Bab 40👑
“Hai, em. Selamat datang ke Happy Bar!” sapa Jiwoo seraya memeluk lengan seorang pelajar lelaki berkaca mata namun tubuhnya tegap kerana dia merupakan atlet bola keranjang untuk tahun pertama dikampus tersebut. Nerd dia tu berkelas tahu?
“Ah, ya..” kata lelaki itu seraya melabuhkan punggung diatas kerusi. Laju saja Jiwoo memanggil Lauren untuk mengambil pesanan lelaki itu. Yup, 3 jam bertugas dia rasa nak rehat kejap.
Mahu tak mahu, gadis itu hanya akur saja. Pesanan meja bernombor 2 iaitu, daging masam manis serta soda dia letakkan atas meja tersebut.
“Ya?”
“Ni, ambil order untuk Encik Hati saya ni.” kata Jiwoo seraya menongkat dagunya memandang ke lelaki tersebut yang juga merupakan junior kepadanya.
“Nak pesan apa?” soal Lauren. Lelaki itu tersenyum kecil, dia naikkan cermin matanya yang terlorot pada hidung.
“Er.. Lauren. Awak nampak cantik.” kata lelaki itu. Lauren cuma tersenyum nipis, bila mendapatkan jelingan dari Jiwoo. Lauren cuma mengetap bibir, tak sangka yang Han, lelaki yang sama course dengannya dan merupakan seorang yang pendiam pandai menggayat macam tu.
“Err.. saya nak teobeokki pedas dengan soda, je.” pesannya. Cepat- cepat Lauren melangkah untuk menyiapkan pesanan lelaki tersebut sebelum meminta Nana untuk menghantarnya.
Taehyung yang bertugas di kaunter pembayaran cuma memandang tajam ke setiap pelanggan yang mamasuki gerai mereka. Majoriti semuanya lelaki. Taehyung cuma mampu menggigit bibir bila melihat pelajar lelaki disitu meng-usya Lauren, isterinya.
“Psst! Psst!” sekumpulan pelajar lelaki yang juga merupakan senior bersiul kecil bagi menarik perhatian siapa lagi kalau bukan junior cantik mereka, Lauren?
“Tak nak ambil pesanan untuk abang ke Si cantik Lauren?” panggil salah seorang dari keempat- empat lelaki tersebut.
“Maaflah, Lauren tengah sibuk tu. Jadi, aku harap korang faham eah?” kata Sehun yang secara tidak rasminya melantik dirinya sebagai penjaga kepada gadis tersebut.
“Eh mana boleh macam tu! Kami pun pelanggan juga, kami tak nak orang lain. Aku nak perempuan tu yang ambil pesanan. Gampang kan?” kata lelaki tersebut sebelum menepuk- nepuk meja. Sehun sudah ketap bibir.
“Tak apa, sunbae. Biar saya uruskan.” sampuk Lauren bertujuan untuk menghalang pergaduhan yang bakal tercetus bila dia lihat Sehun sudah menggepal tapak tangannya menjadi penumbuk. Sehun cuma mampu menunjukkan penumpuknya sebelum beredar ke tempat lain namun masih dekat dengan Lauren.
“Haa macam tulah, sayang. Ni, ni, duduk sebelah abang.” panggilnya sebelum lengan Lauren ditariknya lembut. Gadis itu menggeleng kecil.
“Aniya, tak apa. Sun- sunbae nak order apa?” soal Lauren, pegangan tangan lelaki itu dia cuba lepaskan dari lengannya namun hasilnya tak ada apa- apa.
“Janganlah macam ni, kalau awak layan abang baik, abang akan beli banyak-banyak. Marilah, duduk tepi abang” paksanya. Sekali lagi Lauren menolak.
“Sunbae.. janganlah macam ni-”
“Oi.” tegur satu suara garau dan serentak lengan Lauren terlepas dari pegangan lelaki itu. Serentak pinggang Lauren dipeluk, gadis itu membulatkan mata.
“Tae- Taehyung..”
“Jangan kurang ajar boleh tak?”
“Kurang ajar apa benda ni, Tae? Aku cuma nak have fun dengan waiter kau selaku customer ni. Yalah, customer always right, kan?” katanya. Taehyung cuma tersengih kecil. Dia eratkan pelukan pada pinggang Lauren buatkan Rahee mengetap bibirnya.
“Kau cemburu untuk apa, Taehyung? Rahee dah adakan-”
“Untuk pengetahuan korang, Lauren Reisha Kim, budak junior korang ni adalah..” Taehyung menjeda ayatnya sebelum memandang anak mata Lauren yang berwarna biru itu. Mereka berpandangan seketika. Gadis itu cuma mendiamkan diri.
“.. isteri aku.” sambung Taehyung buatkan student yang berada didalam gerai tersebut terkejut beruk.
“Aku dah kahwin dengan tiga minggu lepas. Maaf sebab kecewakan korang. Dan, aku larang korang kacau dia lagi.” kata Taehyung sebelum menarik Lauren keluar dari kawasan tersebut. Namun dia sempat berpandangan dengan Jimin yang terkaku dihadapan kaunter.
“Tae kau dengan.. Lauren?”
“Maaf Jimin, aku terpaksa pergi. Gantikan tempat aku malam ni, aku ada hal.” kata Taehyung sebelum beredar dari situ meninggalkan Jimin yang masih terkejut dengan kenyataan tersebut.
Meanwhile, disudut yang lainnya. Botol soda dia genggam geram. Taehyung tak patut potong line!
.
Pheu.
[👀]:
Tinggalkan bintang kuning selepas anda baca, thank you
[😚]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top