Rangsang Sari

Saka, sebuah peninggalan alam ghaib yang  diperturunkan oleh leluhur datuk nenek dan moyang kita. Saka kebiasaannya yang menyimpan pelbagai rahsia selama zaman-berzaman. Kini, walaupun kita berada di zaman serba serbi moden dan canggih, namun saka ini tidak pernah sekalipun berhenti untuk mencari keturunan untuk mengikut perjanjian yang pernah dilakukan berpuluh-puluh tahun yang lepas.

Ayuh, kita menjengah seketika sambil menyelami pelbagai kisah misteri pusaka warisan bernama 'saka' ini yang pastinya ramai di antara kita yang pernah terjebak ataupun pernah melalui detik-detik menyeramkan ini dengan pusaka warisan yang langsung kita tidak mahukan ini.

Dalam karya "Saka Nyawa" ini, anda akan dibawa untuk menelusuri, bertemu dan merasai sendiri pelbagai pengalaman merawat pesakit dengan seorang perawat yang bernama Pak Habib. Pak Habib (bukan nama sebenar) merupakan seorang perawatan Islam yang telah berpengalaman selama berpuluh tahun dan berjaya merawat ratusan pesakit sejak memulakan kariernya. Namun, ada sesuatu yang pelik dan cerita tidak terjangka (plot twist) mengenai Pak Habib ini di akhir cerita ini. Semoga kita semua tidak terjebak dengan perbuatan khurafat yang bertentangan dengan akidah Islam dan juga amalan yang mengikis iman kita.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top