13 - Gadis Bernama Diana

1996

"Bang, burger daging, tak nak mayonnaise, satu!" kata seorang budak naik basikal berhenti di gerai burger Abang Kay. Dave potong roti, Abang Kay masak burger.

"Dave, ekau buek kojo boto-boto ah jang! Ni ekau sapu marjerin macam tak sapu yo!" Abang Kay selalu senior marah Dave. Otak Dave sebenarnya tak bersama dengan kerja, tetapi ke arah ruangan sahabat pena Media Hiburan keluaran September 1996, di mana dia terfikirkan gadis bernama Diana binti Roslan.

"Dah la lawa, duduk Hussein Onn la pulak, dekat!" detik hati Dave. Dia baru petang tadi menghantar surat perkenalan di pejabat pos tadi, sambil mengharapkan Diana untuk membalas suratnya.

Sejak hari tu, setiap hari dia check peti surat kalau-kalau Diana balas suratnya. Modal letak perfume Tommy Hilfiger dekat surat tu bukannya murah.

Meletakkan bedak wangi, spray minyak wangi, pakai pen warna selain hitam, biru atau merah, adalah sama macam hias banner Twitter, layout MySpace, atau update videoklip lagu kegemaran di Facebook.

Gerai burger Abang Kay didatangi oleh seorang makwe cun yang rupanya macam Maizurah Hamzah.

"Abang, nak ayam special," kata gadis itu. Dave dah terpinar melihat gadis tersebut. Lagu Di Antara Gadis dari kumpulan Dinamik terbayang di radio imaginasinya.

Gadis itu mengelap peluh dalam keadaan yang memberahikan Dave.

"Woi, copek la sapu marjerin! Berangan yo!" Abang Kay menjerkah pada Dave.

"Oh Diana, Diana, Diana!" Dave melatah.

Gadis itu terpandang Dave.

"Saya Diana," kata gadis tersebut.

"Saya tau. Saya ada hantar surat pada awak, ruangan sahabat pena. Kot-kot dapat nombor telefon," kata Dave tersengih kerang sambil menyapu marjerin pada roti.

"Saya dapat surat awak, tapi tak sempat nak balas balik. Maklumlah, sibuk sikit kerja," kata Diana.

"Mesti dapat banyak surat cinta, kan?" Dave cuba nak pancing ayat.

"Memang banyak, wangi-wangi semua surat tu."

Dave tersenyum tersipu-sipu.

Dave bungkus burger dan menghulurkan plastik pada Diana.

"Dua ringgit setengah," kata Dave.

Diana tersenyum sambil hulurkan tiga ringgit pada Dave. Dave menghulurkan lima puluh sen.

"Keep the change," Diana kata selamba.

"Boleh minta tisu?" tanya Diana lagi.

"Boleh, boleh, Malaysia boleh," kata Dave merapu untuk mengawal hormon.

Diana keluarkan pen dan menulis sesuatu pada tisu.

"Malam Jumaat, No.6, depan padang Suasana. 9 malam."

Diana hulurkan tisu itu pada Dave. Mencanak Dave dapat perlawaan dari Diana.

Dave minta cuti siap-siap untuk malam Jumaat.

"Abang, nak cuti hari Jumaat ni," kata Dave sambil potong bawang.

"Buek apo?"

"Mak saya, sakit."

"Ekau cakap boto-boto, jang. Kalau nak mohong pun, ekau jangan guno mak. Den tampar ekau karang," Abang Kay tinggikan suara. Dave terpaku.

"Ekau ado date yo?" kata Abang Kay yang sedang tukar tong gas baru.

"Haah."

"Siapolah nak date dengan ekau ni jang? Motong sayur pun lombab!"

"Diana."

"Diana mano pulak?"

"Awek tadi?"

"Yang humang aih tetek dio bosa macam Pamela Anderson tu yo?" Abang Kay mengelap meja.

"Ish takdelah macam Pamela Anderson, abang ni."

"Ekau jangan buto mato hati bilo jumpo pompuan, jang. Tu yo abang nak koba. Jago akhlak tu elok-elok," Abang Kay memberi nasihat.

Malam Jumaat itu, Dave pakai baju petak-petak sambil ikat rambut panjangnya yang dah macam Sahak Blues Untuk Aku tu. Dengan seluar jeans dan kasut Jack Purcellnya, Dave berjalan dengan wangi-wangi menuju ke rumah Diana.

Sampai saja di rumah nombor enam, hati Dave rasa tak sedap hati. Dia macam ada bau mayat. Bau darah.

"Ish, bau apa pulak malam-malam Jumaat ni, seram pulak aku!" kata Dave sambil menunggu Diana buka pintu. Malam Jumaat ni janganlah bau benda-benda macam ni.

"Assalamualaikum, Diana!" jerit Dave. Selepas menyebut nama empat kali, barulah Diana buka pintu.

"Daud kan, Daud Burger?"

Peh gaya Diana pakai sebijik macam Nasha Aziz dalam filem Bara. Dave punya tu tertonjol ke hadapan.

Dave masuk ke rumah Diana, dan tutup sahaja pintu rumah, Diana beri cemolot yang tak pernah dirasai oleh Dave seumur hidupnya sebelum ini.

Dave dah gabra. Dia masih virgin. Dia tak tahu apa yang harus dilakukan. Dia tak expect sejauh ini secepat ini.

