Part 13

"Farra!!!"

Farra membuka matanya perlahan-lahan. Dia bangun kemudian memandang sekeliling. Kelihatan Hisham duduk di hujung meja dengan jarak tiga meter dari tempat dia duduk sambil memeriksa dengan tekun setiap majalah lama kampus itu. Dia kini tertidur di meja kafeteria itu.

"Selamat pagi, Cik Farra." ucap Hisham dengan wajah tersengih lebih kepada menyindir.

Farra memandang majalah yang berada di hadapannya sambil menyapu-nyapu muka. "Saya dah tak perasan lagi bila saya tertidur."

Hisham tersengih. "Tak apa lah. Awak penat sangat tu. Terlebih sangat alami perkara-perkara pelik."

Farra hanya menarik nafas panjang sambil cuba membetulkan fikirannya ke alam nyata. Buat seketika, dia berharap yang dia sudah pulang ke rumah dan semua peristiwa sebelum ini hanya lah satu mimpi ngeri.

"Dah jumpa apa-apa?" Farra memandang lelaki itu lagi.

Hisham menggelengkan kepala sambil matanya masih tertumpu kepada majalah yang dipegangnya. Farra mendengus kuat kemudian mencapai majalah yang ada di hadapannya. Dia sendiri tidak tahu sampai mana pencariannya.

"Tak ada saya jumpa nombor telefon macam tu kat dalam majalah ni." Hisham bersuara dengan keluhan.

Farra hanya mengangguk kemudian menyambung semula kerja mencari nombor misteri itu. Tidak semena-mena matanya menjadi segar. Dia terpandang sesuatu yang menarik perhatiannya.

"Hisham..."

Hisham memandang Farra. "Hah??"

"Cuba tengok ni..." mata Farra masih lagi tertumpu kepada majalah yang dipegangnya.

Hisham segera mendekati gadis itu kemudian memandang ke dalam majalah yang dipegang. "Ada apa?"

"Tengok ni." Farra menuding ke arah gambar seorang lelaki yang berukuran passport. Lelaki dengan wajah sugul dan langsung tidak ceria. Lelaki itu berwajah muram dan bermata sepet.

Hisham merampas majalah itu dari tangan Farra kemudian menelitinya. Dia tersentak kemudian berlari mencapai kertas yang tertera nombor telefon misteri itu. Memang benar! Nombor telefon budak lelaki yang berada di dalam gambar itu sama dengan nombor telefon misteri itu. Hisham memandang Farra sambil membesarkan matanya. "Jadi dia seorang lelaki."

"Ada antara kami yang dengar suara lelaki juga dalam talian tu sebenarnya." beritahu Farra. "Tapi kami tak syak apa-apa pula."

"Tapi apa pula yang dia nak?" Hisham memandang gadis itu.

Farra hanya mampu mengangkat bahunya.

"Awak pasti yang Jyra belum balik ke mana-mana?" Tanya Hisham untuk kepastian. "Maksud saya memang dia ada dengan kamu. Jasadnya yang sebenar?"

"Ya." Farra mengangguk. "Dia akan balik sama-sama dengan saya. Tiket kami memang sama dan dia memang tak pergi mana-mana pun."

"Macam kes kami..." Hisham menarik nafas panjang. "Sukarnain memang dah balik ke rumah. Maknanya bukan dia yang berada dengan kami."

"Dia bukan balik sama-sama dengan kamu ke?" Farra mengerutkan dahinya. "Maksud saya... Flight kamu kan sama?"

"Ya." Hisham menjawab. "Tapi dia ikut Faiz ke rumah keluarga angkatnya."

"Ah..." Farra mengangguk-angguk.

"Jadi dia memang tak ada dengan kami." sambung Hisham.

"Tapi Jyra memang belum balik lagi." ujar Farra. "Dia memang dengan kami. Dia tak ke mana-mana pun."

"Habis tu sejak bila pula dia bertukar?" Hisham mengerutkan dahinya.

"Itu saya tak tahu." Farra mendengus perlahan. "Tapi kes cuti semester lepas pun dia bertukar tanpa saya tahu."

"Habis tu macam mana awak boleh tahu dia bertukar waktu kes cuti semester lepas tu?" Tanya Hisham lagi.

"Awak..." Farra terdiam seketika. Dia masih ingat lagi waktu itu 'benda' itu sedang menyamar sebagai Hisham dan memberitahunya bahawa orang yang bersamanya pada waktu itu bukan Jyra yang sebenar.

"Sekarang ni awak ada idea tak macam mana nak cari mereka?" Hisham memandang Farra tanpa menunggu jawapan kepada soalannya tadi. Dia tahu Farra ingin membuang ingatannya pada peristiwa itu jauh-jauh.

Farra mengangkat bahunya. "Dulu kami jumpa kamu dalam bilik rekreasi asrama perempuan."

Hisham mula hanyut dalam fikirannya.


*


Malam kini sudah menjelma. Keadaan asrama yang sunyi dalam gelap benar-benar menyeramkan. Farra berjalan masuk ke dalam asrama perempuan itu dengan selamba. Hisham hanya mampu berdiri di hadapan pagar sambil memandang ke arah asrama itu agak risau.

"Kenapa tak masuk lagi?" Farra memandang lelaki itu.

"Perlu ke saya masuk?" Tanya Hisham acuh tak acuh.

Farra mendengus kuat hampir tergelak. "Habis tu??"

"Tak pernah lagi saya masuk asrama perempuan ni." Hisham bersuara risau.

