Bab 41👑
“Taehyung.. a- apa saya nak cakap dekat Jimin nanti? Dia mesti kecewa.” kata Lauren bila mereka sudah sampai di sebuah bilik kecil yang dihias berwarna pink. Cantik.
Ianya merupakan tempat karaoke namun bertema girly. Tempat private untuk Taehyung dan Lauren. Walaupun ruangannya agak kecil, namun cukuplah untuk mereka berdua,kan? Taehyung sengaja bawa Lauren kesini, yalah nak avoid temu ramah tak rasmi tentang hubungan mereka ni.
Maklumlah, sekejap lagi tersebarlah berita Taehyung si kasanova dah kahwin dengan budak nerd. Fuh! Taehyungkan lelaki hot!
“It's okaylah, sayang. Jimin akan faham. Saya akan terangkan pada dia kalau dia masih tak maafkan sayang..” bisik Taehyung sebelum pinggang Lauren dipeluknya erat buatkan jarak wajahnya dengan gadis itu sangat rapat.
“Taehyung, ini tempat awam.” tegas Lauren bila Taehyung bertindak mahu menciumnya. Terus muncung bibir lelaki itu jadinya. Dia tarik Lauren duduk diatas sofa kecil sambil mata Taehyung tak lepas memandang wajah Lauren dan serentak matanya jatuh pada bahu Lauren yang terdedah itu.
“Sayang, saya tak suka tengok lelaki tu layan awak tadi. So rude.” bisik Taehyung seraya meraih tapak tangan Lauren lalu digenggamnya.
“Sekarang saya tahu kenapa awak tukar penampilan, sebab sayang terlalu cantik-”
“Kita kena balik khemah sekarang. Takkanlah nak tinggalkan mereka macam tu je kan?” potong Lauren buatkan Taehyung mencebikkan bibirnya.
“Yalah” balas Taehyung namun dia masih genggam tangan Lauren dan menghalang gadis itu dari berdiri.
...
“Jimin sunbae!”
Jimin tersentak, serentak dia berpandangan dengan seorang gadis yang sedang berdiri dihadapan kaunter pembayaran sambil tersenyum lebar. Haih, sejak Lauren pergi dengan Taehyung sejam yang lalu, dia mulai mengelamun. Jam dipergelangan tangannya dia pandang. Sudah masuk pukul 10 malam.
“Ahh, kenapa ya?”
“Saya nak apple soda satu dengan daging masam manis dua.” pesan gadis itu. Jimin mengerutkan dahi sebelum mengangguk kepalanya.
“Nanti saya pesankan, nombor meja awak berapa?”
“Nombor 3” jawab gadis tersebut lalu melangkah pergi. Jimin mengeluh berat, dia meminta Nana untuk menyediakan pesanan yang diminta sementara dia mengurus kaunter pembayaran.
“Jimin, maaf sebab lambat.” kata Taehyung yang muncul secara tiba-tiba diikuti dengan Lauren. Bila Jimin berpandangan dengan Lauren, lelaki itu mengetap bibir, dia kecewa. Kecewa sangat- sangat.
Dia fikir yang Lauren ialah gadis yang masih single and avaible. Tapi dia salah. Gadis itu sudah berkahwin.. dengan kawan baiknya sendiri, Kim Taehyung. Terus Jimin melangkah pergi dari situ. Lauren meminta diri dari Taehyung sebelum mengejar Jimin yang semakin jauh dihadapan.
“Sunbae, saya minta maaf..”
“Buat apa nak minta maaf? Awak tak ada salah apa- apa pun dengan saya.” kata Jimin seraya terus berjalan menuju ke taman kecil yang sudah dihias dengan lampu-lampu kecil. Cantik dan berkilauan.
“Sunbae..”
“Kenapa awak datang pada saya? Beri harapan palsu pada saya, Lauren? Awak buat saya.. awak buat saya patah hati untuk kedua kalinya..” bisik Jimin.
Lauren mengetap bibir, sungguh dia cakap, dia memang tidak ada niat untuk menyakitkan hati mana- mana lelaki. Dia memang tak berniat langsung.
“Sunbae, maafkan saya..”
“Pergilah, Lauren.. saya tak nak jumpa awak buat masa ni.” kata Jimin lirih, dia alihkan pandangan. Lauren mengeluh berat, dia tak tahu hendak berbuat apa lagi. Kalau Jimin tak maafkan dia.. dia akan rasa bersalah seumur hidup.
“Maafkan saya..”
“Reisha.. it's not your fault.” bisik satu suara dan serentak Lauren memalingkan wajahnya. Dia melihat susuk tubuh seorang lelaki sedang berdiri dibelakangnya sambil tersenyum kecil.
“K- Kai sunbaenim.. cakap apa tadi?”
“Hem? Aniya, tak ada- apa. Lauren dengar apa? Saya baru je sampai, nak beli corndog tapi gerai dia dah tutup.” terang Kai. Lauren mendiamkan diri.
“Gerai siapa jaga?” soal Jimin datar.
“Taehyung dan sehun. Aku cari kau tadi tapi tak jumpa-”
“Saya pergi dulu sunbae.” ucap Lauren sebelum melangkah pergi meninggalkan kedua lelaki tersebut. Jimin melepaskan keluhan berat. Kai cuma memandang dengan sengihan kecil, bahu Jimin ditepuknya perlahan.
“Kau kecewa?”
“Siapa je tak kecewa.. aku dah mula sukakan dia. Dia.. serupa dengan mendiang bekas tunang aku.” ucap Jimin seraya menundukkan wajahnya. Kai cuma tersenyum menyerigai.
“Kau tak nak ikut bekas tunang kau?” soal Kai dengan senyuman yang mempunyai banyak makna.
“Ke mana?”
“Ke syurga..” balas Kai sambil tersenyum. Jimin mendiamkan diri. Terus tangan Kai yang berada di bahunya dia tepis perlahan.
“A-aku balik gerai dulu.” kata Jimin sebelum melangkah pergi meninggalkan Kai seorang diri.
.
Yep,😏
[👀]:
Sila tinggalkan bintang kuning selepas anda baca
[😚]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top