Part 11
Farra merenung tajam komputer ribanya. Dia kini cuba mencari sejarah lama kampus itu. Malisa pula duduk bersama Jyra cuba memikirkan sesuatu. Mereka juga tidak tahu apa yang hendak dilakukan.
"Apa kata kita periksa bilik rekreasi tu?"
Serentak Malisa dan Farra memandang Jyra.
"Mungkin ada sesuatu di sana." ujar Jyra.
"Boleh juga." sokong Malisa kemudian memandang Farra. "Apa pendapat kau?"
"Entah." Farra tidak tahu hendak berkata apa. "Terpulang lah pada kamu."
"Jom, Malisa." Jyra memegang tangan gadis putih gebu itu.
Farra hanya memerhati gelagat Jyra. Sejak bila pula budak ni panggil Malisa dengan nama penuh?
"Baiklah." Malisa bingkas bangun dari katil.
"Farra, kau tunggu sini je." arah Jyra. "Mana tahu ada apa-apa. Biar kami berdua je yang pergi."
Farra hanya mengangguk teragak-agak. Malisa dan Jyra terus berlalu pergi meninggalkannya yang masih kelihatan curiga. Perlahan-lahan kedua-dua mereka membuka bilik rekrasi itu. Ia agak gelap. Malisa cuba menghidupkan suis lampu tetapi gagal.
"Gelapnya." ujar Malisa. Dia memandang sekeliling cuba mencari sesuatu. "Apa yang kita nak cari kat sini?"
Jyra tidak membalas. Malisa mengeluarkan telefon bimbit dari dalam kocek seluarnya. Kelihatan satu panggilan tidak dijawab. Nombor itu. Nombor misteri itu lagi. Malisa menekan nombor itu dengan berani lalu cuba menghubunginya.
TRUUTT!! TRUUTT!!
Malisa tersentak. Dia dapat mendengar dengan jelas deringan telefon bimbit di dalam bilik rekreasi itu. Dia segera memandang sekeliling untuk mencari dari mana datangnya deringan itu.
"Dari mana bunyi tu?"
Malisa tergamam tiba-tiba. Dia memandang Jyra yang kini sedang berdiri tegak memandangnya.
"J- j- j... Jyra..."
Jyra tersenyum sinis kemudian mengeluarkan telefon bimbit dari dalam kocek seluarnya. Malisa terkedu melihat tindakan gadis itu.
"Nombor telefon ni..." Malisa tercengang. "Kau yang punya??"
Jyra tersenyum sinis secara tiba-tiba.
"Tak guna!!" Malisa menggumam kemudian mencari nombor telefon seseorang dari dalam telefon bimbitnya.
*
Farra berfikir sendirian di dalam biliknya. Entah kenapa hatinya mula terasa tidak senang. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang aneh pada Jyra. Bila ada orang yang hilang, gadis itu tidak terlalu terkejut. Dia juga langsung tiada keinginan atau semangat untuk mencari jalan. Cara dia memanggil nama Malisa juga agak berbeza. Serta-merta dia teringat peristiwa cuti semester yang lalu. Ketika dia diberitahu bahawa orang yang bersamanya bukan Jyra yang sebenarnya.
TRUUTT!TRUUTT!!
Farra segera mencapai telefon bimbitnya. Nama Malisa tertera pada skrin hadapan. Dia terus menjawab panggilan itu tanpa berfikir panjang. "Hello?"
"Siapa kau sebenarnya?!"
Farra tersentak. Kedengaran suara Malisa sayup-sayup kedengaran dari dalam talian. "Mel??"
"Kamu tak nak tahu ke siapa yang hubungi kamu selama ini?"
Farra membesarkan matanya. Dia dapat mendengar dengan jelas suara Jyra dari dalam talian itu.
"Jadi kau yang hubungi kami?" Malisa bersuara nyaring.
Kedengaran suara ketawa mengilai. "Apa yang kau harapkan? Siapa lagi?"
Farra tergamam mendengar semua itu.
"Tapi kenapa kau buat macam ni, Jyra..." Malisa bersuara terketar-ketar.
"Kau rasa..." tiba-tiba sahaja suara seorang lelaki kedengaran. "Aku ni masih kawan kau ke?"
"AAAAAAA!!!!"
"MEL!!!!!!" pekik Farra.
Talian telefon itu sudah terputus. Farra menelan air liurnya. Jadi benar. Ternyata Jyra yang bersama mereka bukan lah Jyra yang sebenar. Farra bingkas bangun kemudian berlari keluar dari bilik itu. Dia mencari nombor telefon orang yang satu-satunya dapat dihubunginya saat itu. Hisham!
_____________________________
A/n: Kesian. Asyik Jyra je yang kena. Hahahaha. Saya nak habiskan post ni. Jadi boleh tamat cepat cerita ni. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top