Writer's Cut: Eleena Belajar Masak Char Kuey Teow
"Cinta, dah siap ke?" tanya Nizam sambil ikat tali kasut Vans kelabunya. Dia tahu, kalau nak keluar dengan Eleena, at least kena ada buffer time sebab Eleena agak lambat memilih baju. Nak kena tentukan apa mood dia, atau dia rasa cantik.
Edry dan Haikal sedang bermain basketball dia laman rumah, sementara Adli sedang mengajar Kamelia main gitar.
"Woi, jari kau ni degil la, bukan sini la, sini!" Adli membetulkan jari Kamelia.
Nizam sarung jaket corduroy warna coklat dan berjalan menuju ke arah Adli dan Kamelia.
"Weh, Radhi mesej doh. Dia ajak kita pergi kenduri kesyukuran ayah dia baru balik haji," kata Nizam pada Adli, sambil melihat telefon pintarnya.
"Haah, tadi aku pun dapat," kata Adli.
"Apasal aku tak dapat? Seksisnya macam ni," Kamelia mula keluar perangai SJW.
"Bukanlah, dia ajak anda sekali. Cuma..." kata Nizam.
Kamelia terpinga-pinga. Nizam tunjuk Whatsapp convo dengan Radhi.
Radhi: ok je kam dtg, tp aku tkt la.
Nizam: asal?
Radhi: hari tu aku nampak dia pakai pakai baju muay thai. aku tkt dowh. apa la nasib adli nanti.
Nizam: asal dgn adli doh?
Radhi: xde pape, gua chow dulu. sabtu depan eh?
Nizam: 👍
"Apahal dengan kau, Li?" tanya Kamelia.
"Kau ingat tak, yang satu hari buku lukisan kau yang hilang tu?"
Kamelia mula berubah muka. Itu buku sketch kesayangannya. Itu adalah 'diari' nya. Segala perasaannya ditulis dalam bentuk lukisan.
"Mana buku tu? Mana buku tu!" tanya Kamelia, tiba-tiba naik histeria.
"Kat Radhi," jawab Adli.
"Cepat bagi balik buku tu! Aku Whatsapp dia sekarang jugak!" Kamelia terus capai handphonenya.
"Weh, weh, lek! Lek!" Adli cuba tenangkan Kamelia.
"Masalahnya, dia tengok lukisan kau sambil makan keropok lekor, dan salah satu lukisan kau kena sos keropok lekor."
Kamelia mula berdiri dan mundar-mandir. Berderau darah Jawa Selangor dia.
"Gambar yang mana?" tanya Kamelia.
"Gambar tepi tingkap," jawab Adli.
"Kau ke yang tolong buka zip beg aku?" tanya Kamelia.
"Tak, kau tertinggal kat dalam meja."
"Fuuuccckkk!" Kamelia jerit, dan menyepak rumput.
Kamelia jerut kolar leher Adli.
"Woi, pahal aku pulak! Kau yang salah! Kau yang letak barang sepah-sepah!" Adli tolak bahu Kamelia.
Kamelia terus lepaskan baju Adli.
Eleena dan Nizam pandang saja gelagat Kamelia dan Adli.
"Sorry, Eleena," Kamelia mohon maaf, kerana takut mengganggu jiran Eleena.
"Jom kita semua keluar makan kat kedai ayah Adli?" Eleena cuba menenangkan semua pihak dari kemarahan volkanik Kamelia.
--
Lagu Mr. Brightside berkumandang dalam kereta, tetapi hanya Nizam dan Eleena yang menyanyi. Kamelia diam memeluk tubuh, sementara Adli terus memandu kereta. Agak dingin bila mengetahui kes buku lukisannya diambil orang. Lepas tu kotor kena sos keropok lekor.
"Kau marah aku ke, Kam?" tanya Adli.
Kamelia hanya berdiam diri. Dia tahu dia tak patut salahkan Adli.
"Takpelah, aku dari dulu orang kata aku budak jahat, aku dah biasa dah," kata Adli.
"Kam, awak okay?" tanya Eleena.
Kamelia hanya mengangguk. Dia marah buku lukisannya diambil Radhi, tapi dia lepaskannya pada Adli.
Adli cuma beritahu je, bukan salah dia pun.
"Aku minta maaf sebab marah kau, Adli," kata Kamelia selepas berfikir panjang.
"Aku teringat Wan dalam Rokok Nan Sebatang, member akan maafkan member, walaupun dia tak minta maaf," kata Adli.
"Wan? Haha, dia tu selenge je dulu! Dia dulu usha budak kelas aku nama Sofia, lepas tu macam creepy.." kata Kamelia.
"Kau salah orang ni, Kam. Nama awek dia, Puspa. Mana ada Sofia," Adli mencelah.
