Part 6

Sebelum mula membaca citer niyy !! Min nak habak mai  yang min x leh nak update part 7 pada minggu depan (24/9/2020) sbb min sibuk dengan exam .  sorry 🥺🥺.Gud luck for myself 💋💋. Hehe tiber . Gud bye .
***********************
Tiada seorang pun di kelas 6 murni . Kedenggaran sunyi . Tetapi terdapat kesan kerusi yang tidak teratur seperti ada orang yang duduk .

Hatinya masih lagi gementar dan trauma dengan tragis yang menimpa di awal hari . Sakinah mengumpul air liur lalu telan . Sebaris gigitnya diatas rapat dengan gigi yang bawah , takut yang menggunung mengawal susuk tubuhnya .

"Kamu duduk dengan Pak Cik  Hamid nanti pukul 7.40 baru masuk kelas , kita jumpa guru besar untuk report hal ini yee nak " kata Pak guard yang melihat susuk tubuhnya yang mengeletar dengan hati yang kesian dengan apa yang berlaku pada si Sakinah .

Dalam perjalan ke pondok pengawal yang terletak di pintu masuk ke sekolah , kelihatan beberapa pelajar yang sedang merokok . Tiada perasaan takot dengan kehadiran Pak Hamid  .

Zaman sekarang bukan seperti dulu , tidak takut dan malu dengan kesalahan yang dibuat .

"Woiii " jerit si pelajar yang pura -pura sudah dewasa .

"Engkau cari pasal en siap ko " balas Pak Hamid dengan jerkahan yang amat kuat .

Bergeletar luntut lalu cabut dengan lintang - pukang . Putung rokok di buang ke dalam longkang . Risau jika tertangkap.

Gengster sekadar jauh tetapi jika dekat takutnya seperti nampak hantu . Berlari  Pak Hamid sekadar memberi pengajaran supaya tidak besar kepala .

Pak Hamid mengambil secawan kopi lalu dihidangkan bersama roti kepada Sakinah .Rasa lapar menghilang apabila ketakutan mengawal dirinya . Siapa boleh makan ketika takut ? . Pasti tidak boleh memamah walaupun sebutir nasi dek kerana ketakutan yang menggunung mengawal tubuh .

"Makan lah nak , mamah larr walaupun sekeping bagi tenaga sikit , wajah nak sudah pucat nii " pelawa pak Hamid yang melihat wajah Sakinah  yang pucat lesi .

Masa yang berlalu pergi seperti air yang menyelusuri hulu  sungai , dari hulu sungai ke hilir sungai , cepat .

Jam yang dibelek sudah pukul 7.40 , ramai rakan sekelasnya sudah datang , tetapi dengan pesanan Pak Hamid dia menuruti .

Rakan - rakannya yang lalu disitu melontarkan seukir  senyuman  di bibir sebagai tanda persahabatan  ke arah Sakinah,lalu dia mengukir sebuah senyuman lalu dilontarkan kembali sebagai penutup keresahan dan masalah yang dia hadapi .

Dia tetap senyum walaupun dia hadapi masalah . Dia malu jika rakan sekelasnya tahu tentang ini, biarlah Pak Hamid seorang yang mengetahui hal ini .Dia jugak tidak mahu ayahnya mengetahui hal seperti ini kerana tidak mahu ayahnya risau.

Jika  hal ini disampaikan oleh neneknya ,Mak Anjong pasti riuh satu kampung membawang aib muka keturunannya sendiri . Neneknya tidak seperti nenek rakannya yang lain , meluahkan kasih sayang , dan meluangkan masa bersama . Selama hidup dia tidak pernah rasa nikmat kasih sayang dari neneknya .

Teringin . Sebak di dada apabila teringat yang telah berlaku . Sukar dan perit untuk ditelan .Dia cemburu melihat rakannya yang lain dapat merasai bagaiman nikmat kasih sayang dari seorang nenek . Fikirannya melayang ke dedaun kalbu .

Flashback on , jam 9.30 pagi 6/10/2019
di kelas murni .

"Cuti nak dekat !!!! Yeay aku nak balik rumah nenek  aku kat kampung bolehlaa aku main congkak , menganyam tikar "kata athirah dengan riak wajah yang sangat gembira sambil melompat - lompat sangat tinggi .

"Korang pergi mana cuti hujan tahun niyy " tanya dia lagi dengan senyuman ke telinga .

"Aku pergi sabah balik rumah nenek  aku , kat sana air terjun  fuhhh nikmat , boleh laarr aku selfie , berkelah , dan paling best mandi dengan keluarga , dengan air yang sejuk fuhhh memang nikmat " kata Amirah dengan gerakkan tangan ke atas .

