S2 - Bab 29💋
My Baby,
Your Daddy.
“HARAP MAKLUM, panggilan anda tidak dapat disambungkan. Sila cuba sebentar lagi-”
“Aish!”
Harley berdencit kecil. Bibirnya diketap geram. Entah ini kali yang berapa dia cuba menelefon lelaki itu, namun yang diterimanya hanyalah suara operator yang sama menjadi perantara diantara dia dengan Jungkook.
Dia tak tahu hendak mencari lelaki itu dimana. Dia cuma mempunyai nombor telefon milik Jungkook.
Dia tahu lelaki itu terasa hati dengan ucapan abangnya hingga Jungkook kembali menjarakkan dirinya. Tapi, takkanlah, disebabkan hal kecil, Jungkook mahu memutuskan hubungan mereka?
Dia tak tahu berapa lama Jungkook akan kekal seperti itu. Yang dia tahu, Jungkook takkan kembali selagi tak ada orang yang memujuknya.
“Mummy, Daddy Kook pergi mana?” soal Rania yang baru keluar dari dapur itu.
Kanak- kanak kecil itu melabuhkan punggung diatas sofa, remote televisyen dicapai. Channel cartoon kegemarannya bersiaran tepat saat itu juga.
“Daddy Koo ada kerja sikit sayang. Nanti dia baliklah. Nia rindu Daddy?” soal Harley, langsung saja dijawab dengan anggukan dari anak perempuannya itu.
Harley cuma mampu senyum hambar. Rambut Rania dielusnya lembut, tak tahu hendak memberi respon apa untuk menghilangkan rasa rindu anaknya kepada Jungkook.
“Nanti kita call daddy eah?”
“Baik Mummy!” jawab Rania riang. Harley melepaskan keluhan kecil. Matanya dilirikkan ke telefon pintarnya yang tergeletak diatas sofa.
Dia betul- betul berharap yang lelaki itu akan menelefonnya semula. Namun hasilnya tetap menghampakan.
Tok! Tok!
Ketukan di pintu bilik buatkan Harley dan Rania sama- sama berpandangan. Bibir kanak- kanak itu tersenyum lebar begitu juga dengan Harley.
“Daddy dah balik!” Rania bingkas bangun dari duduknya untuk membukakan pintu untuk sang ayah.
Harley mengekori dari belakang, namun senyuman masing- masing menjadi oudar bila gerangan yang dinanti- nantikan bukan gerangan yang sedang berdiri dihadapan pintu.
“Daddy Min!”
Namun begitu, Rania tetap berlari memeluk Jimin yang sedang berdiri dihadapan pintu dengan tangan yang dipenuhi plastik barangan dapur.
“Hai anak daddy. Aduh rindunya Daddy dekat Baby Nia ni.” ucap lelaki itu, tubuh kecil Rania dipeluknya. Plastik- plastik berisi barangan dapur itu diletakkan diatas lantai.
“Daddy ada belikan Nia barbie doll, nanti kita main sama- sama eah?” ucap Jimin. Dia hulurkan plastik berisi barangan dapur itu kepada Harley sebelum tersenyum kecil. Mereka sama- sama melangkah masuk kedalam rumah.
Harley melepaskan keluhan kecil. Again, dia terlalu berharap lebih kepada Jungkook. Dia berharap yang lelaki itu akan pulang malam itu juga, tapi lihatlah siapa yang datang?
Huh..
“Harley? Kenapa berdiri dekat pintu ni?” soalan Jimin menyentakkan Harley yang sedang mengelamun. Tepat saat itu dia berpandangan dengan Jimin yang sudah berdiri disampingnya dengan kening yang berjongket satu.
“Mari saya angkat barang ni masuk dapur. Tutup pintu.” ucap Jimin, plastik barangan diambil dari pegangan Harley sebelum dia sendiri menutup pintu rumah yang berada dihadapan gadis itu.
“Kenapa ni?” soal Jimin saat mereka berdua memasuki ruangan dapur.
“Saya risaukan Jungkook...”
“Eh? Kenapa dengan dia? Awak berdua gaduh lagi ke?” soal Jimin. Harley mendiamkan diri. Tidak mengangguk, tidak menggeleng.
Mereka sedang bergaduh ke? Tapi, bergaduh pasal apa?
“Entahlah, Jimin. Tapi dia terus keluar dari rumah lepas dengar apa yang abang saya cakap. Dia tak nak jawab call saya, reply mesej saya langsung. I'm worried.” balas Harley, punggung dilabuhkan diatas kerusi sebelum wajah diraup menggunakan tapak tangan.
“Abang awak cakap apa?”
“Abang saya ceritakan apa yang berlaku masa saya tengah mengandung dulu. That... I almost kill myself dengan telan sebotol ubat.
Sebab saya stress dengan kandungan yang orang luar label sebagai anak luar nikah... and I even think that having Rania was a mistake.”
Jimin membulatkan matanya bila mendengar ucapan gadis itu. Dis tak tahu yang gadis itu sanggup memilih jalan mudah dengan mengakhiri hidupnya untuk menghentikan tekanan hidup yang dia alami.
