Bab 8👑

Belle Áme | 08

Dua jam Jimin mundar mandir dihadapan dewan kuliah yang sedang ditempati Lauren. Dia cuma mahu menarik perhatian Lauren hari ini.

Dia akui yang gadis itu memang pendiam dan suka menyendiri. Oleh itulah Jimin mengambil keputusan untuk mendekatkan diri dengan Lauren.

“Hai, sunbae.” tegur seorang gadis yang merupakan junior Jimin. Mungkin satu coursemate dengan Lauren sebab mereka keluar dari dewan yang sama.

“Oh, hai.” jawab Jimin acuh tak acuh. Telefon pintarnya dibelek, sengaja mahu berpura- pura sibuk walhal yang dia buat hanyalah membuka galeri.

“Tunggu siapa sunbae?

“Tunggu kawan ke-”

Girlfriend.” jawab Jimin sepatah tanpa sedar sebaik dia melihat Lauren yang sedang melangkah keluar dari dewan kuliah. Terus saja dia mengejar Lauren yang sedang berjalan ke taman mini.

Punggung dilabuhkan diatas kerusi dan buku- buku nota diletakkan diatas meja. Lauren perlu meniliti semula kerja yang diberi oleh Dr. Lydia di kelas tadi.

“Lauren..” tegur Jimin sebaik melabuhkan punggung diatas kerusi dihadapan gadis itu. Lauren angkat wajah sebelum tundukkan wajahnya semula. Jimin cuma senyum.

“Bu- buat apa kat sini?”

“Nak belajar sama-sama dengan awaklah..” jawab Jimin dengan nada suara yang manja. Lauren tidak menjawab, cermin mata bulatnya dia betulkan.

“Semalam saya merajuk, kenapa tak pujuk?” kata Jimin. Lauren cuma diam. Sesunguhnya, dia tak ada hak untuk memujuk Jimin. Yalah, siapa Jimin dalam hidupnya? Kang kalau dia dekat dengan lelaki, kena salah faham dengan pelajar lain pulak. Tak mahulah dia.

“Lauren..” panggil Jimin, lembut.

“Em. Sa-”

“Oi Jimin!” teguran dari satu suara yang sangat familiar pada pendengaran Lauren buatkan gadis itu mengetap bibir, resah dan gelisah.

“Ahh, kau Tae, kenapa?” soal Jimin. Dia mendongak memandang
Taehyung, lelaki itu menarik sengih. Lauren yang sedang menunduk dia lirik sekilas. Apa dia fikir Taehyung tak tau ke itu dia?

“Malam ni kalau kau free jom keluar. Lama doh tak lepak dengan kau. Jiwoo pun dah rindukan kau”

“Em, saya pergi dululah, bye, sunbae.” tak mahu berlama- lama disitu. Lauren bingkas saja bangun selepas mengemas barangannya. Dia meninggalkan Jimin yang sudah terkebil- kebil disitu. Keluhan kecil terlepas dari bibir Jimin. Taehyung yang sedar akan itu tarik sengih.

Kerusi yang diduduki Lauren diambilnya agar berhadapan dengan Jimin.

“Sangkut ke?”

“Almost. Huh. Bila aku renung dia, aku nampak dia tu sama macam bekas tunang aku. Rupa dia, perwatakan dia. Semuanya nampak sama..” keluh Jimin sendiri. Taehyung terdiam. Jadi sebab Jimin nak rapat dengan Lauren adalah muka dia sama dengan bekas tunang je ke?

“Bukan aku nak ganggu dia pun, Tae. Aku cuma nak lepas rindu..”

Taehyung sudah merancang sesuatu didalam kotak fikirannya. Dia senyum simpul, harap itu dapat membahagiakan Jimin dan dirinya juga.

.

🌟vote✔
💬comment✔

   ⬇
   ⭐

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top