Part 12

Hisham berjalan pantas turun dari asrama lelaki. Dia segera berjalan menuju ke pondok berhadapan dengan asrama perempuan itu. Jantungnya seperti hendak tercabut apabila menerima panggilan dari Farra sebentar tadi.

"Farra!"

Farra menoleh pantas. Dia menarik nafas lega apabila melihat lelaki itu. Dia merasakan nyawanya sudah tiada di dalam badannya sebentar tadi.

"Ada apa ni?" Tanya Hisham cemas.

"Jyra..." Farra bersuara seperti hendak menangis. "Ternyata Jyra bukan lah Jyra yang sebenar."

Hisham tidak terlalu terkejut.

"Saya tak tahu apa dah jadi dengan Mel." sambung Farra. "Saya hanya dengar suaranya menjerit sebelum talian terputus."

Hisham tidak bersuara. Dia juga tidak tahu apa yang harus dikatakan. Dia tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan perkara itu.

"Mel cakap nombor telefon itu milik Jyra."

"Saya rasa ada sesuatu yang berlaku pada Jyra sebelum ini yang kita tak tahu." Hisham cuba membuat deduksi. "Apa pun kita mesti cari pemilik sebenar nombor telefon itu. Mungkin ada peristiwa disebaliknya."

Farra mengangguk bersetuju. "Tapi kita nak cari kat mana."

Dengan selamba Hisham menuding ke arah satu tempat.

"Perpustakaan??" Farra memandang Hisham.

Hisham mengangguk-angguk. "Saya rasa dalam perpustakaan tu ada simpan majalah lama kampus ni."

"Tapi kan perpustakaan tu mesti dah di kunci." ujar Farra.

"Kita cari lah cara macam mana nak masuk." Hisham bingkas bangun. "Jom!"

Farra tidak membantah sebaliknya hanya menurut sahaja. Dia menyusul langkah Hisham menuju ke perpustakaan itu.

Farra memulas-mulas tombol pintu perpustakaan itu. "Berkunci."

Hisham memandang sekeliling cuba mencari cara bagaimana hendak membuka pintu itu. Dia ternampak satu dawai berkarat yang tersangkut pada pagar ditepi perpustakaan itu. Dengan selamba dia mematahkan dawai itu dalam lingkungan lima inci panjangnya. Dia membengkokkan dawai itu kemudian mula mencucuk-cucuk ke dalam lubang kunci pintu perpustakaan itu.

Tidak lama kemudian, pintu itu terbuka. Farra tergamam memandang lelaki itu. Ingin bertanya sama ada dia pernah melakukan hal itu atau tidak.

"Jom." Hisham membaling dawai itu kemudian melangkah masuk.

Farra mencari-cari suis perpustakaan itu kemudian menghidupkan lampu bagi memudahkan mereka mendapatkan apa yang mereka ingin cari.

"Tapi saya tak pernah jumpa pun majalah-majalah lama kat sini." Farra memandang sekeliling perpustakaan itu. "Hanya buku-buku pelajaran je ada kat sini."

Hisham memandang Farra kemudian tersenyum. "Jom ikut saya."

Farra menyusul Hisham naik ke tingkat atas. Mereka memandang sekeliling takut-takut jika ada orang walaupun hakikatnya hanya mereka berdua sahaja berada di situ. Hisham berjalan ke sebuah bilik paling hujung tingkat atas itu.

"Stor??" Farra memandang Hisham sambil mengerutkan dahinya.

Hisham tersenyum sekali lagi. "Tak silap saya... Encik Khalid ada minta kami masuk kan majalah-majalah lama kat dalam ni semester lepas."

"Ah..." Farra mengangguk-angguk mula faham.

"Rasanya benda tu masih ada kat sini lagi." Hisham memulas daun pintu itu perlahan-lahan.

Terdapat banyak kotak yang disusun secara bertingkat di dalam stor itu.

"Banyak ni..." keluh Farra. "Takkan nak periksa satu-persatu."

"Kami ada labelkan." Hisham bersuara sambil matanya masih meneliti setiap kotak yang ada di situ.

Farra turut memandang kotak-kotak itu. Hisham menarik sebuah kotak yang terletak paling atas. Dia membuka kotak itu agak tergesa-gesa.

"Ni dia." Hisham tersenyum lebar melihat isi di dalam kotak itu.

Farra melutut di sebelah Hisham. "Tapi ada banyak sangat ni."

"Kita cari lah satu-persatu." selamba Hisham mengangkat kotak itu kemudian berlalu pergi dari situ.

Farra hanya mendengus perlahan kemudian menyusulnya.

_________________________________

A/n: I really want to finish this story badly. So, I can focus more on my main story now. I almost forgot I had this story though. Hahaha. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top