S2 - Bab Lima Belas
❝He was her warmth,
She was his peace❞
_____________________
“TAEHYUNG nak kahwin dengan Eugene, kalau boleh secepat yang boleh.” ulang Taehyung seraya mengatur langkah mengekori mamanya masuk kedapur.
Selesai dibebel oleh mamanya, barulah Puan Kim ambil masa untuk bertenang.
“Kamu betul-betul pasti ke Tae? Eugene tu pun perlukan waktu nak terima semua ni.
Tae yang gomol anak dara orang tu dah kenapa! Gatal sangat nak berbini ke hah!” Puan Kim kembali membebel sambil mengambil jag air dari rak atas.
Senduk dicapainya lalu dia kembali memukul tubuh lelaki itu. Geram bukan kepalang dengan anak lelakinya itu.
Terdesak nak berbini semulalah katakan.
“Mama tak perasan ke muka Eugene nampak sama dengan Lauren?”
Puan Kim melepaskan keluhan berat, bekas gula yang dia ambil tadi dia letak diatas meja.
“Mama tahu Tae. Takkanlah disebabkan muka sama je Taehyung dah jatuh suka? Ingat Tae, Eugene itu masih muda, kamu tu dah nak cecah 27 tahun.” ucap Puan Kim seraya menuang air kedalam jag minuman tersebut.
“Tae pernah terfikir tak kalau perkahwinan kamu berdua ni tak akan bahagia? Mama tak nak pisang berbuah dua kali. Tolonglah faham, Taehyung.” kata Puan Kim.
Taehyung terdiam, tapak tangannya menyentuh bahu mamanya itu seraya mengangguk perlahan.
“Tae takkan hampakan mama dan Eugene lagi. Tae tahu Tae banyak dosa dengan Lauren, Tae cuma nak tebus kesalahan Tae dengan-”
“Kahwin dengan perempuan yang sama wajah dengan Lauren? Itu namanya kamu belum move on, Taehyung.” potong Puan Kim.
Dulu, ketika Lauren sudah tidak ada, hubungan keluarga Kim dengan Reisha sudah mula retak.
Disebabkan keegoan anak lelakinya, segala perhubungan dengan keluarga berketurunan perancis itu terputus serta merta.
Siapa je yang tak kecewa bila satu- satunya anak perempuan yang mereka ada pergi dengan cara yang tak baik?
Huh.
“Taehyung akan cuba bahagiakan Eugene kali ni. Tolong percayakan Tae.” ucap Taehyung menyedarkan Puan Kim dari lamunan.
“Pergi bincang dengan Eugene dulu, kalau dia terima, mama akan buat apa yang patut.” kata Puan Kim, menyerah dengan pujuk rayu anak lelakinya itu.
“Gomawo, eomma!” pipi mamanya dikecup sekilas sebelum dia mengorak langkah semula ke ruang tamu.
Saat itu, dia lihat kelibat Eugene sedang memerhati gambar yang disususn cantik diatas almari itu. Ditangannya ada sebuah gambar seorang wanita dengan gaun pengantin.
Gambar kahwin Taehyung dengan Lauren dulu.
“Lawa...” bisik Eugene sambil tersenyum.
“Like you.” ucap Taehyung seraya tersenyum. Eugene mendiamkan diri, frame gambar diletakkan diatas almari sebelum dia kembali membelek gambar lelaki itu lagi.
“Itu saya, bakal suami awak.”
“Yakinnya, awak pasti ke akan jadi suami saya?” soal Taehyung seraya tangangannya menyentuh tapak tangan Eugene.
“Tak nak ke ada suami kacak macam saya ni?” soalnya seraya mengenyitkan matanya buatkan pipi Eugene merah.
“Flirty.”
“Saya akan jadi lelaki yang lagi flirty and seductive kalau awak sudi jadi isteri saya.” bisik Taehyung, sekali lagi Eugene terdiam.
Taehyung menyentuh bahu Eugene lalu menghadapkan wanita itu agar berhadapan dengannya.
“Saya betul- betul ikhlas nak jadikan awak isteri saya, trust me. Saya akan bahagiakan awak.” ucap Taehyung.
Eugene mendiamkan diri, sejujurnya dia masih bingung.
Hatinya berbelah bahagi antara mahu menerima lelaki itu ataupun tidak kerana dia masih terasa dengan sikap Taehyung namun nyawa yang wujud didalam perutnya itu membuatkan dia jadi serba salah.
“Eugene?”
“Jumpa ayah saya kalau awak betul- betul mahukan saya.” ucap Eugene serata menjarakkan diri dari lelaki itu.
Senyuman Taehyung menjadi lebar.
“Finally!”
.
Please be happy for Taehyung😭
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top