22 - The Jackalls feat. Kamelia

Kamelia menunggu Adli di pasar borong Taman Suntex sambil menghurung satu karung besar. Kamelia pakai sweater hitam Vans sambil pakai bandana untuk tutup hidung.

"Mana pulak cibai ni?" Kamelia tengok jam. Dah pukul 1 pagi.

Sebentar lagi kereta Wira warna putih lalu dan berhenti depan Kamelia.

"Woi, bukak bonet, cepat!" kata Kamelia. Adli buka bonet mengikut kata Kamelia. Kamelia simpan karung itu dalam bonet.
"Hish, Kam. Patutlah Nizam tak nak kau, busuk gila bau ni, macam mayat, kau tau?" kata Adli menutup hidung.

"Memang la, aku kutip 100 ekor lebih bangkai tikus kat pasar tadi," Kamelia mengelap peluh di dahi.

"Puki ayam la! Tu bonet aku mau kena cuci, sial, kau nak buat apa sampai 100 ekor lebih bangkai tikus?"

"Aku jumpa. Entah, MPKj buat operasi bunuh tikus kat pasar, berlambak-lambak aku jumpa," Kamelia light rokok. Adli tepis.

"Jangan, kau tu baru je keluar hospital," kata Adli.

"Sayang jugak kau dengan aku, Li?" kata Kamelia, terharu.

"Aku mana sayang kau. Kau bau busuk macam bangkai tikus. Dah la masak sayur takde garam," Adli gelak.

"Bodoh, aku lupa letak la masa tu," Kamelia garu-garu kepala.

"Tapi Nizam boleh rilek la je kata sedap. Walhal dia hantu masin. Nampak sangat dia jaga hati kau. Kau tau, dia satu-satunya manusia yang aku tau yang makan ikan masin macam snek, nasib baik dah couple dengan Eleena ni dah kena control. Kalau kau couple dengan dia, kau control dia tak?" tanya Adli.

Kamelia dah tahan malu dah mendengar soalan Adli.

"Dia takkan nak aku la. Dia dah ada Eleena, perfect dah," Kamelia mula down.

"Meh aku dedicatekan kau satu lagu untuk mengubat dukalara kau, Kam," Adli buka peti kasetnya.

"Tolong la jangan Limp Bizkit kau tu," kata Kamelia.

"Jap, kau sabar je. Mana pulak aku bubuh kaset ni, haaa! Kau dengar ni," kata Adli sambil cari tape.

"Weh, babi, kau drive la! Biar aku carikan! Aku tak nak mati accident dengan kau dan 100 bangkai tikus!" kata Kamelia.

Kamelia jumpa kaset No Doubt - Tragic Kingdom. Dia terus bukak. Lagu Spiderwebs.

"Kau suka No Doubt ya?" kata Adli.

"Mestilah," kata Kamelia.

"Cibai la, mana aku nak basuh kereta abah aku ni. Bau bangkai tikus ketara kat bonet tu," kata Adli.

"Kita nak pergi mana ni?"

"Kutip dua malaon tu la, apa lagi. Dorang tengah tunggu aku kat Shell Taman Mesra," Adli terus bagi signal masuk jalan ke Sungai Sekamat.

Adli dan Kamelia tiba dengan Ziel-O dan Alim Kasut sedang menunggu di Shell Taman Mesra.

"Pukitiang, bau apa ni?" kata Ziel-O sebaik sahaja masuk dalam kereta.

"100 lebih ekor bangkai tikus," Kamelia membalas.

"Nakharam. Kau ni psiko la, Kam," Ziel-O menggelengkan kepala. Alim pula menahan sakit perut.

"Kau pahal pulak, Lim?"

"Aku makan kari basi, telur rebus sepuluh biji, dan serbuk megi tomyam lima peket," kata Alim Kasut.

"Kau gila ke apa?" Adli menggeleng kepala.

