S2 - Bab Tiga Belas
❝He was her warmth,
She was his peace❞
_____________________
EUGENE duduk diam diatas katil, hari ini dia sudah dibenarkan untuk keluar wad.
Walaupun dia hanya sehari saja berada disitu, seharian juga matanya menghadap wajah lelaki bernama Taehyung itu.
Segala rasa tak puas hati dia pendam bila lelaki itu melayannya sangat baik.
Berkali- kali Eugene meminta lelaki itu untuk pulang saja ke rumahnya, berkali-kali juga kata 'tidak' dia terima sebagai jawapan.
Klek!
Bunyi pintu bilik dibuka membuatkan Eugene sedikit tersentak dan kembali ke realiti. Taehyung masuk kedalam bilik tanpa mengucapkan sepatah kata.
“Hari ni awak dah boleh balik-”
“I know.” balas Eugene seraya mengalihkan pandangan bila
Taehyung merenungnya tajam.
Seketika kemudian kedengaran lelaki itu melepaskan keluhan kecil seraya meraup wajahnya.
“Aku ada belikan kau makanan, kenapa tak makan?”
“Tak lapar-”
“Aku risaukan anak aku. Please remember that you have life in your womb.” ujar Taehyung, Eugene diam.
Taehyung menarik kerusi sebelum melabuhkan punggungnya disitu. Rambutnya yang agak messy serta wajahnya yang kusam kerana berjaga semalaman untuk Eugene.
“Aku minta maaf sebab buat macam ni. Malam tu aku tak boleh kawal diri. You look like my wife, and i miss her so much.” ucap Taehyung seraya memejamkan mata.
“Dah banyak kali aku cuba tepis perasaan tu, tapi perwatakan kau, wajah kau buatkan aku hilang arah.” bisik Taehyung lagi.
“Aku banyak dosa dekat isteri aku, jadi aku nak tebus dengan cara-”
“Tiduri saya? Hancurkan hidup saya? Apa lagi yang awak nak buat lepa ni? Awak nak bunuh saya pula?”
“No! Aku cintakan kau, Eugene. Tolong terima aku, aku akan bertanggungjawab, aku janji akan jadi suami yang baik.” rayu Taehyung, tapak tangan Eugene diraihnya lalu dia cium sekilas.
Eugene tetap diam.
Siapa mangsa keadaan sekarang ni? Eugene ataupun Taehyung?
Dia tahu yang lelaki itu tersepit diantara cintanya terhadap bekas isteri dan cintanya pada wanita yang mirip dengan isteri.
Tapi itu tak boleh dijadikan alasan untuk lelaki itu mengambil segala- galanya dari Eugene. Tak boleh!
“Awak nampak apa yang tunang saya buat? Sedangkan tunang saya sendiri boleh pergi dengan wanita lain, apatah lagi seorang suami?
Saya tak layak untuk gantikan tempat isteri awak, tolonglah faham, Encik Taehyung.” balas Eugene seraya melepaskan pegangan tangan lelaki itu dari tangannya.
“Tapi saya cintakan awak Eugene-”
“But i don't!” balas Eugene dengan geram.
Mereka kenal pun tak sampai beberapa bulan, now he say that he loves me?
“Saya boleh buat awak jatuh cinta dekat saya. We can try.” desak Taehyung, sekali lagi tapak tangan Eugene ditariknya lalu digenggamnya erat.
“Bagi saya peluang untuk bahagiakan awak, Hwang Eugene. Saya janji akan jadi suami yang baik serta ayah yang baik. I promised.”
“Please.. give me a chance” rayu Taehyung.
Eugene diam, terpapar jelas dimata lelaki itu yang dia benar- benar serius dengan ucapannya.
Buktinya, tapak tangan Eugene digenggamnya erat, matanya bersinar seperti berharap agar Eugene menerimanya.
Eugene menarik tangannya, pandangan mata dialihkan. Dia cuma takut tersungkur dihadapan lelaki yang dia belum kenal sepenuhnya.
“I'll decide it later...”
.
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top