14 - Mazlina Beauty Products And Skincare
Mereka berlima bersila di studio jamming. Eleena mengeluarkan fail serta penemuan yang terbaru.
"Kak, ini sejarah daerah Hulu Langat yang saya jumpa di Internet. Sedikit sebanyak kita boleh tahu sejarah Kampung Perimbun," kata Edry.
"Kampung Perimbun? Perimbun dulu ada kampung ke?" tanya Kamelia.
"Kampung Perimbun adalah tapak untuk Taman Kota Cheras, Taman Megah dan sebahagian dari Cheras Perdana, dengan dahulunya ada tok penghulu yang bernama Tok Perimbun, seorang guru silat," kata Edry sambil menaip pada MacBook Pro miliknya.
Eleena sedang meneliti apa yang dijumpai oleh Edry, sementara Kamelia dan Adli sedang mendengar cerita Dave dari telefon bimbit Eleena.
"Dave pun dah nak kena ke, gila la!" Adli tekun mendengar suara Dave bercerita tentang Diana.
"Aku rasa kita kena pergi jugak la rumah tu, tengok sendiri. Kam dah pernah masuk, aku belum. Eleena, Edry pun belum masuk," Adli mula mahu mengorak langkah.
"Kam, awak masuk tu waktu macam mana?" tanya Eleena.
"Dalam waktu pagi. 9 pagi."
"Kenapa dalam waktu tu?" Eleena mahu kepastian dari Kamelia.
"Sebab kadang-kadang, petang-petang ada kereta parking kat situ. Tapi kereta selalu lain-lain."
"Jadi, ada orang datang di situ lagi?" tanya Edry.
"Entah, last sekali saya datang sana pun tahun lepas," kata Kamelia.
"Rumah tu rumah kosong, atau sengaja dibiarkan macam tu?" Eleena ketuk-ketuk pen di bibirnya.
"Kita kena pergi, kita kena pergi!" kata Adli, bersemangat.
"Nizam, are you on the zone?" tanya Kamelia yang perasan dari awal tak bercakap apa-apa. Kamelia petik-petik jari depan muka Nizam.
"Cinta, awak okay?" Eleena sentuh pipi Nizam. Dari tadi Nizam hanya diam.
"Adli, Kam, Edry, sebentar ya? Saya ada benda nak cakap dengan Nizam, hal peribadi," Eleena bangun, dan menepuk bahu Nizam, dan berjalan ke sofa bahagian cashier.
Nizam duduk.
"Awak, awak ada apa-apa nak cakap?" Eleena pegang tangan Nizam.
"Siapa dalam kereta abah tadi?"
"Cinta, saya rasa awak perlu bercakap dengan abah awak, kalau itu mengganggu fikiran awak."
Eleena cuba menenangkan Nizam, tapi dia masih dalam keadaan yang keliru. Dia genggam tangan Nizam.
"Boleh saya datang rumah awak? Saya berbual dengan makcik Latifah," Eleena cuba meyakinkan Nizam.
"Saya tak nak awak terlibat, macam awak kata, mereka boleh selesaikan masalah mereka sendiri. Ini bukan masalah saya," Nizam mula rasa sebak.
"Cinta, kita akan sama-sama tempuh apa jua masalah kita, kan?"
"Ya."
"Saya jumpa mak awak?" Eleena meminta kebenaran Nizam.
"Saya tak nak keruhkan keadaan," Nizam meletakkan kepalanya pada bahu Eleena. Eleena membelai rambut Nizam, membiarkan Nizam menangis di bahunya.
"Anda, anda okay?" tanya Kamelia yang keluar dari studio.
"Aku rasa kau dah nampak apa benda yang kau tak patut nampak," Adli terus lepaskan apa yang dia terlihat dulu.
"Adli, Kam, kita hold dulu misi kita? Sampai Nizam okay?" tanya Eleena.
"Bukan apa, aku bukan selalu pun dapat peluang macam ni, Zam. Aku lepas ni sibuk, tolong abah aku. Ini pun dia bagi aku cuti. Dia nak tutup dua hari sebab nak berehat," kata Adli.
"Takpe, aku okay," Nizam cuba memberi keyakinan pada kawan-kawan lain.
"Jangan paksa diri kalau anda rasa semua ni terpaksa," Kamelia duduk di sebelah Eleena.
"I will be okay, I will."
"Weh, apa kata aku, Eleena, Edry dengan Kam je datang sana. Aku tak rasa kau boleh ni," Adli cangkuk lengannya ke tengkuk Nizam.
"Takpe ke?" tanya Nizam.
"Apa-apa hal, kami update," Edry mencelah.
"Sorry tau, semua."
"Tak apa, kita semua faham, kau ada masalah keluarga," kata Adli.
"Cinta, kan kita dah janji, tiada paksaan dalam segala benda, kecuali terpaksa, kan?"
Nizam mengangguk kepala.
"Baiklah, esok Adli dengan Kam, datang rumah saya jam lapan pagi. Cinta berehatlah, ya?" Eleena memberi briefing untuk pertemuan esok.
Di dalam kereta Adli, Nizam hanya diam sambil merenung tingkap. Hanya Eleena, Edry dan Adli berbual tentang teknologi drone.
"Edry, kakak jumpa Makcik Latifah dulu ya?" Eleena memberitahu pada adiknya, dan turun di depan rumah Nizam.
