Bab 1👑
Belle Áme | 01
Lauren Reisha Kim, nama itu tak secantik orangnya. Dia merupakan gadis berkaca mata yang mempunyai keturunan Korea-Perancis.
Latar belakangnya sudah cukup menarik, namun perwatakannya menghancurkan segalanya. Dia merupakan seorang gadis nerd yang polos dan itu mengacaukan kotak pemikiran seorang lelaki kasanova bernama Kim Taehyung.
Yang tambah merunsingkan, gadis itu merupakan junior tahun pertama dan satu fakulti dengannya. Gila!
“Ma, please. Kenapa Taehyung kena bertunang dengan dia ni? Taehyung ada taste, not like this!” kata Taehyung separuh membentak. Gambar yang diserahkan padanya itu buatkan Taehyung tak ada selera hendak minum segelas air yang dihidangkan.
“Taehyung jangan pandang rupa sangat, kalau nak dibandingkan dengan Rahee, Lauren dua kali ganda lagi baik.” kata Puan Kim seraya menyapu jem pada rotinya. Taehyung mendengus marah.
“Apa yang mama nampak pada Lauren ni, ma? Dia rupa pun tak ada.. lainlah Rahee tu, cantik pun cantik. Pandai pun pandai” kata Taehyung masih masih mempertahankan Rahee, kekasihnya itu.
Puan Kim menjeling.
“Memang Rahee tu ada rupa, pandai. Tapi kalau setakat berupa, tapi tak tahu hormat orang tua, berjoli dan lepak dalam kelab malam sampai pagi, simpan jelah rupa tu..” Puan Kim memerli. Roti yang sudah disapu jem dikunyah perlahan. Taehyung mendengus marah.
“Mama nilai Rahee dari perangai?”
“Kamu pula, kenapa nilai Lauren dari rupa?” soalan dibalas soalan. Taehyung mengetap bibir, sedikit geram dengan kedegilan ibunya.
“Terserahlah mama nak cakap apa pun. Taehyung cintakan Rahee bukannya perempuan buruk macam Lauren ni!” bentak Taehyung sebelum mengangkat punggung. Puan Kim menjongket kening.
“Cantik tu tak bawa kemana pun Taehyung!”
To be continued..
⬇
⭐
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top