15 - Sekumpulan Tentera Penggoda Lelaki?

"Abang keluar lagi dengan perempuan tu kan? Ha, dah letih, dah penat, baru nak balik rumah? Buat rumah ni macam hotel?"

"Saya penat lah nak dengar awak membebel. Balik kerja je, dengar awak membebel!"

"Perempuan tu nak kikis duit abang je, tolonglah bukak mata tu sikit. Abang tu dah tua, ada pulak perempuan macam tu nak kat abang? Dia nak duit abang! Abang ada keluarga, tolonglah fikir! Fikir la Khairul dengan Nizam tu bang."

"Asyik saya je fikir pasal keluarga, keluarga ada fikir pasal saya? Apa yang saya nak?"

"Abang jugak yang nak kahwin dengan saya dulu, kan? Sekarang dah jumpa perempuan kat Facebook, dah lupa anak bini, joli sana sini dengan betina tu!"

Bunyi penampar hinggap di pipi.

"Kau jangan panggil perempuan tu betina, kurang ajar!"

Nizam capai jaket hoodednya dan terus keluar dari rumah. Malas dia nak hadap benda macam ni hari-hari. Bukan dia tak kesian dengan mak dia, tapi dia pun tak tahu apa yang harus dia lakukan.

Dia capai telefon dan mesej Eleena.

Nizam: saya tido rumah awak lagi, boleh x?

Eleena: datanglah. tapi kam ada kat sini.

Nizam: x kisahlah, kat rumah x bleh tido.
Eleena: datanglah. kam dengan saya order dominos pizza. kita makan sama-sama?

Nizam: nak butterscotch.

Eleena: 😂

Nizam: 😍

Eleena: 😙

Nizam: im coming.

Nizam tiba di rumah Eleena, dan Eleena sedang berbual dengan Kamelia di ruang tamu.

"Cinta?"

"Anda, anda okay?"

Muka Nizam seolah-olah tak ada mood, dan hanya duduk di sofa, tanpa kata.

"Mak dengan abah gaduh lagi?" tanya Eleena.

"Macam biasa. Sejak abah kenal perempuan tu kat Facebook, sejak tu lah jadi macam ni. Balik rumah je, gaduh dengan mak. Kadang-kadang tak tau lah kenapa abah jadi macam tu," Nizam capai pizza beef pepperoni dan masuk dalam mulut.

"Sebab tu saya tak suka media sosial. Kenapa perlu kenal orang di Facebook? Kenapa kita tak boleh kenal orang secara natural, macam kita semua? Kita kenal kerana kawan kita kawan dengan kawan kita lagi satu, membentuk satu persahabatan yang utuh? Dan bukan berkawan, atau bercinta melalui butang 'add as friends'?" kata Eleena sambil mengunyah butterscotch cookiesnya.

Lagu Bulanku dari Sekumpulan Orang Gila berkumandang.

"Hubungan manusia dah berevolusi sejak ada Internet, Eleena. Sejak ada AOL, MIRc, ICQ, Friendster, Myspace, Facebook, Twitter, Instagram, manusia dah tak berhubung macam dulu. Bahkan macam ruangan sahabat pena tu pun, sama je konsepnya dengan media sosial, bezanya dia pakai snail mail," kata Kamelia pula.

"Saya tak marah pun abah ada Facebook. Entahlah, kenapa orang tua ni bila guna sosial media, dia menggelabah lebih?" Nizam mengeluh.

"Jadi ustaz Facebook, jadi cybertrooper, jadi tukang report polis..." Kamelia menambah.

"Hamid Chai, Azwan Ali, Rani Kulop..." Nizam menyebut nama orang tua yang menggelabah di media sosial.

"Tarbiah Sentap, Malik Hussin..." Kamelia tambah lagi.

"Donald Trump," Eleena pula tiba-tiba mencelah lalu tiga-tiga ketawa.

--

"Tidak, tak nak, tak nak, saya tak kenal kakak! Arrgggghhhh!" jerit Nizam dalam ngigau. Eleena tersedar dari tidur.

"Awak, awak tak apa-apa?" Eleena kejutkan Nizam dari tidur.

Nizam menggelupur dari tidur. Eleena terus memeluknya, dan mencium dahinya.

"Tak ada apa-apa, cinta. Awak ada dengan saya ni," Eleena memujuk Nizam yang masih trauma dengan mimpinya. Ternyata dia masih belum move on dari igauan ngerinya semasa dia diculik seorang kakak.