"Bukannya ada sesiapa kat dalam ni." balas Farra. "Dah cepat!!"

Hisham menarik nafas panjang kemudian berjalan menyusul di belakang gadis itu perlahan-lahan. Mereka berjalan masuk sambil memandang sekeliling dalam keadaan risau bercampur takut.

"Hihihihihihi..."

Serta-merta langkah mereka terhenti. Bunyi hilai tawa seorang perempuan jelas kedengaran di setiap sudut. Hisham dan Farra berpandangan seketika. Kaki mereka menjadi kaku di tempat mereka berdiri.

"Siapa tu?" Hisham membesarkan matanya memandang Farra.

Gadis itu tidak menjawab sebaliknya memandang sekeliling. Dia sepertinya mengenali suara itu. "Jyra..."

Farra memandang ke tingkat paling atas bangunan yang berhadapan dengan mereka. Hisham turut memandang ke arah itu. Kelihatan Jyra sedang berdiri dengan wajah yang mengerikan di suatu sudut sambil ketawa mengilai memandang mereka. Matanya marak dan terbeliak besar. Tidak lama kemudian, kelibat Jyra berjalan pergi dan menghilang entah ke mana.

Farra memandang Hisham ketakutan. Dia kini kaku berdiri. Buat seketika dia benar-benar berharap dia tiada di situ.

Hisham turut tercengang. "Itu bukan Jyra kan?"

Farra hanya mampu mengangguk tidak pasti sebelum mengisyaratkan supaya mereka meneruskan perjalanan. Langkah mereka diatur penuh berhati-hati. Risau kalau-kalau Jyra muncul di hadapan lalu menerkam mereka. Mereka berhenti di hadapan bilik rekreasi aras 1 blok itu.

"Kat sini lah saya jumpa kamu dulu." beritahu Farra.

"Biar saya masuk dulu." Hisham berjalan menuju ke pintu itu kemudian memulas tombol pintu itu perlahan-lahan.

"AAAAAA!!!!!"

Tidak semena-mena satu kelibat menekup mulut Hisham. Farra yang berdiri di belakang lelaki itu hanya mampu menjerit.

"Jangan bising lah!"

Farra terdiam serta-merta. Dia mengerutkan dahinya memandang kelibat itu. "Hassan??"

Hisham mengelipkan matanya. Hassan memandang sekeliling penuh berhati-hati kemudian melepaskan pegangannya dari mulut lelaki itu.

"Hassan..." Hisham tercengang memandang lelaki itu. "Apa dah jadi dengan kau?"

"Aku terkurung dalam bilik ni..." beritahu Hassan. "Nasib baik kamu buka pintu ni... Payah betul aku nak buka."

"Tapi..." Hisham masih ragu-ragu. "Kau hilang kan?"

"Ya." keluh Hassan. Dia kelihatan penat tidak bertenaga. "Entah lembaga apa yang serang aku malam tu. Tiba-tiba pula Sukarnain muncul lepas tu pengsan kan aku."

"Itu bukan Sukarnain yang sebenar tahu tak." beritahu Hisham.

"Dah agak dah." dengus Hassan. "Aku pun rasa ada yang tak kena dengan dia."

"Dia dah balik dengan Faiz sebelum cuti lagi." Hisham bersuara. "Dia bukan dengan kita pun selama ni."

Hassan terkedu mendengar kata-kata Hisham. "Habis tu..."

Hisham mengangkat bahunya. Dia juga tidak tahu siapa yang bersama mereka dan menyamar sebagai Sukarnain.

"Tapi macam mana kau boleh lepaskan diri?" Farra mencelah ingin tahu.

"Aku pengsan je kat sini." beritahu Hassan selamba. "Bukan diikat. Senang sikit lah kot."

Serentak Farra dan Hisham mengangguk.

"Tapi aku ada nampak Jyra." Hassan memandang Farra. "Dia tengok aku dari tingkap ni... Muka dia mengerikan sangat."

Farra menarik nafas panjang. "Itu bukan dia."

"Dia lah." bantah Hassan.

"Bukan." balas Farra. "Aku kenal Jyra. Itu bukan dia."

"Tapi Jyra belum balik kan?" Hassan merenung gadis itu.

Farra mengangguk. "Tapi itu bukan dia."

"Dia." Hassan masih mempertahankan jawapannya. "Tapi ada sesuatu yang masuk dalam badannya."

Serentak kedua-dua mereka terkejut.

"Apa maksud kau?" Hisham merenung lelaki itu.

"Kalau itu bukan dia dan ada benda yang menyerupai dia..." Hassan cuba menerangkan. "Mesti dia dapat tembus dinding dan pergi mana-mana ikut suka hati dia."

Farra dan Hisham hanya memandang Hassan.

"Tapi dia berjalan turun tangga macam biasa." sambung Hassan. "Malah dia buka pintu lagi. Dia tak ada kuasa nak buat apa-apa."

"Jadi..." Farra merenung lelaki itu. "Dia dirasuk."

"Rasanya." Hassan mengangguk-angguk.

"Kalau macam tu kita perlukan Syazani untuk keluarkan benda tu." ujar Hisham. "Cuma dia je yang ada ilmu ruqyah."

"Persoalannya..." Hassan bersuara. "Di mana dia sekarang?"

________________________________


A/n: Ughhh~ Can wait until this story come to an end. Only a few chapters left. Hehehehe. Saya habiskan update hari ni jugak. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top