“Saya tak nak ceritakan perkara tu dekat Jungkook sebab perkara tu akan buatkan Jungkook serba salah. I'm fine now, Jimin. Saya dah boleh terima kenyataan. Saya dah boleh terima Rania sebagai anak saya. Saya bahkan dah terima dia semula.”
Harley mengetap bibirnya. Matanya sudah berkaca- kaca, tinggal menunggu waktu untuk tumpah ke pipi sahaja.
“Awak tak salah, dunia yang salah. Kadang orang fikir apa yang mereka buat tu benda baik, but little did they know, words can cause death to someone.”
“Dahlah, jangan nangis. Saya tahu Jungkook kat mana sekarang ni. Oh ya, boleh tak awak bersiap- siap? Saya nak ajak awak jalan- jalan sekejap sementara ini hari terakhir saya di Korea.”
“Eh awak nak kemana?”
“Bimil (secret)”
“Tapi-”
“Awak sayangkan Jungkook, kan?” soal Jimin.
Harley memberikan anggukan sebagai jawapan.
“Then, just do what I ask.”
. . .
JUNGKOOK mendongak memandang bintang- bintang yang berkelipan diatas langit malam. Bibirnya menguntum senyum palsu.
Fikirannya masih lagi dipenuhi dengan kata- kata tajam lelaki bergelar abang kepada Harley Kwon itu. Dia bagaikan ditampar dengan realiti bila ayat itu dilontarkan kepadanya.
Dia tak menyangka Harley begitu menderita saat dia meninggalkan gadis itu.
Yang dia lebih terkilan lagi, disaat Harley mengandungkan anak dia, dia bersuka ria bersama wanita lain. Menghabiskan waktu dikelab malam hingga ke pagi.
Benarlah kata orang-orang, dia tak layak untuk berdamping dengan Harley bahkan menjadi ayah kepada Rania.
Ayah, gelaran yang begitu besar dan mulia bagi seorang lelaki. Namun tidak bagi Jungkook. Dia dipenuhi dengan dosa. Dosa- dosa lampau yang menghantuinya.
Dimana dia saat Harley sedang bersusah payah melahirkan Rania?
Dimana dia disaat Harley sedang mendodoikan Rania ketika anaknya itu menangis ditengah malam?
Dimana dia semasa Harley berada diambang kerapuhan dan memilih mati sebagai jalan untuk menghentikan semuanya?
Ha...
Dia sedang bersama perempuan lain. Dia sedang enjoy didalam pelukan wanita lain. Dia lelaki bodoh yang begitu haus akan cinta wanita yang bukan miliknya.
“Jeon Jungkook, bodohnya kau.” bisiknya. Tapak tangannya diraup ke wajah, air mata jantannya jatuh membasahi pipi perlahan- lahan.
Kali ini dia akan cuba menjarakkan diri dari Harley. Dia takkan kembali lagi kepada gadis itu. Dia takkan menjawab panggilan gadis itu lagi. Dia akan cuba mengelak dari menemui Harley.
Semuanya demi untuk menebus segala kesilapannya kepada gadis itu.
Dia tak layak untuk berdamping dengan Harley. Ayat itu akan dia semat didalam jiwanya agar dirinya tak leka lagi.
Tapi...
Drt drt!
Incoming call from Princess Daddy💓
Dia takkan dapat lepas dari yang satu ini.
Tanpa berlengah, butang hijau digesel, dia tak mahu anaknya itu tertunggu- tunggu jawapan darinya.
“Daddy!”
“Hai anak daddy.” sapa Jungkook.
“Daddy... tak nak balik ke? Nia rindu. Nia rindu nak main barbie doll dengan Daddy.” ucap kanak- kanak itu buatkan Jungkook mengetap bibirnya.
“Kalau kerja Daddy siap, daddy balik jumpa Nia ya? Kita main barbie doll sama- sama.”
“Daddy tipu! Nia tak suka Daddy tipu Nia macam ni. Nia cuma ada Daddy sorang je dalam dunia ni...
Daddy tak sayangkan Nia dah ke? Nia ada buat salah dekat Daddy ke sampai Daddy tak nak balik rumah jumpa Nia lagi? Nia minta maaf...”
“Kenapa Nia cakap macam tu? Mummy kan ada? Daddy sayangkan Nia sangat- sangat. Jangan cakap macam tu lagi sayang, Daddy tak suka.” nada suara Jungkook mula bergetar. Menahan diri untuk tak menangis.
“Kalau awak sayangkan kami, baliklah rumah.” kali ini suara Harley mula kedengaran dihujung talian.
“Aku tak boleh-”
“Kenapa? Awak cakap awak sayangkan saya. Awak cakap awak takkan tinggalkan saya. Mana pergi semua janji tu? Atau awak cakap macam tu semata- mata nak bodohkan saya lagi ke-”
“Jaga Rania. Aku minta maaf. Jangan datang cari aku, call aku bahkan jangan cuba- cuba untuk ke rumah aku lagi. Aku mohon. Let's end everything here, Harley.”
“Selamat malam, stranger.”
.
AFUFUFUUFU SABAR JANGAN EMOSI DULOO
BTW JUMPA ANDA DI EPILOGUE.
100 Comment to unlock the epilog!
JOM SAMBUNG TENGOK MAMA HSHSHSHSHSHS
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top