17 - Mickey Subagja
Kereta Wira Adli tiba di restoran How Hwang jam 12 tengah hari, dan Mickey Subagja dengan basikal Jaguarnya dah stenbai di kedai Cina itu. Dia boleh rilek hisap rokok tunggu mereka berlima.
"Wow, kitorang naik kereta, kau sampai dulu?" tanya Nizam.
"Ada shortcut lah, kau ikut jalan jauh. Lagipun aku duduk sini masa taman-taman ni belum ada lagi. Aku tau la jalan shortcut macam mana," kata Mickey Subagja sambil main lighter Zipponya.
"Boleh saya panggil awak, Mickey?" tanya Eleena.
"Boleh, tu memang nama panggilan aku pun. So, apa korang nak tahu pasal rumah puaka tu?" kata Mickey Subagja sambil hembus asap rokok Gudangnya ke atas.
"Bang, kok tang," kata Adli.
Mickey Subagja menghulurkan kotak Gudang Garam tanpa cakap.
"Abang dah duduk sini dah berapa lama?" tanya Eleena.
"Sejak aku lahir. Aku lahir tahun 1970, sama macam Maz. Aku sekolah kat Kajang High School, Maz sekolah Convent Kajang. Biasalah, budak High School ada hak keistimewaan ke atas gadis Convent. Ini mana-mana kau pergi pun sama," kata Mickey Subagja, tenang.
"Kenapa tak sekolah Perimbun?" tanya Kamelia.
"Sekolah Perimbun ni siap masa aku dah habis sekolah, aku dah kerja dah. Dan tujuan sekolah ini dibina ialah untuk memenuhi keperluan penduduk untuk kawasan baru perumahan sekitar sini. Sekolah Perimbun dibuka tahun '89, masa ni TKC baru bukak, Taman Megah hampir siap, CP, fasa 1, 2, dan 3 baru siap, Bandar Tun Hussein Onn masih hutan, tepi lombong yang sekarang kau panggil sebagai, Lake Valley," Mickey Subagja menerangkan sejarah ringkas kawasan ini.
"Eh, order lah. Nasi ayam sini ok lah," kata Mickey Subagja, tenang.
Kamelia angkat tangan.
"Gai fan, yat!" Kamelia order nasi ayam.
Eleena angkat tangan pada lelaki yang mengelap meja.
"Sihying m̀h'gōi," Eleena memanggil waiter tersebut.
"Hai?"
"Ngóh jihnghaih sihk chīngjān yéh," kata Eleena, yang nak order makanan halal.
"Mo man tai. Gai fan?" tanya lelaki yang mengambil order tadi, mencadangkan nasi ayam, macam Kamelia.
"Ngóh séung yiu mihn shik sou chaofan, m̀h'gōi." Eleena order nasi goreng.
"Cinta, awak nak makan apa? Nasi goreng, nasi ayam, mi sup?" tanya Eleena pada Nizam. Nizam melopong.
"Halal ke?" tanya Adli.
"Dah cakap dah, jangan risau," Eleena memberi jaminan.
"Kuey teow goreng, ada?" tanya Adli.
"Chao kuey teow, yat!"
"Bukan char ke?" tanya Adli.
"Kau diam, kau dengar je dia cakap. Aku tak faham satu mende ni," kata Nizam.
"Cinta, awak nak order apa?"
"Nasi ayam lah," kata Nizam.
"Gai fan yee..."
Edry menyampuk.
"Gai fan sam!"
"Hou! Gai fan sam, chaofan yat, chau kuey teow yat," waiter itu terus menulis pesanan.
"Minum apa?" tanya Eleena.
"Coke," jawab Adli.
"Coke jugak," kata Nizam.
"Kam?"
" Cháangjāp," Kamelia order air oren.
" Hó-m̀h-hó'yi béi būi chah ngóh a?" Edry order air teh.
"Chah ngoh, yee!" Eleena juga mahu minum air teh.
"Gai fan sam, chao kuey teow yat, chaofan yat, Coke yee, chaangjap yat, chah ngoh yee?" waiter tadi ulang balik pesanan, nasi ayam tiga, kuey teow goreng satu, nasi goreng satu, Coke dua, air oren satu, dan teh Cina dua.
"Hai, m̀h'gōi," kata Eleena mengucapkan terima kasih.
Mickey Subagja terpinga-pinga. Nizam dan Adli lagilah muka blur.
