Part 10

Syazani mengemas buku yang bertaburan di atas lantai itu. Dia sendiri tidak tahu bagaimana buku-buku itu boleh berada di situ. Dia juga tidak tahu siapa yang empunya buku-buku itu. Ia seperti buku-buku edisi lama kerana kertas-kertasnya kelihatan semakin pudar. Siapa pemilik dan siapa yang meletakkannya di situ juga dia tidak tahu.

Tidak semena-mena pintu bilik itu dibuka oleh seseorang. Syazani terkejut melihat seseorang yang cukup dikenalinya. Seseorang yang mereka fikir sudah hilang.

"Sukarnain?!"

Sukarnain memandang Syazani kebingungan. "Kenapa?"

"Kau..." Syazani merenung lelaki itu tidak percaya. "Macam mana kau boleh ada kat sini?"

Sukarnain tergelak mendengar kata-kata Syazani. "Kenapa pula kau cakap macam tu?"

"Bukan sepatutnya kau hilang ke?" Syazani merenung lelaki itu.

"Aku?" ulang Sukarnain. "Sejak bila pula?"

"Tapi..."

TRUUT!! TRUUT!!

Belum sempat Syazani meneruskan kata-katanya, telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja bergetar. Dia mencapai telefon bimbit itu. Tidak semena-mena bulu romanya meremang. Jantungnya terasa bagai hendak tercabut keluar. Dia memandang Sukarnain sekali imbas yang hanya memandangnya bingung.

Syazani memandang semula ke arah skrin hadapan telefon bimbit itu. Dia benar-benar tidak percaya pada apa yang dilihatnya. Nama Sukarnain tertera pada skrin hadapan. Perlahan-lahan Syazani menjawab panggilan itu dengan matanya masih tertumpu kepada Sukarnain yang berdiri di hadapannya pada saat itu.

"He... Hello?"

"Assalamu'alaikum, Syazani."

Syazani tersentak. Terasa darah merahnya mengalir deras di dalam badannya. Suara itu benar-benar suara milik Sukarnain. "Wa... Wa'alaikumsalam."

Sukarnain yang kini berada di hadapan Syazani hanya merenung lelaki itu penuh curiga.

"Kenapa kamu telefon aku? Maaf lah. Aku sibuk sikit beberapa hari ni. Ada kenduri sikit kat rumah aku ni."

Syazani terkedu. "Ru... Rumah?"

"Ya." kedengaran Sukarnain bersuara dari dalam talian.

Mata Syazani tidak lari dari bertentangan dengan mata Sukarnain yang kini berdiri di hadapannya.

"Kan aku balik dengan Faiz hari tu."

Syazani terdiam. Dia tidak mampu berkata apa-apa lagi. Nafasnya seperti tersekat di kerongkong. Sepertinya dunia di sekelilingnya berpusing saat ini. Jika benar Sukarnain balik bersama Faiz, maknanya mereka sudah meninggalkan asrama sebelum cuti bermula lagi. Jika benar begitu, siapa lelaki yang berdiri di hadapannya sekarang ini? Lelaki yang bersama mereka selama ini.

"Syazani! Syazani!"

Syazani tidak menyahut panggilan Sukarnain dari dalam talian itu. Dia hanya memandang Sukarnain yang berdiri di hadapannya saat ini.

"Si... Siapa kau?"

Sukarnain yang berdiri di hadapan Syazani itu tiba-tiba tersenyum sinis yang mengerikan. "Kawan kamu."


*


TRUUT!! TRUUT!!

Hisham yang dari tadi menumpukan sepenuh perhatian pada komputer ribanya mengalihkan pandangannya kepada telefon bimbit yang terletak di atas meja betul-betul di sebelahnya. Dia agak terkejut melihat nama Sukarnain tertera pada skrin hadapan bagaimanapun segera menjawab panggilan itu.

"Hello?"

"Assalamu'alaikum, Hisham."

"Wa'alaikumsalam, Sukarnain."

"Ya."

"Kau tak hilang ke?"

"Hilang apa pula ni?"

"Bukan kau hilang dengan Hassan ke?" Hisham mula kebingungan.

"Aku dah balik dengan Faiz sebelum cuti bermula lagi tahu tak."

Hisham tergamam mendengar kata-kata Sukarnain.

"Ada kes hilang lagi ke? Apa dah jadi sekarang ni?"

"Sukarnain..." Hisham bersuara hampir tidak percaya. "Kalau betul kau sudah balik... Siapa orang yang ada dengan kami selama ni?"

Sukarnain berdiam diri seketika. "Itu aku tak tahu, Hisham. Yang penting orang tu bukan aku."

Hisham hanya duduk tercengang. Dia benar-benar tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarnya.

"Dengar ni, Hisham... Aku baru lepas bercakap dengan Syazani. Aku rasa ada sesuatu berlaku pada dia. Dia tiba-tiba putuskan talian."

Hisham tersentak kemudian segera mematikan telefon bimbitnya walaupun Sukarnain belum selesai bercakap. Dia segera berlari menuju ke bilik Syazani. Bagaimanapun bilik itu kini kelihatan kosong. Dia sudah terlambat. Hanya telefon bimbit Syazani yang terletak di atas lantai bilik itu.


*


"Apa maksud kau Sukarnain tak wujud pun kat sini selama ni?" Malisa merenung Hisham yang tercengang seperti orang kena sampuk.

Farra dan Jyra hanya mampu merenung Hisham.

"Sukarnain dah lama balik." Hisham menarik nafas panjang. "Malah sebelum cuti bermula lagi pun."

"Macam mana kamu boleh tak perasan selama ni?" Tanya Malisa lagi.

"Macam mana kami nak perasan kalau elok je dia ada dengan kami kat asrama sebelum ni?" Hisham memandang Malisa agak bengang. "Tak ada benda yang mencurigakan berlaku."

Malisa mendengus perlahan. "Habis tu apa kita nak buat sekarang?"

"Entah." Hisham kelihatan buntu. "Aku rasa macam dah nak putus asa ni. Aku tak tahu apa nak buat."

"Satu-satunya cara adalah cari siapa pemilik telefon bimbit tu." ujar Farra selamba.

"Tapi nak cari kat mana?" Malisa memandang gadis itu.

Farra tidak menjawab. Dia juga tidak tahu hendak cari di mana.

"Nanti aku cari kat majalah kampus yang dulu."

Serentak Farra, Jyra dan Malisa memandang Hisham.

"Aku rasa nombor telefon tu milik pelajar kampus ni..." Hisham memandang ketiga-tiga gadis itu silih-berganti. "Nanti aku cuba cari lagi."

_________________________________


A/n: You must be wondering why this story is direct to the horror part and not do the talking or introduction like other story. This story I made a few years ago. I just edit a little and I didn't wrote this that long. So, it will be this simple and short. Hope you enjoy! :) Leave me your feedback.

> VOTE & COMMENT <

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top