1

[Cast]
Jeon Jungkook
Park Minju
Kim Taehyung❤️✨
Lee Minyoung
Park Jimin

______________


Jungkook membetulkan tuxedo yang tersarung di tubuh tegapnya. Sebentar saja lagi dia akan berkahwin dengan perempuan yang..entahlah dia sendiri pun tak berapa kenal. Dia pun tak pernah berjumpa bakal pengantin perempuannya .Yang dia tahu nama perempuan tu Park Minju.Semua ini atas kehendak orang tua masing-masing. Pfft macam drama melayu.

Tok!! Tok!!

" Kau nak apa?" Jungkook memandang pembantunya dari pantulan cermin.

" Tuan muda,pengantin perempuan dah tak ada. " ujar pembantunya sambil menundukkan wajahnya.
Bimbang dia akan dimarahi jungkook.

" Tak ada? Dia pergi mana pulak?! " Jungkook berpaling kearah pembantunya yang berdiri di belakang
nya.Dia memandang tajam ke arah pembantunya.

" Dia dah lari mungkin. Kita dah tak ada masa ni tuan Jungkook. Baik kita cari orang lain untuk gantikan Cik Minju." Jungkook menghela nafas dengan kasar.

" No. Kau cari perempuan tu sekarang jugak.Kau beritahu tetamu yang hadir,majlis ditunda lusa. Sudah keluar cepat! "
Pembantu tersebut menunduk lalu keluar dari bilik persiapan tersebut.

" Tch dasar perempuan
menyusahkan. Belum kahwin lagi dah nak buat masalah."

**********
Gaun labuh yang meleret ke bawah diangkat tinggi sehingga ke paras betis.Sesekali Minju menoleh kebelakang.Manalah tau ada kereta yang lalu pagi-pagi macam ni.

" Haish menyusahkan betul la
baju ni. Keluarga pengantin lelaki ni pun satu, pilih lah dress yang pendek sikit.Ini nak jugak pilih dress yang labuh.Style dress yang dia pilih pun macam baju mak nenek. "

Minju berleter seorang diri.Dia pandang kearah jalan raya yang bertentangan terdapat sebuah lori putih yang bergerak laju dijalan raya. Pantas dia berlari anak ke tengah jalan raya dengan mengangkat dressnya yang terlalu labuh itu.

" Berhenti! " Minju mendepakan tangannya supaya lori tersebut berhenti.Pemandu yang berada didalam lori putih tersebut keluar sambil mulutnya  mencarut.Nasib baik sempat tekan break.

" Woi perempuan. Kau nak mampus awal dah ke? Macam manalah kau boleh terlepas dari hospital sakit jiwa ni. "   Pemandu lori tersebut mencekak pinggangnya.

" Ahjusshi jangan nak kurang ajar ya.Saya bagitahu appa saya baru ajusshi tahu! "

Minju memaki semula lelaki dihadapannya.Sudahlah muka putih macam ju-on hidup. Pendek pulak tu.

" Ah sudahlah. Layan orang tak ada akal memang tak akan habis. Huh malang betul hidup hari ini. "

pemandu lori tersebut berjalan mahu masuk ke dalam lori nya. Tetapi langkahnya terhenti apabila lengannya dipaut.

" Ahjusshi tolong saya." Pemandu lori tersebut mengangkat keningnya.

" Siapa ahjusshi kau ha orang gila? "
Minju mengetap bibirnya.Mahu saja dia lenyekkan lelaki dihadapannya
ini. Tapi ini saja harapannya untuk sampai ke Daegu.

" Baiklah saya minta maaf ya Encik."
Ucap Minju sambil perkataan 'Encik'
ditekankan.

" Tolong hantarkan saya pergi
Daegu, wahai encik pemandu lori sayur. Minju menayangkan muka simpati.

Mwo?! Daegu?! Yah perempuan kau dah hilang akal ke?  Apa kau ingat Daegu dan Busan ni dekat? Sudah pergi minta tolong orang lain. "

Minju tersenyum sumbing.
Dia tahu permintaannya sangatlah mengarut. Ah peduli apa! Dia mesti sampai ke Daegu sebelum keluarganya jumpa dia.

" Encik tolonglah hantarkan saya.
Ini antara hidup dan mati
hikk..hikk..

Minju melutut merayu sambil kaki lelaki tersebut dipegang. Dadanya ditepuk sambil menangis.Fake tears.

" Baiklah aku akan hantar kau.
Tapi aku nak hantar sayur-sayur kat lori tu ke pasar dulu. " Minju lantas bangun dari melutut dan masuk ke dalam lori sayur tersebut.

" Sebelum aku hantar kau pergi Daegu. Aku nak tanya satu soalan. Kau lari dari majlis perkahwinan kau ke? Dengan pakai dress lagi.Kalau kau sekarang tengah lari dari majlis kau,aku taknak hantar kau pergi Daegu.Nanti orang ingat aku bawak lari anak orang pulak. "

Lelaki tersebut menghidupkan enjin lorinya.Sesekali menoleh ke
arah Minju yang mendiamkan diri.

