Bab 21👑

Belle Áme | 21

“Lauren..” panggil Taehyung, kali ini nada suaranya cuba dilembutkan. Dia sebenarnya tak ada benda nak dibuat, dia bosan. Duduk terperup dalam bilik ni bukannya ada buat apapun.

Lepas je mandi tadi, Lauren sudah mengasingkan diri diatas katil dengan berbaring sambil membelakanginya. Melihatkan itu buatkan Taehyung sedikit resah, dia tahu yang dia salah menyakitkan hati Lauren. But that's the truth, right?

Taehyung mengeluh, dia melirikkan mata pada jam di meja lampu. Sudah masuk pukul 10:30 malam. Matanya masih lagi belum mengantuk, dia masih mahu berbual- bual dengan Lauren malam ini. Dia akan cuba betulkan kesilapannya kalau Lauren mahu memberi kerjasama.

“Lauren, boleh kita bercakap sekejap?” tanya Taehyung.

“Nak cakap pasal apa?” soal Lauren. Taehyung tarik senyum kecil. Marah- marah Lauren pada dirinya pun, dia masih nak berbual dengannya. Hem. Kalau Rahee, mahu dua hari tak nak bercakap dengan dia.

“Aku nak cakap pasal kita..” kata Taehyung. Lambat Lauren duduk diatas katil sebelum duduk berhadapan dengan Taehyung. Pandangan mata Taehyung merenung segenap wajah milik isterinya itu. Lauren tanpa kaca mata.

“Ehh kejap, saya nak pakai cermin mata-”

“Tak- tak payahlah.” laju Taehyung menahan lengan Lauren yang mahu berdiri mengambil cermin matanya diatas meja lampu. Lauren jongket kening kemudian kembali duduk bersila diatas katil.

“Awak nak cakap apa?”

“Kenapa kau tak kekalkan penampilan macam ni? Kau nampak cantik.. em. Tanpa cermin mata..” kata Taehyung. Kali ini dia jujur dan kata-katanya itu tulus dari sudut hatinya yang paling dalam. Taehyung gosok leher, kekok dengan keheningan tersebut.

“Saya ada sebab tersendiri kenapa saya tak ubah penampilan saya.” lembut, Lauren berkata, tangan Taehyung yang masih memegang lengannya dia alihkan. Janggal dia.

“Dan saya memang rabun dekat. Rabun teruk.” sambung Lauren. Taehyung mengeluh kecil.

“Kalau kau nak buat aku jatuh cinta pada kau, first, ubah penampilan kau, em yang macam ni. Aku suka tengok kau macam ni.” kata Taehyung, Lauren ketap bibir.

“Awak tak suka ke tengok saya pakai cermin mata?”

“Bukan tak suka, cermin mata kau tu sangat ketinggalan zaman. Old fashioned, memanglah aku tak suka. Sekarangkan zaman moden? Kau boleh pakai contact lens instead of that round glasses.” kata Taehyung. Lauren mendiamkan diri, dia tundukkan wajah.

“Jadi awak memang tak suka saya macam nilah..” perlahan Lauren berkata, jarinya dia belek. Taehyung ketap bibir. Bukan dia nak mocking Lauren dari penampilan. Dia cuma memberi nasihat, memandangkan Taehyung pernah kenal banyak perempuan.

Jadi, why not Lauren jadi salah seorang seperti mereka, kan? Lagipun gadis itu memang semula jadi cantik tapi perlukan penambahbaikan dari segi penampilan agar nampak lagi cantik.

Contact lens dapat merosakkan mata awak tahu?” kata Lauren buatkan Taehyung sedar dari merenung gadis itu. Taehyung cuma berdehem.

“Em.. boleh tak saya sentuh pipi awak?” pinta Lauren tiba- tiba buatkan Taehyung mengerutkan dahi.

“Untuk apa?”

“Em.. sebab saya tak pernah-”

“Sentuh jelah.” tapak tangan Lauren ditarik dan diletakkan pada pipi Taehyung. Lelaki itu senyap bila Lauren tersenyum manis. Tak semena- mena hatinya berdebar tak tentu arah. Sentuhan Lauren pada pipinya terasa seperti dia terkena renjatan elektrik.

“Kulit awak lembut. Pandai awak jaga..” bisik Lauren. Mereka merenung satu sama lain sampai akhirnya Lauren sudah mengalihkan tapak tangannya dari pipi Taehyung. Lelaki itu masih lagi di posisi yang sama.

“Saya.. berpenampilan macam ni sebab tak nak orang lain jatuh hati pada saya. Saya cuma nak awak seorang saja. So, I keep this look just for you.” kata Lauren buatkan Taehyung diam.

“Tapi kenapa aku?”

“Saya rasa awak lelaki yang sesuai dan dapat jaga saya dengan baik.” tutur Lauren perlahan sambil tersenyum.

“Ada benda yang perlu aku tahu ke?”

Aniya..” jawab Lauren, kegusaran didalam hatinya sedaya upaya dia mahu sembunyikan. Belum masanya untuk Taehyung tahu tentang masalah yang dia hadapinya kalau Taehyung masih bersikap endah tak endah dengan dia.

“Hem..”

.

Ada rahsia yang Lauren tengah sembunyikan dari Taehyung. Ianya merupakan sebab kenapa Lauren terpaksa ubah penampilan.
So, stay tuned jelah, eah?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top