Sakinah sekadar diam dan menunduk ke bawah melihat kaki meja , kakinya digoyangkan , fikiran tidak tahu bagaimana perasaan dapat meluangkan masa bersama nenek .

"Nah kau tak cuti ker ?? " tanya si Athirah dengan mulut muncung . Persoalan itu menyetap hatinya , bagaimana inginku jawab ? .

Bagaimana aku ingin menceritakan kasih sayang seorang nenek ? . Mengapa soalan ini ?? .

"
Ak ak ii anaa (aku tak pergi mana ) " jawab si Sakinah dengan  wajah yang bahagia . Dia menutup kesedihan dengan berpura - pura bahagia .

Tidak semestinya kesedihan perlu di tonjolkan adakalanya kesedihan perlu di pedam dan ditelan .

Air hujan boleh jatuh tanpa awan yang mendung begitu jugal air mata tidak mustahil  jatuh disaat bibir mengukir senyuman manis .

Kawannya yang lain sekadar pelik . Dan tertanya - tanya mengapa dia bahagia walaupun tidak pergi cuti ke mana .

"Asal niyy Nah ??, kau bahagia tak pergi ke mana ? Kalau aku dah lama runtuh rumah aku lompat memberontak " tanya Amirah yang berasa pelik mengapa dan kenapa dia "happy "  semacam .

" aku syukur dengan apa yang ada dan aku tak kisah sebab rumah nenek aku dekat jerr " balas Sakinah dengan isyarat yang menampakkan dia sangat bersyukur walaupun tidak pernah seumur hidupnya merasai kasih sayang seorang nenek .

"Suka hati kau laah Nah janji bukan bagi aku , aku memang setiap tahun kena bercuti jika tidak di kampung di luar negara " balas Athirah dengan mata yang tajam dan riak wajahnya seperti sombong .

~Flashback off~
"Nak , Nak !!! " panggil Pak Hamid yangmelihat si Sakinah yang masih lagi termenung panjang . Entah apa yang difikirkan .

Panggilan yang dilontarkan menyentap khayalan si Sakinah .Dengan lantas dia membelek jam dan lalu bangun .

"Guru besar sudah datang !! Jom kita buat laporan , jangan risau Pak Hamid ada " lontaran suara Pak Hamid yang lembut menganggap si Sakinah seperti anaknya sendiri .Mana taknya dia pun tiada anak perempuan . Mesti hatinya teringinkan anak dara di dalam rumahnya .

Pintu penjabat  yang sudah tua di tarik dengan kuat setelah memberi ketukkan dan mendapat kebenaran untuk masuk .

"Cikgu saya nak cakap sikit "?? Lontar suara Pak hamid sebagai pembuka kata .

" yee ada apa cakaplah ??" Soal Cikgu Rahim dengan dahi berkerut .

" Tadi Ada pelajar lelaki yang nak rogol pelajar pompuan nii " terang pak Hamid dengan menunjuk - nunjuk ke arah Sakinah yang sedang mengigil ketakutan .

"Salah nampak kot , takkan sekolah kita yang gemilang boleh ada kes rogol ?? " tanya Cikgu  Rahim dengan wajah yang tersengih kerana menganggap ia satu gurauan .

" Jangan anggap ini gurauan !!! Ini perkara serius !!" Jerkah Pak Hamid yang bengang dengan si Rahim yang sengaja menganggap ia gurauan .

"Kau sekadar Pak Guard di sekolah ini !! Sedar diri kau !! Aku dengan kau maacm langit dengan bumi ! " jawab Rahim dengan wajah yang bengang apabila di tegur oleh orang bawahannya .

Pak Rahim sekadar menunduk kepala , dia sedar dia siapa . Tapi benda seperti ini tidak lucu , perlu di ambik tindakkan jikalau lambat mungkin sesuatu yang malang pasti akan menimpa si Sakinah .

Kerisauan mengunung dan mengawal susuk tubuh Pak Rahim manataknya si Sakinah perempuan yang bisu , kesian jika sesuatu menimpanya .

"Sakinah ceritakan apa yang berlaku biar si tua nak mampuih kubur panggil masih tak taubat nii tau hal sebenar " geram Pak Rahim terhembus keluar , tidak dapat menahan geram yang melampau , tercarutlah jadinya .

Kata - kata Pak Rahim menusuk nipis ke dalam  tulang putih . Mendalam . Bengang pun ada jugak di dalam hati .

Usai Sakinah menerangkan segalanya . Dia dituduh salah .

"Siapa suruh datang awal ? Memang seperti peti ais yang tengah terbuka ! Mengoda semua benda " bahas si Rahim yang seperti syak yang Sakinah mengoda lelaki dan gatal .

                        ~Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top