19 - Eleena Ditawar Jadi Mistress Datuk?
Nizam melepak di warung Adli sepanjang hari ini. Ada juga dia terfikir nak kerja part time. Dia serabut memikirkan hal abahnya yang mabuk perempuan.
"Weh, kau ok ke?" tanya Adli, sambil hulurkan sepinggan char kuey teow pada Nizam.
"Bila masa aku order?" Nizam terkejut.
"Aku belanja la," Adli menepuk bahu.
"Thanks, ma man," Nizam fistbump Adli.
"Kau takde pulak nak belanja kawan-kawan lain?" tanya Nizam.
"Aku ada la belanja Ail, belanja Kam lagi berlambak kali," kata Adli.
"Kau tak minat ke dengan Kam, Li?"
Pertanyaan Nizam tu buat Adli terbarai ketawa sampai terguling.
"Woi, kalau kot ya pun gelak, beriman la sikit, doh," Nizam tegur Adli saat Adli dah terlantar atas jalan terbarai ketawa.
"Sakit perut aku, sial!" Adli bangun dan kembali duduk di kerusi plastik warna merah.
"Apa, Kam tak cantik ke? Okay, apa?" kata Nizam.
"Kau yang suka dia, aku pulak yang kau nak kenenkan!" Adli menjerit ke muka Nizam.
"Aku dah ada Eleena lah, Li."
"Memanglah, tapi..." Adli cangkuk leher Nizam.
"...apa benda yang baik dari ada satu? Ada lebih dari satu lah!" Adli kata pada Nizam.
"Aku tak setuju. Aku tak nak jadi macam abah aku. Abaikan mak aku, abaikan aku," kata Nizam sambil membetulkan kembali topi Zoo Yorknya.
"Kau jangan cakap, nanti kau kahwin dua nanti, kau tau la!" Adli terus bangun dan pergi mengambil order dari orang yang baru tiba di gerainya.
Nizam buka Twitter.
"Ni apa si comradenami merapu ni? Putus barang la ni," komen Nizam sambil tengok Nami Cob Nobbler rant pasal King Coco.
"Eh, what the fuck is this? Benda viral ni?" Nizam meneliti satu tweet yang dah diretweet beberapa ratus retweets.
"Datuk Mazlina nafi bela anak ikan."
Dia melihat gambar pada link Datuk Mazlina.
"Apasal doh? Fattah Amin dapat Nobel Peace Prize ke?" tanya Adli selepas selesai masak char kuey teow.
"Ni," Nizam tunjuk tweet Beautiful Nara.
"Kau follow Beautiful Nara? Apa jadahnya kau ni?"
"Khairul la, retweet. Abang aku, kang aku unfollow, kata putus silaturahim. Aku left group Whatsapp pun kata nak putus silaturahim," kata Nizam mempertahankan dirinya dari tweet yang bukan-bukan macam ni.
Inilah first time Nizam baca tweet Beautiful Nara. Dia klik pada link di Twitter, benda yang jarang dilakukan Nizam sebenarnya.
Datuk Mazlina nafi bela anak ikan
Jutawan kosmetik kecantikan, Datuk Mazlina Nordin, atau dikenali sebagai Datuk Maz, menafikan beliau membela anak ikan bertujuan untuk memuaskan nafsu.
Katanya, ini adalah satu percubaan orang yang mendengkinya sebagai percubaan khianat terhadap Bangsa Melayu yang mahu memajukan bangsa.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya dengan tuduhan saya ada membela anak ikan untuk perbuatan terkutuk itu.
"Ini adalah satu usaha untuk menggagalkan orang Melayu yang mahu majukan bangsa sendiri. Mereka ini pengkhianat bangsa," katanya dalam satu sidang media khas di ibu pejabat syarikatnya di Bandar Mahkota Cheras.
Beliau yang memiliki syarikat Mazlina Beauty Products And Skincare Sdn Bhd, yang mengeluarkan produk-produk seperti MazGebu, MazPutih dan MazManja, mempunyai lima cawangan di seluruh Lembah Kelang serta menaja sebuah rancangan realiti tv berjudul "Rentak Irama" setiap malam Jumaat jam 9 malam.
"Kemain defence mechanism dia ni, terus main Bangsa Melayu, pandai main sentimen," kata Nizam.
"Lepas ni, akan ramai orang back-up dia, sokong dia, and potentially jadi pembeli produk dia. Lepas tu kalau nak dilihat berjaya, taja anugerah, taja realiti tv, taja team bola, untuk dapat publisiti meluas," kata Adli.
Tengah Nizam scroll Twitter, tiba-tiba Edry post sesuatu di group Whatsapp Rumah No. 6.
Gambar mayat-mayat lelaki tanpa kepala dan kemaluan berlambak-lambak dan mereput di sebuah belukar berhampiran port tempat Edry dan kawan baiknya Haiqal main drone sambil ambil gambar.