"Saya mimpi saya kena culik lagi. Saya nampak van tu. Saya takut," Nizam masih dalam keadaan sugul.

"Tak apa, tak apa. Awak ada saya sekarang, cinta," Eleena mengusap-usap kepala Nizam, kemudian tuang air mineral ke dalam gelas yang berada di sebelah meja katil.

"Awak minum dulu, saya dengar suara Kam sedang menangis," kata Eleena sambil menghulurkan gelas tadi pada Nizam. Nizam meneguk air mineral tadi dan merasa lega.

"Saya sambung tidur dulu?"

"Baik, cinta," Eleena mencium dahi Nizam.

Eleena turun dari tangga, menuju ke dapur untuk bawa segelas susu dan beberapa keping butterscotch cookies.

"Kam, awak tak apa-apa?" Eleena ketuk pintu.

Kamelia buka pintu, dan menangis.

"Panic attack?" tanya Eleena.

Kamelia hanya mengangguk.

"Apa puncanya?"

Kamelia duduk di kerusi sebelah tingkap. Dia buka tingkap, kemudian dia keluarkan sekotak rokok dari koceknya.

"Boleh hisap rokok di sini?"

"Sebentar," Eleena keluar sebentar dan pergi ke dapur, dan buka almari kabinet dapurnya yang tersimpan sebuah peti. Dia buka peti itu, mengambil pucuk "herba" dan dia cerai-ceraikan, sebelum dia balut, menjadi joint.

Eleena kembali ke bilik Kamelia, dan menghulurkan joint yang dibalutnya tadi.

"Bahan utama butterscotch cookies, nah, ambil lah. Ada lagi sikit, tapi kena tunggu Cik Osman balik dari California untuk stok baru."

Kamelia pandang pelik pada Eleena.

"Kami guna bahagian pucuk sahaja untuk butterscotch cookies. Kami tak guna yang mampat. Sebab tu saya boleh jual mahal," kata Eleena. Memang barang Eleena sedap, dan mahal. Tapi kalau beli, puas hati.

Nami Cob Nobbler pernah lah beli dengan Eleena dan mengakui kepaduan biskut Eleena.

"Wow, it's a hit!" kata Kamelia yang mula terbatuk.

"Cerita dengan saya, kenapa awak kena panic attack?"

Kamelia menghembus asap ke luar.

"Boleh buka lagu?" tanya Eleena.

"Go, I need it," kata Kamelia.

Lagu Pemacu Api dari Toko Kilat berkumandang dari Spotify Eleena.

"Hari ni asyik dengar lagu local band je? Go local ke?" tanya Kamelia.

"Takkan asyik kalau nak dengar local band, dengar Meet Uncle Hussin, Hujan atau Bittersweet je? Dengar la band baru. Sekarang awak cerita lah."

"Sebenarnya saya dan Adli dah tau lama yang ayah Nizam main kayu tiga," kata Kamelia sambil menghulurkan joint pada Eleena.

Eleena diam dan pasang telinga.

"Jadi, bila saya tengok Nizam murung macam tadi, saya rasa bersalah. Terlalu banyak yang saya fikir. Saya rasa bersalah pada Nizam," Kamelia mula mengunyah butterscotch cookies dan minum susu.

"Awak tak luahkan perasaan awak pada Nizam?" tanya Eleena.

"Hish! Gila awak ni. First, awak tak rasa awkward ke, awak kawan baik saya, lepas tu saya ada hati dengan boyfriend awak?"

Eleena tergelak terbahak-bahak.

"Hoi, gelak tak cover! Selalu tutup mulut!" Kamelia tegur Eleena yang dah tergelak-gelak.

"Awak tau tak, saya sebenarnya ada fantasi..."

"Oh, no Eleena. You got to be kidding me!"

"Awak tak rasa seronok ke macam tu?"

Kamelia lempar bantal pada Eleena sambil menahan malu yang tidak teramat.

"Wow, hangat!"

"Eleena, stop it! Tak nak laaaaaa...." Kamelia dah tekup mukanya dengan bantal.

"Eh, Kam, awak tau tak produk dari Mazlina Beauty Products And Skincare?" tanya Eleena yang terbaring sebelah Kamelia.

"Saya ni jenis manusia yang tak kisah pasal skincare sangat, tapi ada la beli dari Crabtree and Evelyn," kata Kamelia.

