Bab 7👑

Belle Áme | 07

“Taehyung free tak hujung minggu ni?” soal Rahee, dia memeluk lengan Taehyung seraya beriringan berjalan di koridor. Mahu ke dewan makan.

Free kot. Kenapa? Sayang nak pergi mana hujung minggu ni?” soal Taehyung, melayani saja perangai manja Rahee yang saat itu sedang melentokkan kepalanya di bahu Taehyung.

“Em, Rahee nak jalan-jalan. Nak beli beg baru, beg Rahee ni dah lama. Dah nampak lusuh..” rengek Rahee. Taehyung melirik memandang ke beg tangan jenama Channel yang dipakai Rahee sebelum dia mengangguk faham. Cuma.. tang mana lusuhnya itu?

Tapi, bukan beg tu Tae baru belikan sebulan lalu ke?tanya Taehyung dengan kening yang berkerut. Rahee tidak menjawab, dia cuma merengek- rengek sahaja disitu. Taehyung terpaksa mengangguk tanda okay.

Setelah masing- masing melabuhkan punggung diatas kerusi meja makan, Taehyung melirik pandang ke meja yang selang dua dari mereka. Ada Jimin dan.. Lauren? Keningnya bertaut hairan.

Pelik dengan kedekatan Jimin dengan gadis itu. Dia bukannya cemburu, dia cuma pelik dengan Jimin. Lelaki itu tidak pernah membuang- buang waktunya untuk seorang perempuan. Kalau perempuan cantik seperti Jiwoo ataupun Rahee tak apalah, ini Lauren yang dipilihnya? Butakah?

“Tae pandang apa tu?” soal Rahee bila Taehyung sedikitpun tidak memberi perhatian kepadanya yang sedang membebel. Taehyung tersentak sebelum dia menggeleng tanda tak ada apa- apa.

“Sayang.. kalau Jimin couple dengan perempuan macam tu. Rasanya okay tak?” soal Taehyung, sengaja mahu memperlekehkan Lauren yang sedang cuba untuk menyembunyikan wajahnya dibalik buku nota.

Rahee menjongket kening, dia menoleh ke tepi. Matanya turun naik melihat penampilan Lauren sebelum balik- balik dia bandingkan gadis itu dengan Jimin. Kemudian, dia buat muka menyampah.

Oh my! Kalau mereka couple pun, memang tak padan! Macam Iphone dengan Nokia!” banding Rahee dengan suara yang agak lantang, cukup untuk membuatkan meja di bahagian Jimin juga dengar. Bisikan- bisikan halus mulai terdengar jelas ditelinga Lauren dan Jimin. Taehyung senyum puas.

Disisi lain, Jimin cuma senyum. Kata- kata yang didengarinya tadi langsung tidak menganggu konsentrasinya untuk menilik wajah putih bersih milik Lauren tersebut. Entahlah, dia rasa.. suka.

A-awak tak nak pergi ke, Jimin?” soal Lauren sedikit menghalau.

“Em, kenapa? Awak rasa tak selesa?”

“Tak.” jawab Lauren, jujur. Terus pudar senyuman Jimin jadinya. Bibir Jimin yang tadinya melengkung mulai muncung, buku notanya yang berada diatas meja dibelek- belek. Bukannya dia terasa ke apa, dia cuma mahu mengusik gadis itu.

“Saya bukannya nak buat apa pun..”

“Tak apalah kalau awak tak selesa. Em, saya pergi dulu. Maaflah kalau menganggu” kata Jimin sambil menahan senyum. Dia mengangkat punggung kemudian pergi dari situ.

Lauren sudah kemam bibir, terasa bersalah. Tapi dia langsung tidak mengejar Jimin.

Yalah, dia tidaklah boleh mengejar dan memujuk Jimin seperti Jimin itu boyfriendnya. Mahu dilabel perempuan tak tahu malu nanti, habis dia..

.

🌟vote✔
💬comment✔

   ⬇
   ⭐

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top