"Aku nak cirit kat cermin kereta dia, dengan seat kereta dia," Alim terus menahan sakit perut.

"Kau cirit kat kereta aku, aku jontos dahi jendul kau sampai jadi flowerhorn. Sial betul lah korang semua!" Adli mula mengaruk saat masuk ke highway di Bukit Dukong.

Bila masuk Balakong, Adli dah pening. Terlalu banyak bumper buatan sendiri yang menggegarkan perut Alim yang sedang bergolak.

"Woi, slow sikit Li, lalu bumper tu," Alim meminta pemanduan Adli untuk sedikit berhemah.

"Kau sabar la, mana aku tau manusia Balakong ni kerja buat bumper takde tauliah ni, lepas dari tokong tu dah nak sampai dah," Adli terus masuk simpang ke Cheras Perdana.

Mereka berdua berhenti di selang tiga rumah dari rumah Nizam. Mereka tengok kereta ayah Nizam iaitu Toyota Unser sedang tenang parking di dalam rumah Nizam.

"Kimak la bapak dia parking dalam, macam mana ni?" kata Kamelia.

"Come on la, ni The Jackalls lah. Kau rilek je, yang penting kau jangan banyak bunyi. Woi mat sakit perut, kau lek jap, aku panjat rumah si Nizam ni," kata Adli.
"Nizam mana? Kau tak boleh suruh dia bukak gate ke?" tanya Ziel-O.

"Nizaleena tengah date la, tak nak la dilihat ada kaitan dengan ni, kau rilek je, kau tengok apa aku buat," kata Adli.

Kamelia keluarkan karung yang berisi bangkai tikus tadi dari kereta.

"Cibai, ni la benda paling busuk yang pernah aku bau," kata Ziel-O mengomel.

"Shh!" Adli letak jari pada bibirnya, kemudian panjat gate rumah Nizam. Dia tengok keliling, takut-takut ayah Nizam masih belum tidur.

Adli buka mangga dengan menggunakan skilnya dengan hanya menggunakan besi hanger. Perlahan-lahan, dia buka selak gate rumah Nizam.

"Go, go, go!" bisik Adli sambil Alim terus buka seluar dan boxernya sambil naik bonet depan kereta ayah Nizam, dan mencangkung dengan menghalakan bontotnya ke arah cermin kereta Nizam.

Bunyi preetttt dan proottt dari bontot Alim cukup menyenakkan hidung Kamelia. Adli sedang buka pintu kereta ayah Nizam dengan dawai, sementara Ziel-O membawa satu plastik beg perut ikan yang bau dia boleh tahan sial.

"Dah bukak," kata Adli, yang sememangnya pakar buka pintu kereta tanpa berbunyi alarm sekalipun.

Alim terus mencangkung di seat driver ayah Nizam dan mencirit lagi.

"Kimak punya Alim. Lain kali aku panggil kau Alim Cirit, cibai, cepat, pakai seluar, sial!" kata Ziel-O yang dah menyampah dengan benda gila dari Alim.

Kamelia sibuk melemparkan semua bangkai tikus dalam kereta bapa Nizam.

"Enam puluh, enam puluh satu, enam puluh dua..."

"Sshhh, Kam. Kira slow sikit," kata Adli yang sedang membocorkan tayar kereta ayah Nizam dengan pisau Rambonya.

"Jap lagi aku bukak steering kereta ayah dia, hish, sialnya bau ni," Kamelia mula rasa mual dan nak termuntah.

Adli cucuk-cucuk dan koyakkan seat kereta ayah Nizam dengan pisau Rambonya, sementara Ziel-O mencampakkan isi perut ikan ke seat kereta belakang kereta ayah Nizam.

"Semuanya 127 ekor bangkai tikus," kata Kamelia, yang terus ke tempat driver untuk buka steering kereta.

"Shit, busuknya tahi cirit Alim."

Kamelia terpaksa mengawal gag disordernya sambil membuka steering kereta. Dalam masa 10 minit dia terpaksa menahan seksa untuk mencabut steering sambil menahan bau busuk dari cirit si Alim.

