka hampir tidak dapat memastikan mana emosi yang sebenarnya.
"Bukan begini caranya." Syazani bersuara perlahan. "Kau sudah terputus hubungan dengan manusia. Tak takut dengan Allah ke?"
Jyra tidak menjawab sebaliknya hanya menangis teresak-esak. Mulut Syazani mula terkumat-kamit membaca surah-surah dari Al-Quran. Dia menekan kepala Jyra membuatkan gadis itu menjerit sekuat hati. Perlahan-lahan Syazani menghiris perut Jyra dengan menggunakan tangan yang mana Farra dan rakan-rakannya langsung tidak dapat melihat apa-apa tapi dapat membayangkan ianya sebilah pedang. Jyra menjerit semakin kuat sebelum pengsan tidak sedarkan diri.
*
Farra duduk dikatilnya agak kepenatan. Dia memandang Jyra yang sedang mengemas sekali imbas. Mereka seperti melalui malam yang sangat panjang. Mujur segala-galanya sudah berakhir.
"Kau okey ke?"
Jyra hanya tersenyum kemudian mengangguk lemah.
"Macam mana benda tu boleh masuk badan kau, Jyra?"
Jyra hanya mengangkat bahunya. "Aku pun tak tahu macam mana."
"Kau dapat tahu sejak bila?" Tanya Farra lagi.
Jyra cuba berfikir. "Rasanya lepas aku tegur kau berperangai pelik tu. Sebab aku perasan yang duduk tu bukan kau."
"Ah..." Farra mengangguk-angguk.
"Dah siap ke?" Fiza membuka pintu bilik sudah siap dengan barang-barangnya sendiri. "Jom! Yang lain dah tunggu kat bawah tu."
Perlahan-lahan Jyra dan Farra mengangkat beg mereka kemudian menyusul Fiza turun ke tingkat bawah. Kelihatan Mira, Misrah, Aminah dan Malisa sudah menunggu di tingkat bawah.
"Jom bertolak."
Mereka mengangkat barang-barang mereka masuk ke dalam van yang mereka sewa itu dan sudah bersedia untuk bertolak ke lapangan terbang. Hisham, Hassan dan Syazani hanya mampu melambai dari pondok ketika van yang mereka naiki meluncur laju meninggalkan kawasan asrama.
"Kita ni bila nak keluar?" Hassan memandang Hisham dan Syazani silih-berganti sebelum memandang sekeliling ke arah asrama yang sudah kosong itu.
"Azim cakap kejap lagi dia sampai." Hisham melihat jam ditangannya sekali imbas.
"Nanti sampai lah tu." ujar Syazani.
"Kau rasa budak tu tak kan kacau budak asrama lagi ke lepas ni?" Hassan memandang Syazani.
Syazani hanya mampu mengangkat bahunya. "Saya tak boleh jamin."
"Kalau macam tu..." Hisham mencelah. "Jangan lah kita stay kat asrama waktu cuti semester. Kita balik awal."
"Aku setuju!" sokong Hassan.
Syazani hanya mampu tersenyum sambil mengangguk-angguk.
"Hah..." Hassan menuding ke arah sebuah kereta yang baru masuk ke situ. "Tu Azim."
Hisham segera mengangkat begnya. Begitu juga dengan Syazani. Perlahan-lahan mereka mendekati kereta itu.
"Maaf lambat." ucap Azim dari dalam kereta.
"Tak mengapa lah." balas Hassan sambil menepuk bahu lelaki itu.
Setelah selesai memasukkan barang-barang di bonet, mereka terus masuk ke dalam kereta. Syazani dapat melihat kelibat seorang budak lelaki berdiri di suatu sudut kafeteria itu memandang mereka. Dia tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berharap roh itu tidak mengganggu mereka lagi.
THE END
_______________________________
A/n: Thank you guys for being patient with me. Just hope you can enjoy it. It's already finish. Thank you for reading. :)
P.s : Ada lg story hantu ni. Tapi nanti2 je lah saya post k. Huhuhu
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top