"Eh okay lah Crabtree. Saya beli moisturiser dia pun okay. Tapi awak tau tak Mazlina tu?" Eleena tanya sekali lagi.
"Business plan dia macam cara MLM. Macam Avon dia punya style. Ada lima cawangan. Bangi, Putrajaya, Kajang, Bandar Tun Razak dengan headquarters dia kat Bandar Mahkota Cheras," kata Kamelia, sambil menghembus asap ke atas,sambil berbaring.

"Kalau yang dalam gambar Facebook Mazlina tu muka Julia/Maria/Diana, yang dalam kereta ayah Nizam tu siapa?" Eleena mula terfikir.

"Awak dah nampak ke skandal ayah Nizam tu?" tanya Kamelia.

"Dah, masa saya dan Nizam pergi jumpa abang Kay dan abang Dave," kata Eleena.

Eleena terus bangun, dan keluar dari bilik Kamelia. Dia buka lampu di ruang belajarnya. Dia terus buat satu lagi garisan pada peta minda Rumah No. 6.

"Mazlina Beauty Products And Skincare"

"Kenapa awak rasa Mazlina Beauty Products ni ada kaitan dengan Rumah No. 6?" tanya Kamelia, terpinga-pinga.

"Kenapa muka Julia binti Hashim ada dalam Facebook Mazlina? Kenapa muka Dave berubah muka bila nampak gambar ini? Siapa dia ni sebenarnya? Apa kaitan perempuan ini, dengan segala misteri semua ni?" Eleena ketuk-ketuk pen marker di bibirnya sambil memikirkan pelbagai kemungkinan.

"Rumah nombor enam, adalah tempat berlakunya pembunuhan lelaki-lelaki yang mahu berkenalan dengan perempuan seperti di gambar ini melalui ruangan sahabat pena sekitar 1996, dan laporan berita dilaporkan dalam berita tempatan sekitar tahun yang sama, dan gambar perempuan ini ada dalam laman Facebook Mazlina Beauty Products, yang dikatakan ayah Nizam ada skandal? Tapi perempuan yang saya nampak tu tak sama macam Julia/Maria/Diana. Lagipun Julia/Maria/Diana mestilah umur dia dah late 40s atau early 50s. Perempuan tadi macam early 20s je," kata Eleena sambil memikirkan satu teori.

"Mana tau dia awet muda? Dengan menggunakan otak dari dia pancung kepala tu, atau mungkin lemak, atau mungkin dari testis lelaki tu, untuk buat produk kecantikan? Macam Tyler Durden buat sabun guna lemak manusia dalam filem Fight Club?" Kamelia memberi teori yang agak creepy, tapi ada kemungkinannya.

"Bukan, bukan dia. Lain muka dia. Tapi, saya fikir..." Eleena berhenti mengetuk bibirnya dengan pen marker.

"Perempuan yang dengan ayah Nizam tu sebenarnya assistant Mazlina?" kata Kamelia.

"Tak, saya fikir ada segerombolan tentera penggoda lelaki di media sosial, yang menggunakan taktik yang sama seperti ruangan sahabat pena 20 tahun lepas, tapi kali ini menggunakan Facebook, untuk menggoda, dan memanipulasi lelaki-lelaki miang, sebelum diserahkan pada Perempuan Mentadak-Mentadu," kata Eleena.

"Wow, Perempuan Mentadak-Mentadu!" Kamelia terpesona dengan teori Eleena.

Dia tulis pada kertas.

"Diana/Maria/Julia ->owner Mazlina Beauty Products -> upah tentera penggoda untuk goda lelaki di media sosial -> pembunuhan bersiri lelaki-lelaki ruangan sahabat pena circa 96 -> lemak manusia -> produk kecantikan -> ?"

Kemudian Eleena tulis perkataan "Perempuan Mentadak-Mentadu" di bawah tulisan tadi.

"Oh my..Kam! Esok kita kena pergi Rumah No. 6, Adli akan datang rumah terus kita akan cakap benda ni!" kata Eleena.

"What have we found, Eleena?"

Eleena hanya memandang Kamelia dalam keadaan tercengang.

"Kalau teori kita benar, ayah Nizam dalam bahaya!" kata Eleena pada Kamelia.

Kamelia mula nampak apa yang dia temui di rumah nombor enam dulu adalah sesuatu yang amat besar. Satu rahsia hitam yang tersorok di rumah tersebut.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top