"What...the...fuck?" kata Nizam.
--
"What...the...fuck?" terpacul mulut Kamelia semasa dia dan Eleena sedang makan sushi di Sakae Sushi.
"Kam, jangan pegang telefon masa makan," kata Eleena.
"Awak kena tengok ni, gambar dari Edry," kata Kamelia.
Kamelia menunjukkan gambar yang dipos oleh Edry di Whatsapp group.
Reaksi Eleena hanya menutup mulutnya yang terlopong.
"Kita habiskan makanan dulu, kemudian kita fikirkan," kata Eleena sambil mula ligat berfikir tentang penemuan terbaru ini.
Hari ini adalah "girl's day out" Kamelia dan Eleena. Hari ini Eleena mahu 'bebas' dari Nizam. Bukan apa, melekat tiap-tiap hari nanti bosan.
Mereka makan sushi kejap sebelum beli barangan makeup dan nak beli baju. Sebenarnya hari ini Eleena memang nak berehat dari berfikir tentang hal Rumah No 6 ini, tetapi gambar terbaru di group Whatsapp itu menyebabkan fikirannya agak terganggu.
Sedang Kamelia membayar bil sushi, Eleena ternampak skandal ayah Nizam sedang bersama lelaki lain, berpeluk-pelukan dan bermesra.
Eleena tidak mengekorinya, tetapi memerhati dari jauh.
"Kenapa ni, Eleena?" tanya Kamelia.
"Mari, kita singgah MAC?" Eleena pimpin tangan Kamelia.
Mereka berdua masuk dan test make up, tetapi mata Eleena memerhatikan dua orang ini. Dia masuk ke dalam MAC sebab Eleena mengira kebarangkalian perempuan itu akan masuk butik MAC berdasarkan perkiraan berapa banyak kedai make up atau kedai baju yang ada di tingkat tersebut.
Lelaki tu duduk luar, tak minat nak masuk kedai make up. Perempuan tu duduk dekat-dekat dengan Eleena.
"Lawa la warna matte gloss yang awak pakai," tegur perempuan tu pada Eleena.
"Terima kasih," jawab Eleena, tenang.
"Dania Radzwil," perempuan itu menghulurkan tangan untuk bersalaman.
"Eleena Mahathir."
"Anak..."
"Tak, bukan."
"Pernah ada orang offer jadi model?" tanya Dania.
Eleena geleng kepala.
"Jadi mistress?"
Eleena gelak, dan geleng kepala.
"Jadi bini Datuk?"
Eleena sekali lagi geleng kepala.
"Sayang, awak ni lawa. Ada boyfriend?"
Eleena angguk kepala.
"Tinggalkan dia je lah. Bukan boleh bagi duit banyak pun. Jadi macam I, kitorang tengah cari orang baru ni," kata Dania.
"Orang apa?" tanya Eleena.
"Duta, duta produk. Sambil tu cari lelaki. Lelaki yang miang dan berduit."
Eleena tunduk sahaja.
"Produk apa tu?" tanya Eleena lagi.
"Pernah dengar MazGebu? MazPutih? MazManja? Mazlina Beauty Products And Skincare?" tanya Dania.
"Rasanya ada kawan jual produk tu, saya kurang pasti."
"Datuk Mazlina mesti suka orang macam awak. Lawa. Lagi ramai boleh tarik orang. Silap-silap ada orang offer awak jadi artis. Silap-silap berlakon dengan Fattah Amin. Jadi duta produk ni, puluh ribu tau gaji," kata Dania.
Eleena hanya pasang telinga.
"Satu kepala, Datuk bayar RM5k," bisik Dania pada Eleena.
"Kalau berminat, contact nombor ni. Tinggalkan je boyfriend awak tu, bukan bawak kereta Porche pun, bukan boleh bawa awak pergi Maldives pun," kata Dania sambil meninggalkan Eleena.
Kamelia datang dekat pada Eleena.
"Siapa tu?"
"Skandal ayah Nizam. Dan dia kata, satu kepala, lima ribu ringgit," Eleena masukkan kad Dania dalam dompetnya.
--
Group Whatsapp Rumah No.6 bersidang. Ada isu-isu penting akan dibualkan.
Adli: aku rs ada yg x kena la dgn datuk maz ni.
Kamelia: td jumpa skandal ayah nizam. dia bercakap dgn eleena.
Nizam: cinta, dia cakap apa?
Eleena: dia offer saya kerja.
Nizam: jadi apa?
Eleena: model? duta produk? artis? tapi yang lebih menarik, dia suruh saya kerja goda lelaki. satu kepala, rm5k
Adli: gila laaaa!!!
Edry: wow 5k to goda lelaki!
Nizam: dia cakap apa lagi?