"Korang reti cakap Cina?" tanya Mickey Subagja.
"Kantonis," kata Eleena.
"Kami belajar," kata Edry pula.
"Saya dulu duduk PJ, jadi selalulah guna Kantonis," kata Kamelia pula.
"Budak zaman sekarang ni, pandai-pandai belaka," kata Mickey Subagja.
Eleena, Edry dan Kamelia fistbump sama-sama. Nizam dan Adli masih melopong.
"Baik, tadi abang cakap abang sama umur dengan Maz, abang dengan dia kenal macam mana?" tanya Eleena. Edry sudah rakam perbualan dalam telefonnya.
Mickey Subagja melepaskan satu nafas yang berat, sambil menghembus asap Gudang Garamnya.
"Aku dan Maz bercinta dari SRP sampai dia masuk ITM. 1984 sampai 1988," kata Mickey Subagja, melayan blues.
--
1988
Mickey Subagja memakai seluar jeans ketat sambil diiringi lagu Rozana dari Search dari radio di biliknya, bersiap-siap untuk menjemput Mazlina di stesen bas Kajang. Dia pakai singlet Iron Maiden, sambil menyanyi lagu Rozana itu dengan menukarkan lirik menjadi nama Mazlina.
Gadis idamanku
Hanya engkau yang satu
Hadir lah dalam mimpi mimpiku
Biar seribu biar ramai menganggu
Pada ku engkau lah Ratu
Sejak mula bertemu
Kau buat siangku sedingin salju
Dan malam jadi hangat
Sehangat cintamu...
Kasihku
Mazlina
Kau Gadis idamanku
Dua hati menjadi satu
Bila kita bertemu oh Mazlina
Mazlina
Gadis idamanku
Bila kan sampainya waktu
Kasih kita bertemu dalam cinta
Mazlina
Dia terus capai helmetnya dan naik motor Yamaha RD350LC dan terus bawa motor menyelusuri Kampung Perimbun. Terdapat beberapa bahagian rumah kampung di Kampung Perimbun sudah diruntuhkan pemaju untuk membina sebuah taman perumahan baru yang diberi nama Cheras Perdana.
Dia membawa motor melalui Jalan Cheras menuju ke Kajang. Dia tahu mata airnya dah menunggu di stesen bas.
Sebelum stesen bas Jalan Reko dibina, tempat tunggu bas ialah di kawasan Czip Lee sekarang, depan Metro Kajang.
Kawasan rumah Mazlina dah diruntuhkan bagi membina flat kos rendah kira-kira 3 tahun yang lepas. Kini, Mazlina tinggal di rumah flat tersebut di Taman Kota Cheras, belakang bangunan Telekom.
Sepanjang percintaan mereka, mereka sering mengadakan hubungan seks sama ada di hotel murah di Puduraya, atau di taman bunga bila line clear.
Tetapi Mazlina ada satu tabiat pelik.
Dia suka melumurkan air mani Mickey di mukanya. Katanya ada khasiat awet muda.
Mickey Subagja tahu keluarga Mazlina sudah berkecimpung dalam bidang kecantikan ini sejak dahulu lagi. Cuma ibu Mazlina, belajar secara kecil-kecilan tentang ilmu kecantikan dengan seorang yang bernama Mak Som.
Tapi ada sesuatu yang aneh dari Mak Som. Setiap kali kalau ada lelaki datang berubat ke rumahnya, lelaki itu akan ketagih dua tiga kali datang, sebelum tiba-tiba, hilang ke mana pergi.
Dan Mak Som ini pakar membuat krim anti penuaan secara tradisional, serta ubat losyen kulit dan produk-produk yang tak ada cop SIRIM. Jenis buat dekat rumah dengan nilai komersial yang rendah, tapi menjadi pilihan orang muda ketika itu kerana harganya yang murah, dan paling penting, berkesan.
Mickey Subagja sering juga dengar cerita lelaki yang mati dibunuh tanpa kepala dan zakar yang sering ditemui di tepi lombong, tetapi tidak ada bukti yang kukuh. Mickey hanya mengambil cerita itu sebagai mitos semata-mata.
Pada malam itu, Mickey dan Mazlina melakukan hubungan seks yang paling hangat kerana sejak Mazlina ke ITM, mereka sudah lama tidak ketemu.