"Kau tak baca Lelaki Eksistensial ni, Adli. Dia buku trilogi. Ala, macam Cheras Perdana jugak," kata Nizam sambil main game Zombie Age 3. Dah terpengaruh dengan Alim Kasut. Tapi masih noob.
--
Kereta tiba di depan warung ayah Adli. Eleena tarik Adli ke tepi.
"Adli, boleh saya tanya sesuatu?" tanya Eleena.
Adli pandang pelik. Tak pernah Eleena nak tanya soalan belakang Nizam.
Eleena pandang kuali char kuey teow di warung Adli.
"Boleh ajar saya masak char kuey teow?" tanya Eleena.
"Huh?"
"Bolehlah, please?" Eleena merayu menyusun tangan.
Nizam dan Kamelia pandang pelik. Tiba-tiba Adli bawa Eleena ke tempat masak char kuey teow.
Adli bersihkan sisa-sisa dan kerak-kerak bekas char kuey teow. Dia buka api, dan menyerahkan sudip dan senduk ke tangan Eleena.
"Panaskan minyak," kata Adli.
Eleena panaskan minyak.
"Awak, awak buat apa tu?" tanya Kamelia.
"Belajar masak char kuey teow," kata Eleena.
"Goreng udang dulu."
Eleena letak lima ekor.
"Banyak tu, letak tiga ekor."
"Saya nak masak untuk semua?"
"Nanti saya explain," Adli keluarkan dua ekor udang dari kuali.
"Lepas tu letak kerang."
Eleena capai sudu dan ambil beberapa ekor kerang yang dah dikopek.
"Letak sos char kuey teow tu," Adli memberi arahan. Tangan Eleena macam mencapai sos dengan banyak.
"Jangan, jangan! Kena masak satu-satu, tak boleh masak sekali banyak," kata Adli.
"Tak boleh masak sekali banyak?" Eleena bertanya.
"Rahsia dia, permukaan kuali ni kena sebarkan haba dengan rata. Eleena kidal ke kanan?"
"Kanan."
"Pakai sarung tangan ni sebelah kiri, pegang telinga kuali ni untuk meratakan haba dari api ke kuali, macam ni tekniknya," Adli menunjuk demo.
"Saya masak satu, awak tengok, ok?" Adli menyambung terus memasak.
"OK, ambik dua biji telur," Adli tunjuk ke arah telur yang direndam.
Eleena ambil telur yang direndam dan beri pada Adli.
"Gaul telur dan sos rata macam ni, pentingnya rata haba ni, supaya telur ni tak kering cepat, baru ambik kuey teow ni," Adli capai kuey teow dari plastik.
"Agak-agak, segenggam."
Mata Eleena memerhati tajam ke gerak laku Adli memasak char kuey teow.
"Lepas ni, baru taugeh, lepas tu, baru kuchai," Adli capai taugeh dalam baldi kecil warna merah.
"Yang penting, pergelangan tangan ni, kena kawal kuali, baru boleh sebarkan haba kat kuali, rata," Adli terus menyambung masak.
"Bak pinggan," kata Adli sambil mencapai pinggan merah pada sebelah kirinya.
"Nak cuba?" tanya Eleena. Kali ini Eleena mengikut apa yang ditunjukkan oleh Adli, dengan ketepatan yang sama.
"Wow, terror gila!" Adli terkejut lihat Eleena terus boleh tangkap cara memasak Adli.
"Saya ada eidetic memory," kata Eleena.
"Apa tu?"
"Saya boleh belajar dengan hanya memerhati. Sebab tu saya boleh kalahkan ayah awak main dam," Eleena terus capai telur dan gaul bersama-sama udang, kerang dan sos char kuey teow.
Adli kagum dengan kebolehan Eleena. Dan apabila Eleena capai garam, Adli tutup mulut.
"Aiseh! Aku lupa letak garam," Adli berbisik sendiri. Adli capai pinggan merah tadi.
"Jangan," kata Eleena.
"Tapi ni takde garam?" Adli bertanya kembali.
"Margera Kam," Eleena senyum sambil tunjuk gigi taringnya.
Adli tersengih. Dia pandang Kamelia dan Nizam yang sedang menunggu mereka masak.
"Aku buat air," kata Adli.
--
Mereka berempat makan char kuey teow bersama. Muka Kamelia berubah bila makan char kuey teow.
"Kenapa, awak?" tanya Eleena.
"Char kuey teow ni..."
Kamelia berbisik pada Eleena.
"Saya punya char kuey teow, tawar. Cuba rasa awak punya?" Kamelia capai garfu dan makan char kuey teow Eleena.
"Asal?" tiba-tiba Adli tegur.
"Takde apa," Kamelia kembali makan char kuey teownya.
"Ermm, sedap," Kamelia terus tunduk makan char kuey teow. Dia rasa Adli yang masak dia punya.
