Part 7

Sorri guys lambat update . Sebb bz ngan exam campur masalah line hoho🙏🏻🙏🏻 . So aku mintak sangat - sangat vote and share kat member kau orang .
****************
" Perempuan yang datang awal seperti peti sejuk yang terbukak !! " kata Rahim yang tiada perasaaan marah dan kesian dengan apa yang berlaku . Baginya ini kes ringan dan remeh- temeh . Dia juga menganggap Sakinah perempuan yang OKU ( orang kurang upaya ) jijik dan patut menjadi pemuas nafsu kaum adam . Sedih hati Sakinah di buatnya . Mengapa dia yang bersalah ? . Akhirnya dia memujuk hati agar tidak mengambil berat tentang itu . Mungkin gurunya tidak faham apa yang berlaku .

"Ini bukan soal peti sejuk apa bende , nii perlu di ambik tindakan supaya budak - budak tuu takut . " bahas Pak rahim yang marah apabila Sakinah di tuduh gatal .

Merah muka Pak Rahim dengan apa yang keluar dari mulut si tak guna . Kalaulah Pak Rahim menjadi guru , pasti budak - budak tuu sudah lama mengenal erti sebat .

Masa yang berlalu terlalu cepat dan jam sekarang menunjukkan jam 10.20 pagi , Sakinah pulang ke kelas pada pukul 8.40 selepas mereport hal yang berlaku .

Dia mengeluarkan bekal nasi berlaukan ikan bilis dan kicap . Dia membasuh tangan lalu membaca doa . Sakinah mengambil nasi itu lalu menyuap ke mulut . Alangkah terkejut apabila lelaki tadi mengambil bekas bekal nasi yang disediakan oleh ayahnya lalu membuang ke tanah . Ingin membalas dendam kerana sakinah menampar mukanya , melawan untuk tidak memuaskan kehendak nafsunya .

Tak sempat merasa sesuap nasi , teringinnya untuk merasa ikan bilis hasil titik peluhnya menoreh getah , akhirnya patah apabila nasi dan ikan bilis bertaburan di atas lantai .

Flashback on , dua hari lepas .

" Ayah , ayah , ayah , ayah !! " panggil Safuan yang pelik ayahnya tiada di beranda luar .

Selalunya ayahnya akan duduk di kerusi malas sambil melihat orang berulang - alik dan menikmati suasana sejuk sebelum bersiap untuk ke kebun .

Ayahnya menjawab dengan nada
suara yang perlahan .

" ayah adik teringin nak makan ayam , nanti ayah beli en kita masak ayam goreng " jawab Safuan dengan mulut yang lincah berbahasa .

"Ayah tak ada duit nanti - nanti kita beli yer ! " jawab Pak Kasim dengan riak wajah yang mendung menanggung kesedihan , keperitan hidup dan dia menunduk 90° darjah , memikirkan ke manakah anak - anaknya akan tinggal ? Jikalau tanah ini dirampas oleh Mak Mertuanya , Mak Anjong untuk di buat sebagai kebun untuk si Awang .

"Alaaa alaaa ayah nii , bukan selalu pun boleh ayah boleh larr " rayu Anak kecil ituu dengan mata yang membulat seperti buah mata kucing berkilau - kilau . Mengharapkan ayahnya dapat menunaikan hajatnya itu .

Sakinah datang kerana terdengar perbualan Si Safuan yang memujuk ayahnya beli seekor ayam . Adiknya yang lain masih lagi tidur nyenyak dek kerana kesejukan pagi yang menusuk ke tulang .

Entah bagaimana boleh si Safuan terjaga awal selalunya terjaga lambat . Mungkin dia mimpikan yang dia menikmati juadah ayam goreng di alam mimp ataupun demam ayam goreng .Tersengih Sakinah .