Tetapi Mickey tidak tahu di ITM, Mazlina sudah main dengan berapa banyak lelaki. Boleh dikatakan ramai juga yang Mazlina main di ITM.
Semua kerana Mazlina suka melumurkan mukanya dengan air mani. Kerana dia percaya khasiatnya untuk meremajakan kulit muka.
Hubungan Mickey dan Mazlina berakhir apabila tiba-tiba Mazlina minta putus melalui satu panggilan telefon. Tanpa penerangan, hubungan Mickey berakhir sebegitu sahaja.
Lama juga Mickey memendam rasa. Hari demi hari, tahun demi tahun, tujuh tahun berlalu sehinggalah Oktober 1995, apabila dia yang sedang menggunting rambut (dah tak rockers lagi sebab dah kerja pejabat), dia membelek-belek majalah URTV keluaran tersebut. Dia nampak nama Mazlina Nordin.
"Maz.." Mickey termenung lama sambil berfikir berkali-kali apakah harus dia berhubung.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menghubungi Mazlina.
Mereka kembali bertemu selepas tujuh tahun berpisah. Mereka akhirnya bercadang untuk bertemu di Shakey's Pizza di Ampang Point.
"Kenapa Maz minta putus dulu," tanya Mickey mahukan kepastian.
"Masa tu, Maz tertekan. Maz tak boleh fokus dalam pelajaran. Maz asyik fikirkan abang je. Maz terpaksa bertindak macam tu, demi masa depan Maz," kata Mazlina.
"Boleh je kan teruskan hubungan tanpa jejaskan pelajaran?" Mickey memberi pandangan.
"Maaflah, sebab masa tu Maz serabut sangat."
"Hari tu, abang nampak gambar Maz kat majalah URTV, ruangan sahabat pena, dah jumpa pakwe baru ke?" tanya Mickey.
"Jumpa macam-macam orang, tapi sorang pun tak sehebat abang," kata Maz, kemudiannya tersipu malu.
Mickey mencanak.
"Abang rindu Maz, Maz tau tak?"
"Maz pun."
"Jom nak?"
"Lepas ni? Rumah Maz, tempat tu clear."
"Kat mana tu?"
"Rumah nombor 6, depan padang Suasana, Bandar Tun Hussein Onn, datanglah malam ni, jam 9. Maz tunggu," kata Mazlina sambil tersenyum.
Malam itu, selepas hampir tujuh tahun, Mazlina dan Mickey mengadakan hubungan seks sekali lagi selepas sekian lama. Tetapi kali ini agak ganas. Mungkin kerana sudah lama tidak melepaskan rindu.
Selepas puas adakan hubungan seks, Mazlina tiba-tiba keluar dari bilik, dan capai parang.
Mickey, yang pernah belajar silat dengan arwah Tok Badrul, cucu kepada Tok Perimbun, menangkis serangan tersebut sambil melarikan diri.
--
"Aku ingat masa tu dia dah gila sampai nak bunuh aku," kata Mickey Subagja yang dah tiga batang rokok Gudang Garam.
Semua mendengar cerita Mickey Subagja sambil makan.
"Dan sejak kejadian mayat tanpa kepala dan konek di sekitar Cheras tu berlaku tahun berikutnya, aku tahu, tu kerja Mazlina. Kalau tak, akulah mangsa pertama dia," Mickey Subagja menghirup kopi o sambil menghembus asap rokok.
"Abang Mickey tahu, dia buat apa dengan kepala, zakar dan lemak manusia tu?" tanya Eleena.
"Dulu dengar cerita orang la, Mak Som ni ambik otak untuk buat losyen, kalau telo dengan batang tu, dia buat krim anti kedut muka. Kalau lemak tu, sabun dan benda lain lah."
"Jadi, Mazlina ni belajar dari Mak Som?" tanya Eleena lagi.
"Mak Mazlina yang berguru dengan Mak Som. Mazlina ni meneruskan ilmu tu dengan menggunakannya untuk tujuan lebih luas lagi. Macam kau dengar sekarang, business macam Avon."
Mickey Subagja bangun.
"Oklah anak-anak semua, aku ada kerja sikit. Apa-apahal, korang boleh cari aku kat kedai ni, atau kedai nasi padang depan Taman Suntex, aku gerak dulu," Mickey Subagja terus naik basikal Jaguarnya meninggalkan mereka berlima.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top