Bab 25👑

Celik je mata, Lauren terus terpandangkan akan wajah Taehyung yang beberapa inci dengan wajahnya. Lauren mengetap bibir dan saat itu dia rasa sesuatu yang menyekat pergerakannya.

Lauren memandang ke bawah dan tahulah dia bahawa lengan Taehyung sedang erat memeluk pinggangnya. Haih, kan aku dah cakap? Kalau tak kaki Taehyung, tangan lelaki itu yang akan naik ke tubuhnya. Berkali- kali dia tepis, degil lagi nak naik!

Lauren cuba melonggarkan tangan Taehyung dari pinggangnya, tapi makin dia cuba, makin erat pula pelukan Taehyung pada pinggangnya! Eee!

“Taehyung..” panggil Lauren dengan suara lembut. Dia terdiam bila Taehyung rapatkan wajah, jarak mereka menjadi rapat dan Lauren boleh merasa deru nafas Taehyung pada pipinya. Hangat. Lauren ketap bibir. Jujur dia cakap, dia ada rabun dekat tapi nampaknya rabun dia kali ini tidaklah kuat.

“Taehyung..” sekali lagi, Lauren mencuba untuk membangunkan Taehyung. Lelaki itu menggeliat kecil.

“Hem..” dehemnya. Perlahan- lahan matanya diceliknya. Wajah Lauren menghiasi setiap ruang penglihatannya. Refleks bibir Taehyung mengukir senyum kecil. Entahlah, tetiba dia rasa liat sangat nak bangun pagi ini.

“Tae- Taehyung. Bangunlah, kejap lagi kan nak pergi-”

“Kejaplah..” garau suara Taehyung mahu menahan Lauren dari bangkit dari katil. Dia mahu berlama- lama dengan Lauren pulak pagi ini. Entahlah, dia rasa.. em. Dia rasa..

“Kim Taehyung! Tandas tersumbat lagi!” suara Puan Kim memecah keheningan antara Taehyung dan Lauren. Lauren ketawa kecil, dia tepuk perlahan lengan Taehyung sebelum bangkit dari pembaringan. Taehyung merengus geram.

Spoil betullah mama ni! Rungut Taehyung. Dia tekup wajah dengan bantal. Hee benci! Benci! Benci!

...


“Lauren!”

Lauren palingkan kepala dan refleks matanya terpandang akan Jimin yang sedang melambaikan tapak tangannya ditingkat dua bangunan yang merupakan makmal tersebut. Lauren cuma senyum sebelum tundukkan wajah.

Sapaan kuat dari Jimin buatkan perhatian para pelajar yang melalui kawasan tersebut, serentak mereka memandang Lauren dengan pandangan pelik.

Sebenarnya, mereka masih sangsi dengan hubungan Jimin dan Lauren. Lebih tepatnya mereka tak suka. Yalah, dimata mereka Lauren hanya budak nerd yang polos dan tak sesuai berdamping dengan budak hots seperti Jimin.

Well, mengikut pemahaman mereka, popularity and your looks is the main point kalau nak berbual dengan Jimin and the gang. Fuh!

Tapi apa Jimin kesah? Kecantikan, kekacakan dan popularity tu bukannya boleh bawa mati pun!

“Tunggu situ!” kata Jimin separuh menjerit sebelum mengambil tangga di hujung bangunan untuk bertemu dengan Lauren. Dia rindu nak berbual dan berjumpa empat mata dengan Lauren.

Dua hari tanpa khabar dari Lauren, dia rasa kosong dan sunyi. Dua hari dia bersendirian difakulti. Makan sendiri, belajar sendiri, sembang sendiri.. eh sembang sendiri? Gila ke nak sembang sendiri? Tapi bukanlah sendiri sangat, dia masih ada kawan temankan but still, Jimin rasa kosong. Hem.

“Ji- Jimin..”

“Dua hari tanpa awak, saya rasa sunyi. Best ke cuti?” soal Jimin seraya berjalan beriringan bersama Lauren. Dia langsung tak kesah dengan pandangan- pandangan pelajar yang lainnya terhadap mereka. Sebab, walaupun ramai orang yang Jimin nampak hanyalah Lauren. Ecing!

Em.. be- best.” jawab Lauren sambil senyum kecil. Best ke cuti dua hari sebab nak kahwin? Hem.. jawapannya.. tak best. Sebab? Sebab Taehyung buat endah tak endah je dengan Lauren?

“Iyake best? Em.. awak tak rindukan saya?” soalan Jimin buatkan Lauren mendongakkan wajah. Ketika itu serentak dia berpandangan dengan Taehyung yang berada di tangga koridor, lelaki itu tersenyum. Senyuman yang hambar.

“Em.. mestilah.. rindu.” balas Lauren sambil memandang tepat ke anak mata Taehyung. Lelaki itu alihkan pandangan. Lauren cuma memandang dengan pandangan yang redup. Taehyung..

Kenapa awak nampak.. marah?

.

Haih. i don't know what to do without you!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top