20 - Tak Fun La Kalau Takde Adli Margera!
Ziel-O conteng graffiti "It's My Job To Keep Punk Rock Elite" ketika Alim Kasut sedang melanguk minum air kotak sambil berehat dari main skate.
"Pukul berapa Adli nak sampai," tanya Ziel-O.
"Pukul 4 petang waktu Melayu," jawab Alim Kasut. Walaupun dia sudah swag kerana dah pandai pakai pomade, serta dah tak bau kasut basah lagi, dia tetap dipanggil Alim Kasut walaupun dia memanggil dirinya Alim Knoxville.
"Sembang orang, hari tu, kalau nak jadi The Jackalls, kena berdisiplin. Butoh."
"Kejap lagi sampailah si jin afrit syaitonirojim tu," kata Alim sambil sambung main skate. Sempat juga dua tiga kali dia buat ollie dengan Japan Air. Buat kickflip mamat ni tutup sebelah mata je.
Kereta Wira tiba. Geng berlima turun.
"Kita nak jumpa siapa ni, Li?" tanya Nizam.
"Kalau kau nak tau, this is ma clan! Kalau kau nak tau, kamilah yang bertanggungjawab meruntuhkan ego Cikgu Hafifi Sado," kata Adli sambil pakai Ray-Ban Aviatornya.
"What's up Ziel-O, what's up Alim, kau apasal pakai pomade macam budak hipster? Kimak tol lah! Aku jangka kau kacak macam Julian Casablancas! Sekali kau contohi Fattah Amin, buat apa sial!" kata Adli sambil fistbump kedua-dua partnernya.
"Korang, ni Nizam, Kam, Eleena. Atau kalau kau kaki layan SoundCloud, band Paddle Pop Pelangi, yang lagi sorang ni, adik Eleena, Edry. Korang, ini Ziel-O, dan ini Alim Kasut," tambah Adli lagi, sambil memperkenalkan kawan-kawannya.
"Knoxville la, Margera," kata Alim Kasut.
"Sorry, nama kasut melekat," Adli balas balik.
"Jap, kau ke yang si Shasha Lavigne gila-gilakan tu, budak kelas aku tu," kata Ziel-O pada Nizam. Nizam blur, Eleena berbisik pada Nizam.
"Ala, yang minta autograf awak dulu tu, peminat awak tu," Eleena tersipu-sipu.
"Sekarang dia Shasha Halsey la," kata Alim Kasut.
"Mana kau tau?"
"Sebab sekarang dia target aku pulak," kata Alim Kasut sambung main skate.
"Kau date dengan dia ke, Alim?" tanya Ziel-O.
"Kenapa, kau jealous ke?" jawab Alim Kasut, selamba.
Ziel-O ambil gambar jari tengahnya dan hantar ke Whatsapp Alim.
"Jap, ada mesej la pulak," Alim berhenti main skate.
"Apahal bagi jari fuck?" tanya Alim.
"Tu la jawapan aku untuk kau bila kau tanya aku jealous ke tak," kata Ziel-O.
"Woi, Alim, berhenti jap main skate. Aku ada taklimat ni. Kita ada misi," kata Adli selaku ketua kumpulan The Jackalls.
Kedua-dua mencangkung depan Adli.
"Korang dua orang ke yang bakar tong sampah belakang kantin sampai tiga hari bau busuk kat sekolah tu," tanya Kamelia.
"Yaaassss!" Alim fistbump Adli dan Ziel-O.
Kamelia mengangguk kepala. Jadi inilah dia The Jackalls yang digeruni budak sekolah.
"Aku nak korang semua dajal kereta bapak Nizam, mamat spek mata ni," kata Adli.
"Apahal beb? Dajal kereta bapak sendiri ni?" kata Alim pada Nizam.
"Kami tak nak nasib ayah Nizam jadi macam ni di malam Jumaat," Eleena tunjuk gambar mayat bergelimpangan di sebuah bukit yang diambil Edry tempoh hari.
Ziel-O dan Alim Kasut tercengang.
"Huish, angker gila benda ni. Takde kepala," Ziel-O tercengang.