"Kesian kat ayah adik , nanti akak buat ubi bakar nak ?? Lagi sedap dari ayam goreng ! " sampuk Sakinah dengan melakukan isyarat , apabila melihat ayahnya tertekan entah bagaimana ingin di berikan jawapan kepada Safuan .

" tak nak adik tak nak , jemu tau dak ". jawab Safuan sambil meraung - raung menjerit "tak nak " .

" Adik kalau kita buat sambal ikan bilis nak tak ? Lagi sedap dari ayam goreng " Pak Kasim mula bersuara apabila lama menyepi .

Berpakatlah anak beranak untuk menoreh di kebun getah , menolong ayahnya yang sudah di mamah usia .

Adik - beradik Sakinah okay dan setuju dengan apa yang di perkatakan oleh Sakinah untuk menolong ayahnya di kebun . Mereka sudah biasa hidup susah dan tahu untuk berdikari .

Jam 8.20 Tepat : kebun getah .
Suasana sejuk , sejuk di pagi harini lain daripada semalam. Sejuknya menusuk ke tulang .

Baju yang Safuan sangatlah nipis dan kotor tetapi badannya tidak terasa sejuk mungkin sudan biasa . Si Safuan menjijjing bekal makanan yang di masak dari rumah , nasi goreng yang tidak berlauk .

Sakinah mengambil pisau toreh dan tuala lalu dihulurkan kepada adik - adiknya . Walaupun masih kecil tetapi sudah pandai menoreh. Jika kanak - kanak seumur dengan Safuan pasti pagi - pagi sudah bersarapan dengan juadah yang enak tetapi lain bagi Safuan yang menolong ayahnya menoreh getah , kerana mengidam ayam dia sanggup .

Toreh larr dari satu pokok ke satu pokok yang lain . Sudah pasti nyamuk banyak hinggap darah Safuan yang masih muda .

Semua kerja telah di tetapkan . Perut Safuan menjerit kelaparan dan meminta sedikit juadah untuk di telan . Sejak pagi Safuan menahan lapar akhirnya bunyi perut di dengari oleh ayahnya dengan jelas . Sakinah sedih mendengarnya , mesti adik bongsunya lapar bisik hati Sakinah .

"Kriuk , kriuk , kriuk " bunyi berkali - kali memukul gengendang supaya sedar yang perutnya perlu memamah sedikit makanan.

"Adik makan bekal tuu jangan tahan lapar , nanti sakit " suruh Pak Kasim yang melihat anak bongsunya yang menahan kelaparan dan tangannya masih laju menoreh walaupun tengah bercakap .

Berhenti menoreh , makanlah Sakinah dan adik - adiknya itu nasi orang yang dibekalkan oleh ayahnya .

Cuit Sakinah sambil menghulurkan sebekal nasi goreng . Tetapi perlawaan Sakinah di tolak oleh ayahnya kerana anak mata Pak Kasim melihat ke arah anak bongsunya yang ingin menambah kali yang ke 5 . Lapar . Nasi goreng kosong terasa sedap apabila di makan ketika lapar dan pagi yang sejuk .

Langit yang cerah bertukar gelap memberi syarat yang langit akan menurunkan air hujan . Baru tadi mereka habis menoreh dan sekarang sudah ingin hujan .

Bagaimana dengan getah yang telah ditoreh pasti dimasukki air dan paling ditakuti getah mereka tidak dapat dijual .

Berlarilah anak - beranak itu menguntip semua bekas tangkungan getah. Penat lelah hanya Tuhan yang tahu .

Hanya setengah sahaja susu getah yang dapat di kumpul . Dan dibiarkan keras lalu di jual di kedai Ah leeng , terletak di hulu kampung .

"Rm3.50 " jerit Ah leeng tuan kedai itu .RM 3.50 sahaja ? Penat dari pagi sampai tengah hari sekadar RM3.50 . Walau apapun mereka tetap bersyukur . Rm3.50 sangat bermakna dan membayangkan betapa gembiranya .