"Woi Alim, sudah-sudahlah cirit tu, teruk sial kau ni," kata Ziel-O.

Alim baru selesai cirit.

"Jap, nak cebok kat mana?"

"Tu lah, masa nak buat, tak nak fikir, bodoh," Ziel-O mengetuk kepala Alim.

"Aku tiru orang Rusia la ni," kata Alim Kasut.

"Nah, tisu," Kamelia hulur sebungkus tisu dari begnya.

"Cibai, kena beristinjak cara Rusia jugak," kata Alim yang terus ke luar rumah untuk beristinjak.

"Geli sial kimak ni," kata Ziel-O.

"Shh!" Adli memberi arahan supaya senyap.

Adli tulis satu nota.

"Kalau nak selamat, tinggalkan Dania. - Balak Dania No. 4".

"Ok, semua, chow chow chow," Adli dan krew semua meninggalkan kereta ayah Nizam dengan cirit Alim, perut ikan, dan 127 ekor bangkai tikus.

Kamelia ambil gambar dan hantarkan pada group Whatsapp.

Mereka semua naik kereta dan menuju ke sebuah tempat cuci kereta di Kajang.

"Alim pergi mana?" tanya Adli.

"Cebok dengan air. Dia ni nama je swag macam Kingsman, tapi masih Melayu totok," kata Ziel-O sambil minum Slurpee.

"Ish, teruk gila kereta ayah Nizam. Ini first time aku terlibat mendajal orang," kata Kamelia.

"Steering kereta abah dia mana?" tanya Adli.

"Ada kat bonet kau," kata Kamelia.

"Busuk gila sial kereta ayah aku, nasib baik ada carwash 24 jam," Adli dah menggaru-garu kepala.

"Kau bayangkan kereta ayah Nizam, macam mana?" Kamelia kunyah puff kaya 7-Eleven.

"Sumpah pecah sial, ini crack gila, kimak!" Adli menggelengkan kepala.

"Aku rasa kau dah cukup Jackall, Kam. Welcome to The Jackalls," Ziel-O menghulurkan salam pada Kamelia.

"Bukan Adli ke leader?" kata Kamelia.

"Aku ni konsultan je, dorang ni yang akan buat kerja," Adli tenang kunyah roti coklat.

"Jadi, kalau macam tu, nama Jackalls aku, Kam Margera!"

Adli tunjuk jari tengah.

"Nama Margera aku dah cop, kau cari lain," kata Adli.

"Tapi Kam Margera lagi dekat dengan Bam Margera apa, dari Adli Margera," kata Kamelia, cuba memujuk Adli.

"Takde takde, lancau. Camtu Zam pun boleh jadi Zam Margera," Adli tegas dalam hal ni.

"Habis tu siapa?"

"Kam Acuna," kata Adli.

"Woi, aku tak pendek macam tu la cibai," Kamelia ketuk kepala Adli.

"Korang ni sweet la," Ziel-O tiba-tiba menegur.

Adli dan Kamelia serentak tunjuk jari tengah.

"Adli, kau takde ke makwe yang kau minat? Aku rasa dalam siri novel ni, kau yang paling ramai peminat," Ziel-O hirup Slurpee sampai habis.

"Ye lah, tapi dalam cerita ni, semua perempuan minat Nizam," Adli buang plastik roti dalam tong sampah, dan pandang Kamelia.

"Aku bukan perempuan ke, Li?" tanya Ziel-O.

"Kau bukan. Kau punya jantina macam tak siap," Adli gelak-gelak. Ziel-O baling cawan plastik Slurpee.

"Weh, lekas la cibai, cebok pun lama ke, bodoh punya Alim," kata Adli cekak pinggang.

"Jap lagi kita jumpa kat Eleena's," kata Kamelia sambil tengok group Whatsapp Rumah No.6.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top