"Kote pun takde, lemak pun kena siat, fuck! Aku mimpi ngeri macam ni," Alim Kasut terus mengalih pandangannya dari skrin telefon Eleena.
"Aku ambik gambar tu dari sebuah kampung di tepi bukit dekat kawasan Langat sana. Masa tu aku dengan kawan aku tengah main drone kat sana," tambah Edry.
"Kami syak benda ini ada kaitan dengan kes mayat tanpa kepala dan kemaluan di Cheras sekitar 90an," Eleena menambah lagi.
"Woi, tu cerita lama tu, aku pun belum lahir lagi, tapi aku pernah dengar orang tua-tua cerita," kata Alim Kasut.
"Siapa buat benda ni?" tanya Ziel-O.
"Kitorang tak cukup bukti, tapi kitorang syak ini semua kerja Datuk Maz," Kamelia menambah.
"Aku bukannya suka korang dajal kereta ayah aku, aku cuma tak nak ayah aku jadi ubat jerawat je," kata Nizam.
"Kau nak dajal ayah kau tahap mana ni?" tanya Ziel-O.
"Kategori 3 je lah," kata Adli, memberi arahan.
"Hmm, kau nak aku letupkan semua tayar dia ke?" tanya Alim.
"Atau rosakkan enjin kereta dia?" tanya Ziel-O.
"Weh, korang! Aku nak join The Jackalls!" Kamelia mencelah.
"Sorry, but we are exclusive. Kalau kakak nak join scene dajal, join je, tapi The Jackalls kena beberapa siri pendajalan," kata Alim Kasut.
"Kira macam Kamelia and The Jackalls la?" kata Kamelia.
"Featuring je. The Jackals feat. Kamelia. Yang tu ok," kata Ziel-O.
"Hanya bila kebolehan kakak dah dibuktikan, baru kakak akan diterima masuk dalam The Jackalls. Apa kakak boleh buat?" tanya Alim Kasut.
"Aku tau kimpal, tau repair sikit-sikit," kata Kamelia.
"Itu power, tapi apa benda dajal kakak reti buat? Kita nak mendajal ni mesti meninggalkan impak yang kuat pada yang kena dajal," Ziel-O menambah.
"Weh, Li. Budak-budak kau ni power sangat ke? Kau kan kawan aku Li?" Kamelia pandang Adli.
"Kitorang tak main nepotisme ni. Kitorang accept kau kalau kau boleh buat je. Sekarang, apa akal jahat kau untuk dajal kereta ayah Nizam?" tanya Adli.
"Letak tahi kucing kat seat kereta?"
"Lame," kata Adli.
"Tu aku dah buat masa muda," Ziel-O menambah.
"Aaaaa, bakar enjin kereta?" kata Kamelia.
"Tu kategori 5. Kategori 5 ni kita buat level jahanam sampai tak boleh repair," kata Alim Kasut.
"Kreatif sikit, Kam. Nak join benda ni kena kreatif," Adli memeluk tubuh.
"Pecahkan cermin kereta?"
"Tak cukup impak indeks Jackass dia."
"Rosakkan seat kereta?" Kamelia terus meneka.
"Apa yang teruknya?" kata Adli.
"Err, rosakkan brek kereta dia?" kata Kamelia.
"Mati karang ayah saya, Kam," Nizam mencelah.
"Cabut empat-empat tayar? Boleh pakai jack kereta ayah aku," Kamelia nampak bersungguh-sungguh.
"OK, tu range kategori 3. Nak tinggal amaran ke?" tanya Ziel-O.
"Aku baru ingat nak letak bangkai tikus kat dashboard dia," kata Alim Kasut.
"Lame, Alim. Benda tu aku dah lama buat. Selain cabut tayar, apa lagi?" kata Adli.
"Kita letak dua puluh bangkai tikus dalam kereta ayah dia?" Kamelia tambah lagi.
"Anda ni memang betul-betul nak jahanamkan kereta ayah saya ni, Kam? Celaka, tak nak aku naik kereta tu lagi kalau macam tu," Nizam membayangkan betapa celakanya bau kereta ayah dia kalau dah macam tu dajal Kamelia.