"Syukur "jawab Pak Kasim , dia tidak kesah walau berapa pun hasil yang dia perolehi penting halal.

Berjalan anak -beranak itu ke arah kedai runcit . Riuh anak - anak kecil bermain di kedai seraya tangan tangan anak kecik itu memengang batang aiskrim .

Safuan sekadar melihat dan menelan . Baginya aiskrim tidak sedap kerana kata kakaknya aiskrim rasa seperti ubat , kerana itulah dia tidak menyukai .

****************+
Biadap itulah yang dapat digambarkan . Ya Allah aku lapar , kenapa sanggup berbuat sedemikian . Hati Sakinah sangat sedih dan amarahnya membuak - buak meningkat di dalam hatinya .Itu sudah melampaui batas . Alangkah terkejutnya Sakinah apabila tangannya sudah memasuki ruang mulut akhirnya di tempis . Bekasnya di lempar . Biadap . "Rezekiku " jerit Sakinah dilubuk hati .

Tudungnya di tarik , kelihatan anak tudung terkeluar . Teriak Sakinah , rakannya yang lain sekadar menjadi penonton dan sesetengah hanya mengelak apabila memek muka Sakinah berubah .

Sakit dan keperitan di telan sementah - mentah kerana dia tidak dapat meluahkan . Pipinya di tampar berdas - das , punggungnya di raba . Dia tidak berbuat apa - apa kerana rambutnya di tarik dengan kuat .

"Woow mantap larr "jerit remaja lelaki yang meraba punggung Sakinah.
Dia cuba untuk menepis tetapi rambutnya sakit akibat di tarik .

Kepalanya di hempuk ke muka meja lalu keluar sedikit darah . Mukanya lebam dan di banjiri dengan air mata bercampur darah .

"Aku nak engkau makan nasi yang ada dekat lantai tuu , kalau kau tak buat siap kau , aku ratah kau hidup - hidup" suruh ketua gengster sambil menjelir lindah ke pipi Sakinah .

Sakinah menunduk dan melabuhkan punggungnya di atas lantai lalu memakan saki baki nasi yang tumpah di atas lantai .

Menangis sambil makan . Rakan sekelasnya tidak berasa kasihan dengan nasib yang di timpanya . Sekadar melihat dan senyum , mana perginya sifat kasihan ? ?

Teresak - esak Sakinah menangis . Mengalir darah akibat hentakkan yang sangat kuat .

"Aku pun nak engkau jilat lantai tuu sampai lah licin " suruh ketua gengster itu lagi .
Sakinah teragak - agak untuk tidak buat tetapi apakan daya kepalanya di tarik lalu mukanya bergeseran dengan lantai . Habis mukanya berlumuran dengan nasi .

"Ya Allah , kenapa engkau turunkan ujian seperti ini , kenapa Ya Allah ?? Kenapa Ya Allah , kenapa ? Memang orang maacm aku layak dilayan seperti anjing menjilat sampah ?? Tidak cukup dengan ujian miskin kau turun kan lagi satu ujian , lebih baik aku mati".

Lalu Sakinah pergi ke tandas untuk membersihkan segala kotoran yang ada . Malu apabila ramai melihat wajahnya yang buruk dan mengutuk ."haha haha haha haha haha haha " ketawa enam harakat apabila melihat wajahnya . Sakinah menyapu air pili pada wajah lalu dilapnya dengan sapu tangan .

Remaja perempuan yang berada di dalam tandas hanya memandang serong ke arah Sakinah ,"tengok perempuan bisu tuu eiiii kotor , geli aku " cakap seorang remaja perempuan kepada rakannya .

Aku bukan pekak , aku sekadar bisu . Setiap perkataan aku dapat dengar , mereka melayan Sakinah seolah - olah dia tiada maruah dan perasaaan malu .Sakit dan perit terpaksa Sakinah telan .

" Kedepuuk " terlanggar Sakinah dengan Mak Cik cleaner .

~Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top