Bab 13👑

Belle Áme | 13

“Hai Lauren!” tegur Gina menghentikan langkah kaki Lauren di tempat letak kereta tersebut. Lauren sudah ketap bibir, dia tundukkan wajah.

“Boleh buatkan assignment aku tak? Tolonglah, ini kali yang terakhir aku minta tolong dari kau” rayu Gina. Dia buat wajah minta simpati sekaligus minta penampar.

“Tapi..”

“Ahh, kau ni! Mentang- mentang dah keluar dengan Jimin, lelaki hot dekat fakulti ni, kau dah pandai tunjuk belang dekat aku ha!” Gina menempik. Lauren sudah kecut. Dia mendiamkan diri.

“Entahlah apa yang lelaki tu nampak dekat kau! Lawa pun tak! Bodoh pun bodoh! Bengap! Nerd! Dia butakah apa, hah?!” bahu Lauren ditolak- tolak geram.

“Hei!”

Marah Gina tergendala sebaik dia ternampak seorang lelaki yang merupakan sunbae kepada dirinya. Taehyung, lelaki itu adalah Taehyung. Gina menjadi resah. Dia ketap bibir bila lelaki itu sudah atur langkah kearahnya.

Pandangan tajam Taehyung buatkan Gina kecut perut.

“Kau buat apa dekat dia?” soal Taehyung, datar dan dingin. Gina gigit bawah bibir, Lauren cuma mendiamkan diri. Dia tak sangka yang Taehyung akan selamatkan dia hari ini. Erk, betulkah dia selamatkan?

Tak, tak ada apa- apa, sunbae.” balas Gina resah. Dia jengilkan mata dia pada Lauren sebelum lengan gadis itu dia goncang. Dia mahu Lauren juga bersuara dan mengatakan bukan dia yang melakukannya.

“Huh. Kau fikir aku tak nampak? Kau ni kalau bodoh, buatlah nampak bodoh. Jangan berlakon pandai dengan minta hasil kerja orang lain. Kau fikir kalau kau keluar dari sini hasil kau tu kena pandanglah?” Taehyung menegur.

Gina mengetap bibir, dalam hati dia sudah menyumpah- nyumpah Lauren.

“Ini last aku nampak kau buat dia macam ni.” kata Taehyung disambut anggukan dari Gina sebelum dengan geram gadis itu melangkah pergi meninggalkan Lauren dan Taehyung berdua.

“Kau okay?” soal Taehyung lembut. Lauren menjawab dengan deheman sahaja.

“Kenapa awak buat macam ni?”

“Macam apa?”

“Nak tebus kesalahan awak?” soal Lauren. Taehyung mengeluh perlahan, dia urut kening sebelum lengan Lauren dia sentuh perlahan. Namun gadis itu menepis perlahan.

“Aku tak nak kau disakiti, kalau kau sakit, aku pun sakit.” bisik Taehyung perlahan. Laju Lauren dongakkan kepala, sedikit terkejut dengan ucapan Taehyung yang baginya sangat cheesy?

Huh. Jangan merepeklah, Taehyung. Awak pergilah, terima kasih sebab to-tolong saya” kata Lauren sebelum melangkah meninggalkan Taehyung disitu. Dihujung koridor dia nampak Lauren dan Jimin sedang berjalan bersama- sama.

Taehyung kemam bibir, kenapa kau sakit hati Tae? Sedangkan kau yang minta dia buat macam tu, kan? Taehyung berperang dengan dirinya sendiri. Dia kusutkan rambutnya yang sedia kusut.

...

Hari ini di dewan makan, fakulti sekali lagi dihebohkan dengan kedekatan Jimin dan Lauren. Banyak yang menyangkal bahawa kedua manusia itu sedang bercinta kerana penampilan Lauren yang tak kena dimata mereka.

Namun Jimin apa kesah? Lauren hanyalah Lauren, seorang gadis yang yang cantik bukan dari luaran namun dari dalaman.

Keluar saja dari dewan kuliah, Rahee terus mendapatkan Taehyung dengan lenggang lengkoknya. Gadis itu memeluk lengan Taehyung, gedik. Taehyung cuma membiarkannya, dia tak ada mood nak bermanja- manja kerana didalam dewan kuliah tadi pun, dia dimarahi pensyarah kerana termenung.

“Awak tahu tak, kawan awak Jimin tu kan, dah kecoh di kantin. Kat mana- mana je nama dia kena petik sebab couple dengan budak nerd. Huh. Kawan awak tu ada mata ke.” termuncung- muncung Rahee mengata Jimin. Taehyung mengeluh berat. Couple? Jimin couple dengan Lauren?

Mereka mengatur langkah ke dewan makan dan serentak matanya tertumpu pada Jimin dan Lauren yang sedang duduk berdua di meja paling hujung. Lauren nampak gembira. Riak wajah Taehyung berubah, hati dia kuat mengatakan bahawa dia tidak cemburu tapi..

Kenapa dia rasa sesak? Hati dia.. hati dia rasa sakit?

Taehyung, kenapa dengan awak ni?” soal Rahee bila Taehyung berhenti melangkah. Lelaki itu mengetap bibir sebelum pelukan Rahee pada lengannya dia lepaskan.

“Saya kena pergi. Jangan call saya buat masa ni.” kata Taehyung sebelum keluar dari dewan makan. Panggilan dari Rahee tidak diendahkan lagi.

.

✔vote🌟
✔comment💬

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top