Bab 17👑
Belle Áme | 17
“Taehyung! Awak pergi mana kelmarin? Saya call tak angkat! Saya mesej, lambat pula reply!” kata Rahee sebaik kelibat Taehyung kelihatan keluar dari kereta dan berdiri berhadapan dengan dirinya.
Sengihan dari Taehyung buatkan Rahee makin panas hati. Lantas, lengan Taehyung dipukulnya geram.
“Sayang janganlah marah. Tae busy akhir- akhir ni. Mama Tae nak buat satu majlis.” kata Taehyung memberi alasan namun senyuman pada bibirnya masih belum lengkang. Pelukan Rahee pada lengannya dia biarkan sambil mereka beriringan berjalan di koridor menuju ke dewan kuliah.
“Mama awak nak buat majlis apa? Kenapa saya baru tahu?” soal Rahee dengan bibir yang termuncung- muncung.
“Adalah sayang. Em, sayang dua hari ni saya tak ada kat Korea. Buat majlis dekat luar negara. Satu keluarga saya pergi.” bohong Taehyung. Erk, bohong sunat! Yalah, takkan nak bagitau yang dia kahwin dengan Lauren nanti?
“Tae tak nak bawa saya?”
“Only my family, sayang.” jawab Taehyung dan disambung muncung yang panjang dari Rahee.
Baru sahaja Taehyung mahu memujuk, matanya terpandang pula kelibat Jimin dan Lauren yang sedang jalan berdua.
Ditangan gadis itu ada sejambak bunga rose, mungkin pemberian dari Jimin, kot? Melihatkan itu, senyuman Taehyung menjadi hambar dan perlahan- lahan mulai pudar. Dia berhenti melangkah.
“Taehyung, kenapa ni?” soal Rahee sedikit pelik. Matanya dialihkan pada arah yang sedang dilihat Taehyung. Bibir diketap.
“Lah, tak habis- habis pula dengan pasangan tak sepadan ni. Awak ada nasihatkan kawan awak tu ke, Tae?” soal Rahee. Taehyung tidak membalas, dia lepaskan pelukan Rahee pada lengannya sebelum melangkah masuk kedalam dewan kuliah. Hati dia panas.
Ergh! Kalau tak suka kenapa kau boleh sakit hati pula, Taehyung? Bisik Taehyung dalam hati. Dia geram sebenarnya. Layanan Lauren kepada Jimin berbeza dengan layanan dia bila bersama gadis itu.
Bila Lauren dengan dia, gadis itu dingin dan diam sahaja. Senyum pun tak! Tapi bila dengan Jimin? Senyum sampai telingalah gamaknya!
Taehyung sudah kemam bibir, dia raup rambutnya kebelakang. Rimas ni rimas!
“Taehyung!” sapa Jimin sebelum melabuhkan punggung disamping lelaki itu. Eyesmilenya terserlah bila dia senyum. Nampak sangat gembira.
“Eo?”
“Kenapa kau ni? Tadi aku nampak Rahee marah- marah je kat luar. Dia cakap kau tinggalkan dia, em. Kau okay ke ni? Moody semacam je.” kata Jimin seraya mengeluarkan buku notanya. Taehyung sembamkan wajah pada meja. Malas nak cakap pasal Rahee, dia nak bertenang jap!
“Oh, biarlah dia dulu. Em, kau bagi budak junior tu bunga kenapa? Kau kena accept, ke?” soal Taehyung. Nada suaranya ditahan agar tak kedengaran marah. Erk, kenapa dia nak marah pulak?
“Oh tadi, budak junior tu, aku cuma nak minta maaf sebab tak dapat temankan dia keluar. Yalah, aku busy dengan assignment. Dia faham. Huh. Aku tengok dia makin hari kan, aku makin-”
“Em. Kerja yang Dr.Lim bagi kau dah siapkan ke?” potong Taehyung, menukar topik bualan kerana dia tak mahu mendengar kata- kata yang keluar dari mulut Jimin seterusnya. Jimin jongket kening.
“Eo, dah siap dah pun. Semalam aku siapkan. Yalah, nanti tak terganggu bila aku nak keluar dengan Lauren tu.” kata Jimin seraya mengeluarkan hasil kerjanya. Taehyung mendiamkan diri.
“Ohh..” balasnya dengan keluhan yang berat.
.
🌟vote✔
💬comment✔
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top