Diana terus buka tali pinggang, butang dan zip seluar jeans Dave. Dave dah berpeluh sejuk saat Diana terus buat kerja tiup. Dave tak tahu macam mana nak bereaksi dengan Diana.

"Teruna lagi rupanya awak ni, I like. Fresh!" kata Diana sambil meneruskan kerja tiupnya. Dave dah tak keruan menahan stim.

Diana terus baringkan Dave atas lantai, dan membogelkan Dave. Dia kemudian bakar lilin-lilin berbentuk bulatan, dan mengajak Dave melakukan seks di tengah-tengah bulatan itu.

Dave hilang teruna dengan Diana malam itu. Dave baring kepenatan di atas lantai, sebelum tiba-tiba Diana datang membawa parang untuk menebang kepala Dave.

Dave mengelak, dan lari sambil dikejar oleh Diana dengan parang.

"Awak nak bunuh saya ke, Diana?"

Diana mengilai dan mengejar Dave yang berlari keliling rumah dalam keadaan bogel. Dave lari ke tingkat dua rumah tersebut dan ini satu tindakan bodoh tapi nekad. Dave nampak tingkap, dan Dave terus terjun keluar dari tingkap tersebut dan jatuh dua tingkat.

Dengan kaki terhencot-hencot dan bogel, Dave menggunakan daya fight-or-flightnya, berlari demi survival hidupnya. Diana keluar dari rumah membuka pintu saat Dave baru saja terjun dari pagar dan berlari bogel di sekitar Bandar Tun Hussein Onn. Dia berlari tanpa henti dari padang Suasana, melalui Perdana Park, dan menuju ke CP 3 dalam keadaan bogel yang jaraknya hampir 1.5 kilometer jaraknya.

Baru dia sedar kunci rumahnya ada dalam kocek seluar jeansnya yang tertinggal di rumah Diana.

"Fuck, takkan aku nak tunggu Kay sampai dia habis niaga burger kot? Dalam keadaan bogel ni?"

Dave lari menyorok dalam kolong paip di taman permainan, port budak hisap gam, sambil menunggu bilakah agaknya Abang Kay balik.

Sampai tertidur dia tunggu Abang Kay balik dari berniaga. Sudahlah berbogel, lepak kat port budak hisap gam pulak. Ini kalau Rukun Tetangga nampak ni, confirm kena panggil polis.

Dia terus berlari menuju ke rumah apabila Kay sudah buka pintu. Nasib baik Kay tak perasan, sebab tengah angkat banyak barang.

"Fuh, mati aku takde kepala, takde konek aku kalau tak lari, macam dalam surat khabar tu, ya Allah!"

--

"Nasib baik den tak nampak ekau. Kalu tak, den pulak kejar ekau dengan parang!" kata Abang Kay sebaik sahaja Dave habiskan cerita.

"Macam mana rupa dia?" tanya Eleena.

"Lawa lah," kata Dave.

Eleena keluarkan kertas yang dicetak dari gambar ruangan sahabat pena yang dicari oleh Edry tempoh hari.

"Macam dalam gambar ni?" tanya Eleena.

Berubah muka Dave melihat gambar tersebut.

"Tapi nama dia bukan Julia binti Hashim?" kata Dave.

"Dia ada tiga nama," Eleena keluarkan surat-surat yang Kam jumpa di rumah nombor enam.

"Julia binti Hashim, dalam majalah URTV, Diana binti Roslan dalam majalah Media Hiburan, dan Maria binti Arshad yang saya belum kenal pasti."

Dave kemudian terpandang pada salah satu surat tersebut.

"Yang tu surat saya," kata Dave, tiba-tiba.
"Yang ini?" Eleena tunjuk surat tersebut pada Dave.

"Ya."

Eleena menghulurkan surat tersebut pada Dave.

"Tapi pulangkan balik, sebab kami nak gunakan surat tu untuk tujuan siasatan," kata Eleena.

Dave baca kembali kandungan surat yang ditulisnya hampir 20 tahun yang lepas. Dia kemudiannya menekupkan muka, memulangkan kembali surat iti pada Eleena, dan kemudian menangis.

"Kalau tak, aku dah mati," kata Dave menangis.

"Den dah koba, jangan buto hati. Ingat kek Tuhan. Solamat dunio akhirat," Abang Kay menepuk bahu Dave dan memujuk sahabat sekian lamanya.

Adli mesej pada group Whatsapp.

Adli: mn korg ni? aku, edry dgn kam kat studio wak ramlan ni.

Eleena balas.

Eleena: kami baru habis interview mangsa diana bt roslan di jalan reko. nanti kami naik grab menuju ke situ.

Selepas makan, Eleena dan Nizam bersalaman dan berfistbump dengan Abang Kay dan Dave. Nizam tanya poster Kurt Cobain tu dia jual tak.

"Tak dapek la kalau poster Cobain tu, jang! Bukan ekau soghang jo tanyo. Ghamai tanyo, den tak jual!" kata Abang Kay.

Sedang Eleena dan Nizam keluar dari restoran Abang Kay, mereka ternampak kereta ayah Nizam. Dalam ada perempuan. Dia nampak ayahnya keluar dari 7-Eleven membeli air dengan muka tersenyum.

Nizam pandang saja ayahnya yang berlalu pergi darinya.

"Awak, kereta Grab dah sampai," Eleena cuit bahu Nizam.

"Sama ada bapak aku jadi driver Grab atau Uber, atau ada sesuatu yang tak kena," detik hati Nizam memeluk tubuh sambil memandang cermin tingkap di luar.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top