Part 1
To all readers yang pernah baca cerita Cuti Semester sebelum ni, ini adalah sambungan ceritanya. Kepada yang belum baca cerita cuti semester, lebih baik baca dulu sebelum baca yang ni.
Fiza berfokus pada komputer riba yang diletakkan di atas meja itu. Misrah dan Aminah yang dari tadi menjerit-jerit kerana filem seram yang mereka sedang tonton itu. Malisa kini sedang baring di katil sambil mendengar lagu. Dia tidak mahu melihat cerita bertemakan seram seperti itu. Wani tidur-tidur ayam juga tidak mahu turut serta. Jyra dan Farra menutup mata bagaimanapun tidak menjerit. Mereka Nampak tenang berbanding yang lain. Mira pula bersembunyi di belakang Farra.
"Habis!" Fiza bersuara setelah filem itu selesai.
"Jom lah balik bilik!" ajak Jyra ketika menguap panjang agak mengantuk. "Dah jam satu ni."
Jyra, Fiza dan Farra sudah sedia untuk keluar. Masing-masing kelihatan letih. Misrah berusaha memujuk Mira agar menemaninya tidur di bilik. Aminah, Wani dan Malisa sudah bersedia untuk tidur.
TOK!!TOK!!TOK!!
Serentak mereka semua terdiam. Semua mata kini memandang ke pintu. Bunyi itu. Bunyi yang mengheret mereka ke mimpi ngeri sebelum ini. Bunyi ketukan pintu.
TOK!!TOK!!TOK!!
Kesemua mereka berhimpit berundur ke meja. Bulu roma mereka mulai meremang. Siapa yang datang pada jam sebegitu? Takkan peristiwa itu berulang lagi? Perlahan-lahan tombol pintu itu dipulas. Pintu terkuak tiba-tiba.
"AAAAAAAA!!!!!!!!"
"Hoi!"
Jeritan itu membuatkan semua mereka terdiam. Ila memandang mereka sambil mengerutkan dahi. "Kenapa dengan kamu semua ni?"
"Lah..." Wani menarik nafas lega sambil mengusap-usap dadanya. "Kau rupanya Ila."
"Yalah." Ila menggolekkan bebola matanya. "Aku lah ni."
"Ingat kan siapa tadi." Mira turut mengusap-usap dadanya.
"Dah." ujar Jyra. "Jom berambus!!"
Serentak mereka semua ketawa mendengar kata-kata gadis itu. Walaupun ia kedengaran kasar, tapi ia adalah gurauan yang biasa.
"Kasar betul bahasa kau ya." sindir Farra bagaimanapun masih tergelak.
"Eh, Farra..." Jyra memandang gadis itu dengan wajah yang bertukar serius. "Kau tidur kat mana malam ni?"
Farra berfikir sedikit. "Mungkin kat bilik kot. Kasihan roommate aku tu. Tak ada kawan nak tidur"
"Uiseh!!" Jyra tersenyum sinis sambil mengangkat keningnya. "Peduli juga kau dengan roommate ya."
Farra menjeling tajam ke arah gadis itu. "Jangan nak mengada-ngada!!"
"Kau, Fiza..." Jyra berpaling memandang gadis kecil molek itu. "Tidur kat mana?"
"Tak tahu lagi." Fiza mengangkat bahunya kemudian memandang Mira pula. "Kakak tidur kat mana?"
"Kat tempat Misrah kot." jawab Mira.
"Ya." sampuk Misrah.. "Aku tak ada kawan tidur."
"Bagus kita tidur dengan mereka sekali." cadang Fiza kembali memandang Jyra. "Ramai-ramai kan lagi bagus."
"Aku mana-mana je." Jyra mengangguk.
"Kita tidur tempat Misrah lah." ujar Fiza. "Dekat sikit dengan bilik Mel dan yang lain tu."
"Tapi sebelum tu..." Farra mencelah. "Hantar aku balik bilik dulu."
Tiada sesiapa yang membantah. Mereka semua terus sahaja berjalan beriringan menuju ke bilik Farra.
"Nampaknya kejadian hari tu dah buatkan kita semua jadi penakut." Mira bersuara setelah jauh sedikit berjalan.
"Aku tak boleh lupa benda tu." Misrah menggelengkan kepalanya jelas tidak mahu mengingatinya lagi.
"Akak lagi tak boleh lupa langsung." Mira bersetuju. "Itu pertama kali akak kena macam tu."
"Macam lah kami kali kedua." Farra menggolekkan bebola matanya.
"Dahlah.." Fiza menderam. "Tak payah ingat pasal tu lagi."
"Eleh!" Jyra menyigung gadis itu sambil menjeling. "Padahal itu kenangan manis dia."
*
Sudah beberapa bulan sejak peristiwa percutian mereka itu berlaku. Kini, mereka sudah berada di penghujung semester yang baru. Masing-masing sibuk dengan peperiksaan akhir mereka. Ada yang sudah selesai memandangkan subjek-subjek yang diambil terlebih dahulu berlangsung. Ada yang masih berusaha belajar di saat akhir.