" Ma-mana ada saya nak lari.
Takkan saya nak lari dari majlis perkahwinan saya sendiri. "

Lelaki itu mengangguk sahaja. Minju menghembus nafas lega. Lelaki ni macam tahu-tahu je dia nak lari.

          
***********
" Oii perempuan gila bangun. Dah sampai ni. " Minju mencelikkan matanya. Dia dah sampai dihadapan sebuah apartment mewah.

" Terima kasih encik pemandu lori sayur sebab sudi hantar saya sampai
ke Daegu. " ucap Minju sambil tersenyum.

" Aku tak sudi pun nak hantar kau
sebenarnya. Tapi sebab mood aku baik,aku hantar kau.Sudah keluar dari lori aku sekarang. "

Minju mencebik apabila dihalau. Pintu lori tersebut dibuka. Cepat-cepat dia keluar dari lori tersebut.

" Tch sombong betul. " ujar Minju apabila lori tersebut berlalu pergi. Kakinya pantas menuju ke arah lif apartment mewah tersebut. Sebaik saja pintu lif terbuka dia terus masuk dan menekan butang 14.

" Dia ada dekat rumah ke tak sekarang ni? "

Minju segera keluar dari lif apabila sampai ditingkat 14. Dia berjalan perlahan pergi ke hadapan pintu sebuah rumah.Dressnya yang labuh dibiarkan tanpa diangkat.

Titt! Titt! Titt! Titt!

Pintu rumah tersebut dibuka menggunakan kata laluan. Minju mendengar bunyi televisyen dari
arah ruang tamu.Kasut tumit tingginya dicabut.Baru sahaja dia mahu meletakkannya di rak kasut.Dia ternampak sepasang kasut tumit yang lain.

" Eo unnie Taehyung datang ke?
Tapi Taehee unnie tak pakai heels. "
Minju terus meletakkan heels miliknya.Langkah kaki diaturkan ke ruang tamu.Televisyen terbukak tapi tak ada orang tengok.

" Taehyung... " panggilan Minju dibiarkan menyepi.Minju memandang pintu bilik tidur Taehyung yang tertutup rapat.Niat untuk mencari Taehyung terhenti sebaik saja mendengar gelak tawa seorang perempuan dari dalam bilik tersebut.

" Huh fikir positif Minju! Taehyung takkan curang. Mungkin Taehee unnie ada kat dalam. " bisik Minju perlahan. Nafas ditarik dan dihembus perlahan.Tombol pintu dipulas.
Sliding door balkoni yang terbuka dipandang.

" Ahahahahahaha....stop it
Kim Taehyung. "

Minju bergerak ke arah balkoni.Kali ini dia pasti itu bukan suara Taehee. Terbeliak mata Minju melihat Taehyung dan perempuan lain.
Bertambah sakit hatinya melihat Taehyung bertindak mencium leher wanita itu sambil tangan memeluk pinggang ramping perempuan tersebut.

" TAEHYUNG!!! " jeritan nyaring Minju yang bergema di balkoni menghentikan perlakuan Taehyung.
Pelupuk mata Minju mula memanas. Air mata mula bertakung dimatanya.

" Tae-Taehyung siapa perempuan ni? "
bergetar bibir merah Minju menahan diri supaya tidak menangis. Taehyung pula memandang wajah Minju tanpa ada rasa bersalah.

" Yeojachingu. Mungkin akan jadi bakal isteri kalau ada jodoh. Kan sayang? " Taehyung memeluk pinggang perempuan disebelahnya.
Bibirnya mengucup bahu perempuan disebelahnya.

" Taehyung saya dah lari dari majlis perkahwinan saya untuk awak.
Kenapa buat saya macam ni? Awak bergurau kan? " Air mata mengalir jua akhirnya. Sedih,kecewa,marah bercampur baur.

" Aku tak bergurau. Lagipun tak ada siapa yang suruh kau jadi...
Runaway bride. "

Minju melangkah setapak kearah Taehyung. Tangannya di naikkan ke muka Taehyung.Sebiji tamparan yang kuat diberikan pada wajah Taehyung.

" sakit? " Minju menaikkan oktaf suaranya.Soalan minju berlalu tanpa jawapan dari Taehyung.

" Hati saya lagi sakit dari tamparan itu awak tahu tak? "
Dada Taehyung dipukul berkali-kali.Taehyung hanya mendiamkan diri.

" Hey perempuan kau ni memang.. "
Belum sempat perempuan tersebut menghabiskan kata-katanya tangan Minju menampar wajahnya pula.
Minju terus melangkah keluar dari rumah milik Taehyung.

" Hikk...hikk.. " Tangisan milik Minju mula kedengaran sebaik saja dia
masuk ke dalam lif. Dadanya yang terasa sesak ditepuk berkali-kali.

Ting!

Bunyi lif menandakan dia sudah sampai ke tingkat bawah. Terus dia keluar dari lif sambil menunduk.
Air mata dikesat menggunakan belakang tangan. Leka berjalan sambil menunduk membuatkan Minju melanggar dada seseorang.Dia mendongak melihat orang yang dilanggarnya.

" Seronok jadi pelarian ke Daegu? "

TBC

Macam mana chapter1?Hambar? Btw cantik tak Park Minju?😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top