Eleena: kalau i accept kerja ni, i kena dump u
Adli: habis la ko nizam pasni tgk drama petang2 eleena peluk shukeri hashim
Kamelia: shukri yahaya la, shukeri hashim dah meninggal pun
Adli: sorry, salah orang. tak layan drama
Eleena: saya tak minat berlakon
Eleena: tapi saya berminat dengan ayat "satu kepala lima ribu".
Adli: asal eleena, kau nak goda lelaki tua ke hahaha!
Eleena: bukan, ini macam ada hubungkait dengan semua ni.
Nizam: tau x, malam jumaat jam 9 malam ada rancangan realiti tv tajaan datuk maz? rentak irama?
Adli: duh, kau tengok ke zam?
Nizam: hari ni hari sabtu. gambar yang edry ambik tu petang tadi. mayat masih belum mereput. aku syak dorang akan bunuh semua lelaki yang diperangkap, dan mayatnya akan dicampak pada waktu rentak irama ditayangkan. sebab masa tu semua orang akan fokus dengan rancangan tv, dan semua orang tak sedar yang mayat itu dicampak di situ.
Kamelia: diversion tactic
Nizam: baca beautiful nara hari ini pasal datuk maz
Nizam bagi link artikel tadi di group Whatsapp.
Eleena: kenapa dia defensif sangat pasal isu anak ikan tu?
Nizam: selalu kalau orang nafi keras sangat, maknanya ada sesuatu yang dia cuba sorokkan.
Adli: weh, aku syak kan, berdasarkan gambar edry bagi tadi, upacara tu akan berlangsung pada setiap malam jumaat. sebab tu rentak irama tu time macam tu.
Eleena: saya cadangkan malam jumaat ni, untuk menyelamatkan nyawa ayah nizam, adli, tolong margerakan kereta ayah nizam. saya takut kalau dia keluar dengan perempuan nama dania tu.
Nizam: whaaaaaaaaaatt???
Nizam: 😲
Eleena: saya bimbang malam jumaat ni mayat ayah awak pulak kat belakang semak tu, nizam.
Adli: demi keselamatan ayah kau, aku terpaksa, zam.
Edry: long live king adli margera!
Adli: you ma man, edry
Kamelia: adli, teach me margera, be my sifu
Adli: butoh la kam, yuran ajar gitar pun tak bayar lagi.
Eleena: malam jumaat depan, kita semua tengok tempat tu, lepas tu kita ambil gambar, dan gambar tadi kita report polis. saya fikir kita tidak ada kemampuan dari segi forensik.
Edry: kita viral at twitter?
Eleena: jangan, edry. ini untuk keselamatan kita semua. kita kena lay low.
Kamelia: once benda ni diviralkan berita, it will go big. and masa tu i boleh contact creepyposta to tweet about this. then the viral will eventually happen.
Eleena: dengan syarat jangan revealkan diri kita. untuk lawan, kita kena tahu kekuatan kita macam mana dulu.
Kamelia: awak berminat ke nak berlakon jadi model, mistress datuk tu, eleena?
Eleena: saya berminat untuk jadi kekasih power rangers saya. saya tak minat jual perasaan saya demi duit. saya ada kehidupan saya yang selesa. asalkan awak semua ada.
Eleena: cinta?
Eleena private message Nizam.
Eleena: cinta?
Nizam hanya mendiamkan diri dengan hanya beri bluetick.
"Kenapalah awak ni selalu insecure, hati saya hanya untuk awak seorang saja, Nizam," bisik hati Eleena.
Eleena: jom tengok bintang?
Nizam: sekarang?
Eleena: ya, sekarang.
Nizam: naik apa? cik osman awak tak ada.
Eleena: tengok dari belakang rumah saya je.
Nizam: awak, awak akan tinggalkan saya demi duit dan populariti ke?
Eleena: nizam, awak tau rahsia saya, kan? saya tak perlu itu semua.
Nizam: ye saya tahu.
Eleena: saya hanya akan tinggalkan awak kalau awak hina saya. awak tau, perempuan tadi tu hina saya?
Nizam: offer jadi model? jadi mistress datuk? jadi artis?
Eleena: dia hina saya sebab dia ingat semua benda boleh dibeli dengan duit. saya tak peduli pasal kereta porsche, kalau tak ada paddle pop pelangi, our band with kam.
Eleena: awak cinta hati saya, kam sahabat dunia akhirat saya. tak mungkin saya tinggalkan awak berdua kerana duit, sebab saya sendiri dah ada.
Nizam: awak macam bruce wayne.
Eleena: more like richie rich.
Nizam: saya datang rumah awak?
Eleena: datanglah, saya buat nasi bento untuk awak. awak nak buat benda gila tak?
Nizam: apa dia?
Eleena: kita panjat pagar sekolah, lepas tu kita makan bento sama-sama macam kita mula-mula kenal masa saya mula sekolah sini dulu. kita tengok bintang dari dalam sekolah kita.
Nizam: rindu
Eleena: kangen
Nizam: saya datang.
Eleena: cinta awak.
Nizam: cinta awak juga.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top