Jyra sedang duduk bersendirian di dalam biliknya. Matanya dari tadi tekun melihat buku subjek Statistics. Fon telinga berwarna putih masih terlekat dikedua-dua belah telinganya. Lagu sedang rancak bermain melalui telefon bimbitnya untuk membantu dirinya agar tidak mengantuk.
Setelah hampir beberapa minit, dia bingkas bangun. Dia menyanggul rambutnya kemudian mencapai telefon bimbit yang masih tercucuk wayar fon telinga itu lalu memasukkan ke dalam kocek seluarnya. Dia terus sahaja berjalan keluar dari bilik itu menuju ke tandas. Kawasan asrama ketika itu agak sunyi walaupun masih ramai pelajar yang tinggal di situ. Tandas itu juga kelihatan lengang langsung tiada orang di dalamnya.
Jyra masuk ke dalam tandas sambil mendengar lagu. Mulutnya terkumat-kamit menyanyikan lirik yang ada. Beberapa minit kemudian setelah menyelesaikan hajatnya, dia keluar sambil memandang dirinya sendiri di dalam cermin besar yang bertentangan dengan tandas yang dimasukinya itu. Dia masih lagi cuba menyanyi mengikut lagu yang sedang bermain di telinganya.
Apabila dia hendak berjalan keluar, tidak semena-mena dia jatuh tersungkur tanpa diduga. Telefon bimbitnya terkeluar dari kocek seluar. Fon telinganya tercabut dari telefon itu. Bajunya pula basah terkena air di lantai.
"Ouch!" Jyra mengerang kesakitan sambil terpinga-pinga melihat sekelilingnya. Mujur tiada orang di dalam tandas itu. Tidak tahu bagaimana hendak menahan malu memandangkan tiada apa-apa yang mendorongnya.
"Jyra!"
Jyra mendongak pantas. Farra berdiri tercengang memandangnya di pintu depan tandas itu.
"Apa hal kau duduk kat situ?" Tanya Farra masih tercengang.
"Aku bukan duduk." Jyra mengutip telefon bimbitnya sambil melibas-libas seluarnya. "Aku jatuh lah!"
Farra segera tergelak. Dia tahu jawappan itu bagaimanapun sengaja bertanya. "Aku fikir kenapa kau buang tebiat duduk kat situ."
Jyra menjeling ke arah gadis itu. "Ketawa je lah. Bukan juga aku kisah sangat."
Farra pula masih lagi ketawa. "Bertenanglah."
Jyra tidak membalas sebaliknya hanya menggolekkan bebola matanya. "Apa yang kau buat kat sini.?"
Farra memandang gadis itu sambil tersenyum sinis. "Jemur kain?"
Sekali lagi Jyra menjeling ke arah Farra. "Kau ni nak kena penampar ke apa?"
Farra segera ketawa terbahak-bahak. "Aku pergi bilik kau tadi. Pintu terkunci. Tak kan nak tunggu sana sampai aku tumbuh janggut. Aku dapat dengar bunyi kipas dari dalam. Saja nak tengok kat sini."
Mereka berdua berjalan keluar dari tandas itu. Akan tetapi, tiba-tiba sahaja langkah Jyra terhenti. Entah kenapa bulu romanya tiba-tiba meremang. Angin lembut memukul badan mereka berdua seolah-olah ada sesuatu yang melintasi mereka. Bagaimanapun, Farra sepertinya tidak begitu merasainya.
"Jyra..."
"Hah?" Jyra tersentak kemudian memandang gadis itu yang kini sudah memandangnya sambil berkerut.
"Kenapa dengan kau?"
Jyra tidak menjawab sebaliknya memandang ke arah tandas itu semula. "Tak. Tak ada apa-apa."
Mereka berjalan semula. Bagaimanapun, keceriaan yang ada sebentar tadi sudah hilang. Farra perasan ada sesuatu yang mengganggu gadis itu bagaimanapun tidak mahu menekannya.
"Er..." Jyra berdehem perlahan. "Kau tak rasa lain macam ke waktu kita keluar tandas tadi?"
Pertanyaan Jyra membuatkan langkah Farra terhenti. Dia merenung gadis itu. "Apa maksud kau?"
"Maksud aku..." Jyra menelan air liurnya cuba menyusun ayat yang sesuai. "Kau tak rasa sesuatu yang pelik semasa kita keluar dari tandas tadi ke?"
Farra berkerut cuba mengingati sesuatu. "Biasa je. Kenapa?"
"Tak. Tak ada apa-apa." Jyra terus sahaja berjalan melintasi gadis itu yang hanya memandangnya penuh tanda tanya.
------------------------------------------------------------------------------
A/n: Sorry sebab lambat repost buku kedua ni. Saya betul-betul terlupa nak edit. Dan sekarang saya terpaksa update lambat untuk baiki ayat-ayat dalam cerita ni. Harap korang sabar ya. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top