Bab 29👑
“Mana Lauren, ma?” soal Taehyung seraya menggosok- gosok kelopak matanya. Puan Kim yang sedang bersarapan di meja makan itu dipandangnya mamai.
“Dia dah pergi awal pagi tadi. Katanya ada kelas pagi, ha tengoklah jam berapa dah sekarang ni Taehyung? Kamu tu kalau tidur, gempa bumi pun kamu tak tahu!” perli Puan Kim buatkan Taehyung mencebikkan bibirnya.
Taehyung menjeling pada jam dinding, sudah pukul 9 pagi. Lauren mesti dah keluar awal dari tu. Taehyung melabuhkan punggung diatas kerusi berhadapan dengan mamanya.
“Em.. Lauren marah tak tadi, ma?”
“Siapa je tak marah kalau orang kat sana tu dah bagi fake hope? Tadi pagi Lauren pergi tanpa bersarapan langsung.” balas Puan Kim buat Taehyung mengetap bibir. Lantas, rambut hitamnya diraup kebelakang. Dia frustasi dan serba salah dengan tindakannya semalam.
“Tae nak minta maaf-”
“Kenapa minta maaf dengan mama?”
Taehyung ketap bibir, kalau mamanya itu sudah bersikap sedemikian, macam mana pula dengan Lauren? Mesti dia marah. Hah! Taehyung serabut, susu hangat yang baru dituang kedalam cawan oleh maid-nya itu dia teguk.
“Alah ma, Tae bukannya sengaja ma. Kalau Tae tak keluar dengan kawan Tae, mereka akan sakit hati-”
“Habis tu kalau Lauren sakit hati,tak apalah?”
Taehyung mengeluh berat, kalau mamanya dah membebel, jangan haraplah merasa nak menang.
“Ma, berhenti membebel. Tae akan pujuk Lauren lepas dia balik nanti.” kata Taehyung mahu menghentikan perbahalan sebelum dia mengangkat punggung.
“Ha, nak kemana tu?”
“Tae nak kemas baju, nak pindah rumah baru nanti petang. Kali ini betul- betul! Tae tak tipu!” kata Taehyung sebelum meluru naik ke tingkat atas.
Puan Kim sudah tarik senyum, dia saja aje tu. Kalau dia tak mendesak macam tu, Taehyung dan Lauren situ- situ ajelah hubungan mereka.
...
“Hello, princess!” Sapa Gina pada Lauren yang sedang melangkah di hujung tangga mahu ke tingkat atas. Lauren sudah mengetap bibir, apa lagi yang Gina ni nak dari dia ni?
“Amboi, sekarang ni macam ramai pulak lelaki hots yang nak protect kau ah? Lepas Jimin then Taehyung. Lepas ni siapa lagi hah!” perli Gina seraya perlahan- lahan dia melangkah merapati Lauren. Terus bahu gadis itu dia tolak- tolak perlahan. Lauren cuma mampu mendiamkan diri.
“Kau tahu tak kenapa aku tak sukakan kau? Kau attention seeker, kau selalu dapat result yang baik. Kau selalu kena puji ssaem. Aku benci kau! Kau ambik position aku kau tahu tak!” tengking Gina pada Lauren.
“Ma- maaf.”
“Maaf? Huh! Ini maaf kau!”
Gina menarik paksa cermin mata bulat Lauren lalu menjatuhkannya. Gina senyum sinis, tanpa belas dia memijak kaca mata Lauren hingga kantanya pecah. Lauren sudah duduk berlutut diatas lantai.
“Gina! Please berhenti! Saya minta maaf! Tolonglah!” rayu Lauren. Tapak tangan Lauren dipijak bila gadis itu cuba mencapai cermin matanya.
“Tolonglah berhenti..”
“Lauren!” lantang suara itu menyeru nama Lauren buatkan Gina berhenti. Dia menelan liur sebaik wajah bengis Jimin datang menyapa pandangannya. Dia tundukkan wajah bila seniornya itu sudah dihadapan mata.
“Apa kau buat?”
“Maaf sunbae. Sa- saya tak sengaja. Jatuh tadi, itulah terpijak-”
“Terpijak? Kalau aku pijak muka kau boleh?” soal Jimin dingin. Opps, terkasar pulak dah. Terus Gina menggelengkan kepalanya, gerun.
“Saya minta maaf, sunbae. Saya betul-betul minta maaf!” berulang- ulang kali Gina menundukkan tubuhknya. Jimin mengeluh berat, dia meminta Gina pergi sebelum dia hampiri Lauren untuk membantu gadis itu.
“Lauren, awak tak apa- apa?” soal Jimin lembut, Lauren mengangguk menandakan yang dia tidak apa- apa. Cermin matanya yang pecah dia pandang sayu. Jimin mengeluh lembut.
“Saya hantar awak untuk betulkannya nanti..” kata- kata Jimin terjeda sebaik melihat Lauren tanpa kaca mata. Gadis itu nampak cantik..
“Em, tak apalah. Saya nak tukar nanti.” kata Lauren, pandangannya kabur terhadap wajah Jimin yang sangat dekat dengannya. Dia tak perasan!
“Saya hantar awak balik, boleh?” pelawa Jimin. Mahu tak mahu Lauren terpaksa mengangguk. Akur dengan perlawaan Jimin.
Dan suatu sudut, seorang lelaki berpakaian serba hitam sedang bersembunyi disitu. Dia sudah mendengar segala- galanya. Pandangannya teralih pada Gina yang sedang melangkah pergi. Bibirnya diketap.
Berani kau sakitkan Reisha aku!
.
Hem..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top