Nizam pandang Kamelia, dan pandang Adli.
"Korang ni....sesuatu eh?" Nizam cuba mencungkil.
"Kenapa awak cakap macam tu, cinta?" tanya Eleena.
Nizam minum nescafe ais untuk membilas rasa char kuey teow dalam tekaknya, kemudian hirup sedikit ais kosong di tepi.
"Kam, saya test jap kuey teow anda," Nizam capai garfu dan makan char kuey teow Kamelia. Kamelia jeling tepat, mukanya merah padam.
"Tawaq! Hang masak tawaq, Adli!" kata Nizam.
"Your opinion is invalid because you suka masin," kata Adli, tenang, sambil light rokok.
"Takpe, sedap," Kamelia pandang Adli, senyum, kemudian tunduk.
--
Eleena dan Nizam duduk berdua, melihat bintang dari luar rumah. Mereka berdua berbaring di court basketball tempat Edry main.
"Cinta, macam mana awak tau yang Kam punya Adli masak?" Eleena tiba-tiba teruja bertanya pada Nizam.
Nizam senyum.
"Awak ambil pinggan pink, Adli ambil pinggan merah."
Eleena terus bangun.
"Wah, cekapnya awak."
"Dan masa masak tu, saya perhati je Adli masak. Dia lupa letak garam. Lepas tu dia cuba nak buang char kuey teow tu kan?" kata Nizam.
"Lagi?"
"Lepas tu awak senyum kat Adli nampak taring gigi awak," Nizam senyum.
"Apa maksudnya tu?" kata Eleena.
"Awak margerakan Kam."
Eleena gelak tutup mulut.
"Nampaknya pemerhatian awak makin tajam," kata Eleena sambil meletakkan mukanya ke ketiak Nizam.
"Saya kagum dengan kebolehan memerhati awak yang semakin baik tu," Eleena berbisik pada Nizam.
"Awak yang ajar saya, kan?"
Tiba-tiba Eleena bangun dan pandang Nizam.
"Awak tak rasa ralat ke, kalau Adli dengan Kam?" tanya Eleena, yang suka memberi soalan mengejut macam ni.
Darah Nizam berderau tanda panik. Soalan jenis apa macam ni. Buat Nizam macam berhati-hati nak menjawab.
"Adli tu dia tak suka bercinta lah, walaupun ramai kata dia gay la, aseksual lah, tapi dia dah macam serik," kata Nizam.
"Serik?" Eleena cuba nak memahami cerita Nizam tentang Adli.
"Dulu, dia ada crush, dengan seorang yang tua setahun dari batch kita," kata Nizam.
"Secara teknikal, dua tahun lebih tua dari saya," kata Eleena.
"Nama dia Johanna. Awek Cina. Kristian. Katholik. Tapi keluarga dia je lah. Dia, agnostik. Budak punk."
Eleena terkebil-kebil.
"Dulu Adli ni ada seorang kawan budak punk, nama dia Syahir Penyu."
"Kenapa nama dia penyu?"
"Orang Terengganu. Member-member buat bahan. Syahir Penyu kawan Adli yang Adli respek sangat, kawan Alif Zakwan dengan Zaidi jugak."
Eleena teringat kawan-kawan wrestling Adli semasa mereka semua berwrestling di bengkel kemahiran hidup.
"Pendek cerita, Syahir pangkah Adli. Sailang. Potong line member. Masa tu, dia protes, dia bakar leather jacket dia yang penuh dengan patches, buttons, spike tu semua."
"Tapi Adli masih suka dengar lagu punk?" kata Eleena.
"You cannot take away punk from a punk rocker lah, cinta."
"Tapi kenapa dia bakar leather jacket tu?" tanya Eleena.
"Sebab, dia buat leather jacket tu untuk impress Johanna. Lepas kejadian tu, dia rasa diri dia fake. Dia nak buktikan bahawa dia punk by attitude, not by clothes. Sebab tu sekarang, dia dengar je semua lagu. Well, kecuali Aiman Tino la.." kata Nizam.
"Khai Bahar.."
"Ya, Khai Bahar pun."
"Ayda Jebat.."
"Eh, tu dia punya guilty pleasure lah. Senyap-senyap dia buka lagu Pencuri Hati dia tu," kata Nizam, senyum.
"Serius?"
"Awak tak kenal Adli Margera lagi, his soft side," kata Nizam.
Eleena senyum.
"Nami Cob Nobbler patut tulis kisah dia pulak. Asyik kita je," kata Eleena sambil capai balang butterscotch cookies.
"Ye lah, asyik kita je, penatlah, Nami," Nizam capai butterscotch cookies.
Mereka makan Butterscotch Cookies Extra Virgin, dan berbaring di court basketball laman rumah sampai azan subuh.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top