S2 - Bab Lima
❝He was her warmth,
She was his peace❞
_______________
BANG!
“Kenapa abang setuju?!” soal Eugene, wajahnya bengang dengan ucapan abangnya itu. Tapak tangannya dihentak diatas meja.
“Sepatutnya Eugene yang jadi CEO syarikat papa sekarang! Not as a normal worker!” ucap Eugene dengan wajah yang mula merah kerana geram.
Hwang Minhyun cuma beriak biasa, air anggur merah yang baru dituang kedalam cawan itu diteguknya sekali.
Wajahnya cuma tenang saja.
“Abang dah dapat 60 peratus daripada saham papa. Dua syarikat dibawah kendalian abang, tiga nama projek dibawah nama abang.
What did i get? 40 percent and a normal worker?” soal Eugene seraya mengerutkan dahinya.
Bukan soal harta yang dia mahu bahaskan ketika itu, dia cuma mahukan keadilan.
Kenapa papanya itu selalu saja menyebelahi abangnya, Hwang Minhyun berbanding dirinya?
Apa lagi yang tak cukup buat papanya itu?
Dia sudah melakukan semuanya demi papa.
Now what she get? Zero.
“Abang tak boleh nak cakap apa- apa. Kalau papa dah berikan itu, abang terima. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni.” kata Minhyun.
Tali leher yang membelit lehernya itu dia longgarkan sebelum butang kemeja dibahagian lengan dibukanya.
“Mungkin papa lihat, Eugene masih tak bersedia lagi nak handle syarikat tu. Papa mungkin, masih tak percayakan Eugene.” ujar Minhyun.
Gadis itu mengetap bibirnya, sedikit geram dengan ucapan abangnya itu.
“Apa yang tak cukup lagi? Eugene dah belajar pasal perniagaan demi papa. Susah- susah ke London belajar 2 tahun disana untuk papa.
Dan Eugene juga yang selamatkan syarikat papa bila syarikat tu hampir musnah!
Now you tell me Papa still not believe me?” soal Eugene bengang.
“Hey, rilexlah Eugene-”
“You shut up!”
Jari ditundingkan pada Seonghwa yang sedari tadi hanya mendiamkan diri namun mula membuka mulut bila Eugene membebel.
“You should tell dad.”
“Why do dad always treat me like i'm a outsider? I'm his daughter.”
Eugene mengemam bibirnya. Satu gelas berisi alkohol itu diteguknya sekali.
Dia tak kesah kalau dia mabuk saat itu juga, dia cuma mahu segala masalahnya hilang bersama alkohol yang diteguknya.
“I just wanna tell you, Eugene. Perempuan dalam keluarga kita takkan pernah dilayan dengan baik. Jadi tak ada apa yang abang boleh buat.”
“Cause woman is useless.” ujar Hwang Minhyun sebelum dia beredar dari ruangan tersebut, meninggalkan Eugene dan Seonghwa berdua.
“Ergh!” tapak tangan Eugene sekali lagi menepuk meja tersebut.
Argh! Geram!
Tahu tak betapa geramnya dia bila acap kali dia bertikam lidah dengan abangnya, Minhyun itu. Selalu saja Minhyun dimenangkan.
Walaupun papanya tahu perkara yang abangnya buat itu bukanlah betul semuanya.
“Sudahlah, tak payah minum lagi. Nanti kau mabuk, aku yang susah.” ujar Seonghwa sebelum bahu Eugene ditarik namun ditepis perlahan oleh gadis itu.
“Pergilah balik. Saya nak bersendirian.” kata Eugene, setitik demi setitik air matanya jatuh membasahi pipi.
Seonghwa melepaskan keluhan berat, Eugene yang sedang menangis itu ditariknya kedalam pelukan.
Ini bukan kali pertama dia melihat Eugene menangis. Sudah berkali- kali hingga dia sendiri lali dengan perkara itu.
Eugene gadis yang agak lasak dan kasar, namun didalamnya lembut, selembut kapas.
“I told you, you can lay on me whenever you need me.” bisik Seonghwa buatkan esakan Eugene semakin kuat.
.
Okay, maaf Taehyung tak beraksi dalam chapter ni. Biar dia rehat- rehat dulu.
Ehe.
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top