S2 - Bab Dua puluh
❝Love is never lie,
Sometimes its just your mind that was trying to messed up with you.
Making you confuse rather to love her or her.❞
___________________
“Syukurlah kalau kau dah sedar, terkejut juga aku bila dengar yang kau dah sedar dari koma.” ujar Jimin.
Teh yang baru dihidang oleh Lauren diatas meja itu dicapai lalu dihirupnya sekali.
“Macam mana aku boleh koma? A- aku tak tahu apa- apa. Aku lupa.” balas Taehyung, masih pelik dengan situasi sekarang.
Otaknya masih lagi mengumpul banyak persoalan yang berlegar- legar tanpa jawapan tentang perkara tersebut.
Dia bimbang yang itu cuma mainan tidur, namun bila dia mencubit pipinya, bertujuan mahu menyedarkan dirinya dari alam mimpi.
Dia cuma dapat rasa sakit, bukan sedar dari mimpi yang dia fikir.
“Lah? Kau kemalangan jalan raya masa tengah kejar kereta Kai. Masa tu Kai nak bawa Lauren lari, tapi ada treller besar yang halang kereta korang. Syukur Lauren dengan kau masih hidup, tapi Kai, tak.”
“Dia disahkan meninggal dunia selepas kemalangan tersebut, dia sempat juga dilarikan ke rumah sakit, tapi doktor sahkan dia meninggal selepas kehilangan banyak darah.” terang Jimin, cawan berisi teh diletakkan diatas meja.
“A- aku masih tak faham... aku terasa macam mimpi. Aku fikir Lauren dah mati lepas dia terjun bangunan dengan K- kai.
Lepas tu aku frust, setahun lepas tu aku jumpa seorang perempuan, muka dia sama macam Lauren... aku ambil keputusan untuk kahwin dengan dia. Tapi lepas aku bangun tidur pagi tadi... aku nampak Lauren...” terang Taehyung panjang lebar.
Jimin terdiam, dia ketawa kecil.
“Itu mungkin mimpi je Taehyung. Yalah, kau koma pun dah dekat 2 tahun, tak mustahil kalau otak kau mula mereka cerita untuk hiburkan diri kau sendiri.” ucap Jimin, dia sandarkan tubuhnya pada sofa.
Taehyung mendiamkan diri, telinganya dipasang, cuba mendengar penjelasan lebih lanjut dari sahabatnya itu.
“Aku tahu ini kedengaran mustahil, tapi orang yang berada dalam keadaan koma ni, seluruh bahagian tubuh dan sistem saraf tak berfungsi kecuali otak.”
“Bila dah koma, kau takkan dapat respon dan tahu benda yang berlaku di sekitar kau. Bila tak dapat nak buat benda yang kau nak, otak akan mula bertindak untuk hiburkan kau.”
“Otak akan cuba untuk wujudkan 'seseorang' dalam otak kau supaya kau fikir semua tu nyata. Tak kira kalau 'seseorang' tu kau kenal ataupun tidak.” balas Jimin lagi, panjang lebar dia terangkan pada Taehyung.
Yalah, semenjak dia ambil bidang psychology ni, dia lebih banyak memberi nasihat dari menerima nasihat.
“Jadi maksud kau... perempuan dan setiap orang yang wujud didalam difikiran aku tu hanyalah khyalan semata?” soal Taehyung. Jimin mengangguk tanda ya.
Taehyung menyandarkan tubuhnya, kelibat Lauren yang sedang melangkah naik ke tingkat atas itu dipandangnya.
“Em.. aku nak cakap juga, masa kemalangan tu ada seorang perempuan yang sebenarnya nak tolong kau masa kereta kau hampir meletup. Tapi end up, dia terkorban juga.”
“Tubuh dia tersepit diantara kereta masa dia tolong kau keluar. Kesian weh, masa tu dia mengandung, haih..” keluh Jimin, sedikit bersimpati dengan nasib gadis itu.
“Perempuan? May i know what is her name?” soal Taehyung, mana tahu dia boleh buat memorial untuk gadis itu nanti.
“Hwang Eugene.” jawab Jimin.
Taehyung tersentak.
-The End-
Sha tahu plot twist dia agak pening disitu. Tapi, em.
You ask me to give Lauren back, so i give you.
Dah jangan syedih syedih lagi.
Ending explanation.
Sini sha nak terangkan kenapa ending fanfic ini agak pelik, begini.
Taehyung sebenarnya terlibat dalam sebuah kemalangan, (scene yang sha tak taip dan paparkan sama sekali dalam season one)
But yeah, sebenarnya sepanjang season one dan bermulanya season two, semua itu hanyalah mimpi didalam alam koma Taehyung.
Mula dari Lauren terjun bangunan hinggalah dia berjumpa dengan Eugene di season two.
It's all in Taehyung's dream.
Sha nak terangkan juga, semua yang berlaku pada Taehyung ada kaitannya dengan Lucid Dream.
Pernah dengar tentang Lucid dream?
Lucid bermaksud 'jelas'. Mimpi yang jelas. Seseorang yang mengalami lucid dream ini akan merasakan semua yang berlaku didalam mimpi seperti nyata tanpa mereka sedar yang semua itu hanyalah mimpi semata- mata.
Tentu nak tahu apa kaitannya dengan Eugene bukan?
Eugene ialah gadis yang selamatkan Taehyung dari kemalangan tersebut namun meninggal ketika cuba selamatkan Taehyung.
Eugene memang wujud, namun bukan didalam dunia yang nyata. Eugene hidup didalam mimpi Taehyung kerana gadis itu mahu menceritakan kisah hidupnya pada lelaki itu.
Watak lelaki yang Taehyung mainkan sebenarnya lelaki yang begitu gilakan Eugene, (macam karakter Taehyung yang desperate didalam season two ini)
Apa yang Taehyung lalui selama ini sebenarnya jalan cerita hidup Eugene didunia nyata.
Gadis itu masuk kedalam mimpi Taehyung cuma mahu menceritakan jalan hidupnya.
Sha tak tahulah kenapa sha boleh terfikir nak buat ending macam ni. Huehue.
Ehe, masih pening? Segala persoalan sha akan jawab disini↪
Okay, itu saja, sha minta maaf kalau agak memeningkan.
Terima kasih sebab sanggup baca season one sampai season two, thanks a lot.
Papai, shayangku🐬❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top