"Satu tikus tu lame, tapi dua puluh tikus ni, itu creepy sial," Adli menambah.
"Psiko," Edry menambah.
"Takpun tak payah ambik tayar dia, kita dajal dia dengan 20 ekor tikus," kata Adli.
"Isi perut ikan boleh tahan busuk juga, yang tu boleh korek kat pasar," tambah Ziel-O.
"Nak kombo tak?" tanya Alim Kasut.
"Apa dia?" tanya Adli.
"Kau tau tak, kat Rusia, cara mafia bagi amaran ialah berak dekat bonet depan atau cermin depan kereta? Aku tengok kat Youtube," kata Alim Kasut.
"Kau nak berak dekat cermin kereta abah aku?" tanya Nizam.
"Tak, tu cara Rusia. Cara aku ialah melumurkan semua tahi tu kat seat kereta ayah kau," Alim Kasut menambah.
"Aku rasa, aku takkan naik kereta ayah aku lagi," kata Nizam yang dah membayangkan keepikan tu.
"Ni dah macam Kategori 4," kata Adli.
"Jahat jugak kau ni, Alim," Ziel-O mencelah.
"Apasal? Baru sekarang kau nak terpikat dengan aku?" kata Alim Kasut.
Ziel-O tunjuk jari tengah.
"Hasil didikan aku ni," Adli menepuk bahu Alim Kasut dengan perasaan bangga.
"Tapi masih tak boleh lawan kau, bro," kata Alim Kasut memberi hormat.
"Kau adalah pewaris aku yang seterusnya," kata Adli memberi restu pada Alim Kasut.
"Kau kata aku?" Ziel-O mencelah.
"Kau sekali la," Adli light rokok.
"Jadi, kita kena cari bangkai tikus, lepas tu perut isi ikan, lepas tu Alim kena berak kat seat kereta ayah Nizam," kata Kamelia.
"For a start, kakak cari perut isi ikan. Bab tikus ni biar aku tangkap dan bunuh. Bab berak ni kerja kau, Alim," kata Ziel-O.
"Kau buat apa, Margera?" kata Kamelia.
"Kan aku dah cakap, aku ni mentor korang je. Aku hanya memberi khidmat nasihat je," Adli memeluk tubuhnya.
"Boleh saya beri satu cadangan?" kata Eleena.
Semua pandang Eleena yang dari tadi diam tak cakap apa.
"Apa dia?" tanya Adli.
"Siapa antara awak semua yang tahu cabut stereng kereta?" tanya Eleena.
"Kenapa?"
"Sebab semua tu boleh dibasuh. Walaupun tahi awak, Alim. Tapi tanpa stereng kereta, nak bawa kereta macam mana? Tayar tu cabut sekali," kata Eleena.
Semua pandang Eleena dengan satu pandangan yang pelik.
"Apa? Saya cuma beri cadangan?" kata Eleena.
"Saya tau bukak stereng kereta," kata Kamelia.
"Abah, maafkan Zam sebab ada kawan-kawan macam ni, tapi Zam tak nak abah jadi krim pencuci muka," kata Nizam bermonolog sendiri.
"Cantik la korang, bila nak buat ni?" tanya Alim Kasut.
"Malam Khamis, besok pagi Jumaat tu mesti dia jem teruk," kata Adli.
"Cayalah The Jackals!" Edry mencelah.
"Featuring Kamelia Ramlan, ok?" Kamelia hulur fistbump pada semua.
Dalam kereta, Adli buka kaset Limp Bizkit Chocolate Starfish and the Hot Dog Flavored Water, lagu Take A Look Around.
"Dalam novel kali ni, kau tak begitu menyerlah la, Adli. Tak macam dalam novel trilogi," kata Nizam.
"Kali ni kita bagi lah Eleena menyerlah, tapi aku dah cakap dengan Nami Cob Nobbler, part aku last-last. Dia setuju je," kata Adli.
"Ye lah, cuba korang baca novel ni tanpa Adli Margera, mestilah tak best, kan?"
"Nami sendiri cakap dengan aku, 'tak fun la kalau tak ada Adli Margera'," kata Adli sambil disambut hilaian ketawa satu kereta.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top