Bab 47👑
Taehyung cuma memerhatikan Lauren yang sedang berselubung didalam selimut. Seharian isterinya berbuat begitu, tak nak bercakap dengan dia walaupun sepatah.
Apa sebenarnya yang berlaku sampai Lauren bertindak begitu?
"Lauren.. saya nak minta maaf sebab tuduh awak bukan- bukan." ucap Taehyung seraya melabuhkan punggung diatas katil disamping gadis itu. Beberapa saat menunggu, langsung tak ada tanda-tanda yang Lauren mahu membalas. Walaupun berdehem.
"Sayang.. bagitau saya apa yang berlaku semalam. Kita boleh bincang baik- baik, jangan berdiam diri macam ni.." lembut nada suara Taehyung berbicara, selimut putih yang menutupi wajah Lauren dia tarik perlahan namun gadis itu menahannya dari dalam.
Taehyung mengeluh perlahan.
"Awak akan bencikan saya."
"Kenapa pula?" soal Taehyung, dahinya berkerut. Lauren kembali mendiamkan diri.
"Saya dah tak suci Taehyung.." ucap Lauren perlahan diselangi suara tangisan kecilnya. Taehyung sudah kaku ditempatnya.
Lauren duduk memeluk lutut diatas katil, dia mengelak untuk berpandang empat mata dengan Taehyung. Dia rasa jijik dengan dirinya sendiri. Dia sudah mempunyai suami namun sewenang- wenangnya orang lain turut serta menikmatinya?
"Maksudnya.."
"Ada lelaki lain sentuh saya selain awak. Lelaki psiko tu, lelaki tak guna tu. Saya minta maaf Taehyung! Saya tak sengaja-"
"Jadi kau dah biasa buat benda ni dengan lelaki psiko tu?" soal Taehyung dingin.
Nada suaranya berubah kasar begitu juga dengan pandangan matanya yang dulu lembut dan redup kini berubah tajam.
"Bukan macam tu Taehyung. Saya.." tangan Lauren yang menyentuh lengannya ditepis Taehyung.
Pandangan jijik diberikan oleh lelaki itu pada Lauren. Gadis itu terkesima.
"Jadi kau.. barang secondhand? Uwah, aku tak sangka. Perempuan innocent, pure macam kau ni.. sudah pernah.. huh. Aku kecewa Lauren, aku dah mula sukakan kau. Tapi kau.. musnahkan kepercayaan aku. Kau sama dengan perempuan jalang diluar sana." ucapnya tanpa tertahan lagi.
Jelas, wajah kecewanya terpancar.
"Lauren Reisha Kim.. aku sangka kau mahal, tapi kau.. murah. Aku jijik dengan kau, aku tak nak perempuan yang sudah disentuh macam kau. Kau sembunyikan attitude sebenar kau dengan muka cantik kau ni kan? Hah! Lupakan aku!" pekik Taehyung.
Lauren sudah teresak- esak menangis diatas katil. Dia tak sangka yang Taehyung akan berkata begitu sedangkan lelaki itu sering melontarkan kata- kata manis namun sekarang? Racun.
"Taehyung!"
"Aku jijik dengan kau!"
...
"Taehyung.." Lauren memanggil perlahan didalam tidurnya. Lelaki itu tersengih kecil, dia melabuhkan punggung diatas katil sebelum pipi Lauren disentuhnya lembut.
Pantas Lauren mencelikkan kelopak matanya sebelum tangan lelaki itu dia tepis.
"K-kai sunbaenim.. bu- buat apa disini?" soalnya takut. Kai tersengih. Lauren mengesot menjarakkan diri dari Kai sebelum belakang tubuhnya mencium dinding bilik utamanya itu.
"Jangan risau Reisha sayang, aku takkan sakitkan kau kali ini." ucapnya lalu bergerak ke meja kecil ditengah ruangan. Lauren mengemam bibir, sekarang barulah dia tahu bahawa lelaki psiko itu adalah Kai, sunbaenya sendiri.
"Ke- kenapa sunbae buat macam ni?"
"Hem? Buat apa? Aku tak buat apa- apapun Reisha, sayang. I just wanna enjoy this moment with you."
"Kau dah tengok sifat sebenarnya Taehyung, suami kau kan? Aww, kesiannya Reisha aku ni.." ucap Kai seraya merangkak naik diatas katil sebelum pipi Lauren yang basah dengan air mata dia kesat menggunakan jarinya.
Hati Lauren merasa takut namun bila terkenang akan sikap Taehyung terhadapnya tadi petang, hatinya menjadi sakit.
"Semuanya sebab sunbae-"
"Sebab aku? Hei, kau yang tak pernah terima aku. Kau tak terima cinta aku! Dan kalau kau terima, benda ni takkan berlaku. Aku sukakan kau, Reisha. And last night, its look like our first night" bisik Kai membuatkan Lauren terasa jijik akan dirinya sendiri.
Disebabkan lelaki inilah masa hubungannya dengan Taehyung jadi hancur. Lelaki tak guna!
"Go away.."
"Aku tahu kau sakit hati, kalau kau nak benci aku, bencilah. Tapi sampai mati, kita akan tetap bersama." ucapnya tepat ditelinga Lauren. Gadis itu menangis kecil.
"Tolonglah.."
Kai tersengih sinis. Dia menghulurkan satu gelas berisi cecair putih yang nampak seperti air biasa. Tapi..
"Kau kena terima kenyataan yang Taehyung dah tak perlukan kau lagi.. Here, drink this. Ia akan sembuhkan luka dihati kau dan kita kan bersama di syurga.." bisik Kai. Lauren menggeleng.
Lelaki itu mendengus geram, rahang Lauren dia cengkam kasar dan secara paksa cecair itu selamat masuk kedalam mulut Lauren. Gadis itu menangis kecil. Tekaknya terasa perih dan panas.
"We'll be happy, Reisha.." bisik Kai sebelum ketawa kecil. Cecair merah pekat keluar melalui hidung Lauren lalu gadis itu terbatuk kecil. Darah merah pekat terkeluar dari situ.
"Sunbae.."
"Goodnight, Reisha."
.
Whoops, mengapa tetiba jadi begini?
[👀]
Sila tekan bintang kuning setelah anda siap baca. Thank you❤
[😚]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top