8 - Adli Kantoi Barang
Adli bawa kereta sambil bukak lagu Limp Bizkit - Livin It Up sekuat yang boleh. Dia beli kaset Chocolate Starfish and the Hot Dog Flavored Water kat bundle Balakong. Disebabkan kereta Wira ayah dia kereta jenis lama, dia selamba je pasang. Satu kaset harga dua ringgit.
Dia balik rumah je, ayahnya merenung tepat ke wajahnya. Muka yang tak berapa nak best.
Adli cuba tenang. Nak kata dapat surat gantung sekolah, dia dah habis sekolah.
"Abah jumpa ni kat dalam laci hang," kata ayah Adli pada dia. Sekeping herba hijau dalam paket plastik.
"Hang duduk, aku nak cakap," nada suara ayah Adli agak serius.
Adli diam, tanpa cakap apa.
"Ni barang siapa?"
"Adli, bah."
"Mana hang dapat?"
"Adli beli bah."
"Mana?"
"Kawan."
"Kawan yang mana?"
"Dia orang Indonesia. Kawan Adli kat pasar."
Ayah Adli bakar rokok daun.
"Adli, abah tak marah hang nak layan benda-benda ni. Abah masa umoq hang abah pun ambik benda ni, ketum semua. Tapi aku tak tunjuk kat mak aku. Hang tau tak, kalau mak hang jumpa ni, mak hang bising?"
"Maafkan Adli, bah."
"Ni, sejak hang ada lesen kereta ni, bukan main ligat hang keluaq sana sini. Aku bagi hang buat lesen pasai nak suruh hang pergi pasaq. Kalau hang lambat macam tadi, pukui berapa aku nak bukak kedai?" ayah Adli tidak meninggikan suara, sebaliknya bercakap heart-to-heart dengan Adli.
"Adli minta maaf, bah."
"Jangan bagi mak hang nampak, dan lagi satu, aku habaq hang balik pukul 5, hang sampai la rumah sebelum pukul 5. Berdisiplin lah sikit. Hang juga kata hang nak tolong aku berniaga," ayah Adli tenyeh daun rokok pada tempat abu rokok.
"Yang ni, hang nak hisap, hang pandai-pandai. Hang kena tangkap, tak kuasa aku nak jamin hang. Hang faham?"
"Faham, bah."
"Simpan. Jangan dok tayang kat orang. Benda tu bagus, tapi masih dalam Akta lagi. Hang sangkut masa driving nanti, aku jugak susah," kata ayah Adli sambil membetulkan kain pelekatnya lalu masuk ke bilik tidurnya.
Adli bohong. Sebenarnya Adli selalu beli 'barang' dari tiga sumber. Sumber pertama dari Dam Ganjaran, dia sekarang dah jadi pusher. Tapi kimak dia ni suka 'tax' 'barang'. Beli dengan dia barang sikit, mahal. Terpaksa je kadang-kadang kalau beli, jaga hati.
Sumber kedua ialah Wak Ramlan. Kod Adli dengan Wak Ramlan untuk beli barang ialah dia mereka ada dialog "boleh pergi jauh tak?"
Dengan Wak Ramlan, standard. Barang baik, tapi kadang-kadang nasib tak baik, tak ada. Kerap putus. Cable tak berapa nak kuat sangat.
Tiba-tiba Whatsapp masuk.
Eleena: Adli, esok awak free?
Adli: rs mcm ssh je nk kuar pasni. td bru kn mrh dgn abh td.
Eleena: Kenapa?
Adli: brg wak ramlan. Kantoi.
Eleena: 😢
Eleena: Kalau di rumah, makan saya punya.
Adli: butterscotch terbaek!!!
Adli buka balang yang menyimpan biskut butterscotch yang dibeli dari Eleena, beli kerana support business member. Dia makan satu, kemudian dia baring.
"Bahaya doh kalau jumpa barang," kata Adli. Dia dengar ayah dia bukak lagu Sweet Charity - Kamelia dekat dapur.
"Haha, kacau setan tu jap lah!" kata Adli sambil tekan app Whatsapp.
Adli: woi kam. aku ad gmbr bogel nizam. mesti ko stim. hahaha
Kamelia: kimak anjing.
Adli: hahaha weh. apa citer, ada penemuan baru?
Kamelia: tadi eleena msg aku. dia tanya pasal tape wrestling. aku memang ada jumpa macam-macam. tape wrestling royal rumble ke apa.
Adli: hah? tape wrestling? si arman gila sek tu ke?
Kamelia: hahaha tak baik lah kau ni, li. org tu pun dah mati. td aku msg dgn eleena. dia nak pegi rumah no 6 tu.
Adli: cik osman dia xde ke?
Kamelia: asal doh?
Adli: aku rs aku ssh skit nk kuar pasni kot.
Kamelia: cik osman dia tu ada urusan. weh, xde ko, payah beb. ko gateway.
Adli: tu la, apa-apahal kalau bahaya, aku ada kereta. senang nak chow. lgpun mesti cik osman xkn benarkan eleena buat benda ni. bahaya.
Kamelia: tu la aku dah cakap dgn dia. tp eleena ni jenis adventurous. kadang2 aku pun takut dgn dia ni. tp aku memang nak merungkai misteri ni.
