Bab 22👑

Belle Áme | 22

Paginya, Taehyung orang pertama yang bangun kerana malamnya dia tidak dapat tidur disebabkan kehadiran Lauren didalam bilik tersebut.

Sedang elok Taehyung mahu bersarapan di restoran dibawah, dia terlupa bahawa phonenya masih berada diatas. Mahu tak mahu dia terpaksa naik ke atas semula.

“Lauren! Kau ada nampak phone aku, tak?” soal Taehyung sebaik pintu bilik hotel dia bukak. Namun nafasnya yang tadinya normal menjadi tak teratur bila terlihat kelibat Lauren didalam bilik tersebut baru habis mandi. Yang membuatnya terkejut ialah Lauren hanya berkemban!

“Erk, Tae- Taehyung?” tergagap Lauren jadinya. Taehyung merenung Lauren dari atas kebawah seraya meneguk liur. Hatinya kuat mengarahnya untuk mengalihkan pandangan, namun otaknya menghalang!

“K- kau ada nampak phone aku tak? Tertinggal masa aku nak turun bawah tadi” kata Taehyung, dia ketap bibir sebelum alihkan pandangannya. Lehernya digosok, kekok.

“Em, rasanya ada. A- atas katil ni. Kejap” Lauren menyingkap selimut yang baru dikemasnya untuk mencari phone Taehyung tapi hasilnya kosong. Taehyung melangkah ke katil, mahu ikut mencari phonenya.

Tapi entah dimana silapnya, ketika Lauren membalikkan tubuh mahu berhadapan dengannya, Taehyung hilang keseimbangan hingga jatuh menimpa Lauren diatas katil! Taehyung dan Lauren sama-sama terkaku.

“Erk.. Tae-Taehyung?” panggil Lauren lembut namun tiada respon dari Taehyung. Lelaki itu sedang asyik merenung wajah putih bersih Lauren, wangian syampu dari rambut Lauren buatkan gelora lelaki Taehyung meningkat. Dia.. mahukan gadis itu.

Taehyung?panggilan dari Lauren buatkan lelaki itu kembali merenung wajah gadis itu. Dijarak seperti itu buatkan kecantikan Lauren makin terserlah, dengan bulu matanya yang agak lebat, alis matanya serta bibir merahnya. Taehyung.. betul- betul terpesona. Taehyung rapatkan wajah, mahu mencium Lauren.

Lauren terkebil- kebil. Tuala dibahagian dadanya dia tarik agar tidak terlorot dan ketika dia berpaling ke tepi, dia nampak telefon pintar Taehyung dibawah bantal. Terus dia ambil phone tersebut lalu menayangkannya dihadapan Taehyung.

“Ni, ni. Sa- saya dah jumpa. Tersembunyi dibawah bantal tadi.” kata Lauren menyedarkan Taehyung dari perbuatannya.

Lelaki itu bingkas menjarakkan diri dari Lauren sebelum phonenya dicapai. Sekali lagi lehernya digosok, janggal. Sangat janggal.

“Go- gomawo.” kata Taehyung. Dia tak tahu hendak buat apa selepas itu. Dia cuma tak dapat kawal diri, Lauren sungguh menggoda!

“A-aku turun dululah. Jumpa kat bawah nanti” kata Taehyung sebelum cepat- cepat melangkah keluar dari bilik tersebut. Taehyung bersandar pada pintu bilik. Dadanya yang berdegup kencang dia sentuh perlahan.

Hah! Bodoh punya Taehyung! Kau hampir malukan diri kau sendiri kau tahu tak?! Marah Taehyung pada dirinya sendiri. Taehyung mengeluh perlahan sebelum melangkah turun kebawah.

Tiba- tiba perutnya berkeroncong mahu diisi. Hum!

...

Ha, mana menantu mama? soal Puan Kim sebaik terlihat Taehyung yang sedang duduk di meja makan, seorang diri. Terus matanya meliar ke kiri dan kanan anaknya itu. Hish, kenapa tak ada Lauren?!

“Adalah ma, nanti pandai- pandailah dia turun.” jawab Taehyung acuh tak acuh sebelum mengunyah roti bakar. Puan Kim mengeluh kecil, akur. Dia ambil tempat duduk dihadapan Taehyung lalu teh dituang kedalam cawan.

“Ha tu pun dia!” teruja saja nada suara Puan Kim sebaik melihat kelibat Lauren yang sedang melangkah menuju kearahnya. Gadis itu tersenyum sebelum melabuhkan punggung disamping Taehyung. Lelaki itu cuma melirik sekilas sebelum senyum kecil. Lauren betul-betul mendengar kata, buktinya gadis itu tidak memakai kaca matanya.

“Selamat pagi, ma.” sapa Lauren. Puan Kim membalasnya dengan senyuman.

“Selamat pagi, ha. Semalam tidur lena ke Lauren sayang?” tanya Puan Kim. Lauren mengangguk kecil, dia senyum kelat.

Tidur lena apanya, ma. Taehyung tu berdengkur kuat sangat! Tidur pun macam dia seorang aje yang ada diatas katil tu, berkali- kali tangan dan kaki dia naik atas badan aku, berkali- kali juga aku tepis. Sebab tulah Lauren bangun lambat tu ma! Mahu je Lauren cakap macam tu, tapi itulah.. Taehyung mana layan sangat gurauan dia ni!

“Hm, baguslah. Semalam malam pertama, kan?” tanya Puan Kim sambil menyerigai. Soalannya tersirat penuh makna. Taehyung sudah pandang tempat lain, Lauren cuma senyum. Tak faham sebenarnya.

“Hem.. baguslah.” kata Puan Kim. Yes! Awal dia dapat cucu kalau macam ni!

.

Puan Kim, the best mother in law?!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top