"Balik macam mana?" tanya Edry.
"Kau nak aku tolong hantarkan, boleh je, hari ni aku free," kata Adli.
"Takpe, balik aku temankan dia balik," kata Nizam.
"Bukan apa Zam, toksah acah-acah hero. Sini banyak kaki pau. Kecuali kalau kau mampu terajang terbang macam kau, baik janganlah. Aku nasihatkan kau ni," kata Adli.
"Tak susahkan Adli ke?"
"Takde hal. Tak susah pun," kata Adli.
"Apa kata kita lepak sekali, kan senang? Lepas kakak dah settle cakap dengan Makcik Latifah, kita gerak la sekali. Kitorang lepak bilik Nizam," kata Edry memberi cadangan.
"Jalan rumah Nizam ni, sempit."
"Parking dalam lah," Nizam buka gate.
"Nanti ayah kau nak parking?"
"Tu pun nanti kalau dia balik."
Adli bawa masuk kereta ke parking dalam rumah Nizam.
"Mak," Nizam salam cium tangan maknya.
"Eleena! Makcik dah lama tak nampak kamu! Jomlah, kita bual-bual. Korang semua dah makan ke? Makcik goreng keropok lekor ni."
Eleena cium tangan mak Nizam, dan Edry dan Adli turut serta.
Nizam, Adli dan Edry masuk bilik Nizam.
"Fuyoo, poster Weezer siap autograf!" kata Adli terpegun dengan poster-poster Nizam.
"Hafiz bagi. Hari tu dia pergi konsert Weezer live kat Singapore. Dia ajak aku, aku yang tak ada duit," Nizam terus duduk di biliknya, sambil membuka Spotifynya.
Mereka bertiga dengar lagu Nastia - Esok Belum Tiba.
Sementara itu, Eleena membantu mak Nizam dengan membancuh teh.
"Kamu sihat, Eleena?" tanya Makcik Latifah.
"Alhamdulillah, sihat, makcik?"
"Makcik ni sihat ke, tak sihat pun, siapa yang peduli," Makcik Latifah keluar kenyataan depressed.
"Makcik, pakcik Lazim mana?"
"Merayau dengan perempuan jual make up tu lah! Famous dia kat Instagram, dekat Facebook, jual barang losyen tu semua. Lepas tu, laburkan duit kat perempuan tu. Gila-gilakan sangat perempuan tu!" kata Makcik Latifah, marah.
"Boleh saya tahu, apa alamat Facebook perempuan tu?"
"Mazlina Beauty Products and Skincare. Nama perempuan tu Mazlina. Kedai perempuan tu ada kat Bandar Mahkota Cheras," Makcik Latifah rupanya dah tahu selama ini suaminya main kayu tiga.
Eleena tak ada media sosial. Dia tidak ada Facebook, Twitter, Instagram atau apa-apa sahaja media sosial. Dia cuma ada Whatsapp untuk perhubungan, serta hanya baru-baru ini, dia baru ada e-mail. Eleena percaya surat atau perbualan depan mata lebih bermakna dari hubungan di alam maya.
"Jemput minum, Eleena," kata Makcik Latifah.
Makcik Latifah meluahkan segala perasaan yang membungkam dalam hatinya pada Eleena. Selama satu jam dua puluh minit, Eleena cuba menenangkan mak Nizam dari terus hidup dalam tekanan.
Eleena teks Edry.
Eleena: Adik, cuba google, Mazlina Beauty Products and Skincare?"
Eleena terus berbual-bual dengan Makcik Latifah sehinggalah tiba-tiba Edry keluar dari bilik dan menjerit "holy shit".
"Holy shit holy shit holy shit holy shit holy shit holy shit holy shit holy shit!"
"Edry, kakak tak ajar bahasa macam tu," Eleena keluar suara yang tegas.
"Sorry kakak, tapi, you got to see this."
Edry tunjuk telefon iPhone 7nya pada Eleena.
Gambar Julia/Diana/Maria dalam Facebook Mazlina Beauty Products and Skincare.
Nizam dan Adli keluar dari bilik, meluru ke dapur.
"Cinta, tunjuk gambar dalam ruangan sahabat pena tu?"
Eleena buka begnya, dan mengeluarkan kertas keratan majalah URTV Januari 1996, gambar Julia binti Hashim.
"Eh, samalah muka dia. Tapi ruangan sahabat pena tu dah 21 tahun?" Eleena mula berfikir.
"Apa ni?" tanya Makcik Latifah.
"Kami sebenarnya cuba mencari kaitan antara kehilangan Arman Dahalan, ruangan sahabat pena 90an, dan misteri mayat tanpa kepala dan kemaluan di sekitar Cheras pada masa tu juga," kata Eleena menerangkan pada Makcik Latifah.
"Makcik ingat zaman tu. Seram makcik dengar. Masa tu makcik memang tak kasi Khairul atau Nizam keluar rumah, takut jadi benda sama," kata Makcik Latifah.
"Tapi, kalau ni dia, macam mana dia boleh maintain keremajaan kulit dia?" kata Nizam.
"Itulah misteri yang kita kena tau," kata Adli.
"Kita kena pergi rumah nombor enam tu, lepas tu kita pergi kat office Mazlina ni," kata Nizam.
"Saya ada idea yang bagus," kata Eleena tiba-tiba tersenyum.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top