Adli: weh
Kamelia: apa
Adli: benda ni jgn kecoh kat group whatsapp tau
Kamelia: apa dia
Adli: aku bgtau kau sorang je ni. Jgn bgtau sesiapa especially nizam.
Kamelia: apahal weh?
Adli: td aku nampak ayah nizam dgn perempuan lain.
Kamelia: entah-entah saudara ke, adik dia ke
Adli: peluk-peluk lepas tu check in
Kamelia: hmm
Adli: nizam tu fragile orangnya. dulu masa kecik dia kena jadi mangsa penculikan. aku, ail dgn rafi je la kawan rapat dia.
Kamelia: aku rs bersalah la kalau x bgtau nizam.
Adli: nanti dia ranap, macam mana? kau fikir la jugak eleena. kata kawan baik.
Kamelia: ye lah.
Adli: woi
Kamelia: apa
Adli: yuran gitar bila nak bayar? cepat, panjat bukit tepi highway! hormat dgn sofu
Kamelia: apa sofu?
Adli: *sifu
Adli: typo
Kamelia: mengeja pun tak reti ada hati nak panggil diri sifu
Adli: cibai ilmu tak berkat
Kamelia: dah la, aku nak tido
Adli: nak msg nizam la tu
Adli: 😍😍😍
Kamelia bagi gif orang bagi jari tengah.
Adli: amboi bg gif, mrh nmpk?
Kamelia: bye, fin
Adli: kam zam kam zam kam zam kam zam kam zam kam zam
Kamelia: diammah bugoh
Adli: apa bugoh?
Kamelia: buroh
Adli: buroh nelayan dan juga petani
Kamelia: butoh butoh butoh!
Adli: hahaha ok chow
Adli gelak-gelak melupakan masalah keluarga tadi dengan bergurau dengan Kamelia. Adli suka kacau Kamelia kalau dia tertekan atau ada masalah. Sebab Kamelia ni sporting. Lagipun bapak dia supplier utama dia.
Adli dengan Kamelia ni macam kawan baik yang rapat sangat. Walaupun Kamelia ni crush dengan Nizam, tapi Kamelia sangat rapat dengan Adli. Mula-mula dulu Kamelia cukup benci dengan Adli. Mat kentut dia panggil.
Cuma dia fikir, sejauh mana persahabatan ni boleh pergi. Sampai ke tua ke? Bagi Adli, sahabat adalah segalanya. Adli dah berkawan dengan Nizam sejak kecik lagi. Dengan Ail dan Rafi lagi lama. Cumanya, bila Rafi asyik kejar awek dan Ail dah study kat UiTM Pulau Pinang, Nizam, Eleena dan Kamelia ni je lah kawan rapatnya.
Dan sebab tu dia, seperti Eleena, inginkan adventure ini. Mencari misteri di sebalik rumah kosong yang dibiarkan di depan padang Suasana, Bandar Tun Hussein Onn.
Misteri rumah nombor enam memang perlu dirungkaikan, memandangkan rumah itu dah jadi angker sejak pertengahan 1990an lagi!
Cuma bila dia dah ada lesen kereta ni, dia kena pergi pasar, tolong ayahnya beli barang niaga. Memanglah ayahnya bayar gaji, tapi dia fikir ini tanggungjawab dia untuk buat kerja ni semua. Tolong keluarga. Kalau tak, keluarga ni nak makan apa.
Bapak Adli ok sikit. Marah-marah dia pun, dia slow talk. Mak Adli suka main emosi. Sikit-sikit merajuk. Sikit-sikit boikot tak nak masak.
Sebab tu Adli survive kat luar. Dia banyak melepak kat rumah sebab bosan duduk rumah. Kalau duduk rumah pun main game, atau tidur.
Adli excited dengan mencari misteri ni sebab seperti Eleena, dia pun mencari adventure yang baru. Dah bosan sebenarnya dajal Ustaz Hanafi ni.
Bak kata lirik lagu Nirvana Smells Like Teen Spirit, "our little group will always been and always will until the end."
Adli percaya pada setiakawan. Dan dia tahu Eleena perlukan dia, sebab misi ini memerlukan orang yang boleh drive macam dia.
Nizam dia apa tau? Muzik je lah.
Eleena jadi admin group Whatsapp "Rumah No. 6". Eleena bagi house rules, jangan chat benda merepek dan jangan hantar gambar mengarut, atau amaran keras, dan dia akan left group. Jadi dalam group Whatsapp tu tersusun dan berguna dengan function yang beretika.
Adli faham. Dia pun menyampah group Whatsapp kelas dia. Merapu je memanjang. Bodoh, nak merapu pergi private chat lah!
Adli baca update baru group Whatsapp Rumah No. 6 dari Eleena. Nampaknya Edry sebagai pembantu researcher juga masuk, sebagai penasihat hal-hal teknikal dan IT support.
"Power Edry, power!" kata Adli.
Eleena juga mengupdate perkembangan terbaru: ada tiga nama dalam surat-surat terbabit, iaitu Julia binti Hashim, Maria binti Arshad dan Diana binti Roslan.
Eleena kata esok semua jumpa di warung char kuey teow Adli. Adli bersetuju kerana memudahkan dia yang bekerja di situ.
Ada perbincangan yang harus dibincangkan mengenai beberapa penemuan baru bukti-bukti dari siasatan Eleena dan Edry.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top