Lembayung Senja diufuk Caturdasa

"SERANG!"

Athran menekan punat merah yang sudah tersedia pada papan pemandu burung semberani berkali-kali. Wajahnya berkerut. Picu senjata yang berada pada bahagian luar kenderaan keluli itu mengeluarkan pancaran cahaya gemerlapan berwarna biru firus. Pancaran biru firus yang berteknologi tinggi itu lantas dihalakan tepat ke arah sasaran yakni pada jasad burung semberani berjentera pihak lawan. Paparan imej radar pada skrin berwarna hijau dengan garis-garis putih menunjukkan lokasi kedudukan burung semberani berjentera pihak lawan. Athran menunggang burung semberani berjentera yang berwarna biru langit berceloreng putih dengan nombor pendaftaran BA-07 pada permukaan burung semberani berjentera terbabit. Mata Athran dibundarkan sebesar-besarnya sebagai tanda fokus pada sesuatu kerja yang sedang dilakukannya.

Ada beberapa buah jasad burung semberani berjentera kepunyaan puak Blue Aquamarine turut mulai meninggalkan sarang warhouse masing-masing. Jasad burung semberani berjentera itu meluncurnya laju menuju ke lapisan troposfera dan ada juga yang menuruni hingga ke lapisan atmosfera, terkadang melalui ruang-ruang antara gumpalan awan untuk bersembunyi. Inilah kebijakan bersembunyi yang digelar sebagai 'teknik lindungan awan'. Orang-orang yang diburunya oleh mereka itu tidaklah diketahui bentuk rupanya ataupun kedudukan kristalnya di bahagian mana. Waima, orang-orang yang diburunya itu pula tidaklah diketahui sebab musabab mereka harus berperang sesama sendiri walaupun berpijak pada bumi yang sama. Mereka menggunakan prinsip 'Yang Menurut Perintah' sahaja. Hanya melalui perbezaan celoreng warna badan pada jasad burung semberani berjentera masing-masing yang memisahkan ketiga-tiga puak ketumbukan terbabit. Kalau mereka berselisih di awangan, maka dilepaskanlah pancaran cahaya yang berbagai warna tetapi tetap mengundang bahaya.

Ada secebis kegeraman dan rasa ingin memenangi perlawanan itu. Dengan sepenuh hati dan perasaan teruja yang memuncak, dia dengan bersungguh-sungguh menumpaskan satu persatu burung semberani berjentera perang pihak lawan walaupun burung semberani berjenteranya itu sedang mengalami sedikit kerosakan di bahagian enjin pada sebelah kiri. Lampu amaran pada pepapan pemandu mulai berkelip-kelip. Daripada pantulan cermin sisi belah kiri, Athran dapat melihat sedikit gumpalan asap berwarna kelabu cerah yang berkepul-kepul pada belah kiri enjin burung semberani berjenteranya itu. Asap yang berkepul-kepul itu kemudiannya semakin lama semakin bertukar menjadi warna hitam.

Dia tahu lawannya bukanlah calang-calang ketumbukan. Dia juga tahu lawannya juga terdiri daripada pelbagai latar belakang dan juga kemahiran yang tak terbanding dengan dirinya. Ada yang berpangkat sarjan perang, ada juga yang berpangkat komander, tidak sedikit pula yang berpangkat 'heavyweight'. Pengalaman dan ilmu pengetahuan berkenaan peperangan ini sudah semestinya mudah ditelah. Buku 'Seni Peperangan' hasil tulisan Sun Tzu semestinya sudah dikunyah lalu dihadam oleh golongan senior ini. Namun, berbekalkan sumber kekuasaan kristal biru Aquamarine, mereka percaya semangat kebersamaan dan percaturan yang tepat ini mampu menewaskan puak Penentang Jingga Topaz Union dan juga Puak Penyelaras Emerald Hijau.

Semasa Athran sedang sibuk menekan punat butang dan berada pada posisi menyerang, tiba-tiba sahaja sepasang anak matanya yang terbundar besar itu terpana oleh kejelitaan wajah serta keanggunan susuk tubuh seseorang. Aura kejelitaan makhluk ciptaan tuhan yang satu ini terlihat daripada salah satu burung semberani berjentera puak Penentang Orange Topaz. Entah muncul daripada manakah perasaan ini, hatinya tiba-tiba sahaja dicampakkan dengan perasaan berdebar tatkala melihat sosok jiwa yang satu ini. Jiwanya dirasakan mulai berbunga mekar dengan bibit-bibit yang dirasakan cinta pandang pertama mulai menerpa. Serangan demi serangan daripada picu senjata burung semberani berjenteranya terhenti secara tiba-tiba. Jantung Athran bagai berderap kencang ketika kedua organ matanya mulai terpandangkan sosok kejelitaan seseorang yang kenit dan comel. Insan yang satu ini kelihatannya sedang bertarung dengan burung semberani miliknya. Tetapi sayangnya gadis genit itu berketurunan puak Penentang Orange Topaz Union.

Tidak sampai sesaat kemudian, bunyi letupan daripada arah kiri dan kanan badan kapal angkasa diikuti oleh kepulan asap tebal telah mengejutkan tumpuan Athran. Peristiwa itu lantas membuatkan Athran terasa seperti sedang mamai-mamai separuh sedar. Jasad badan mula dirasakan melayang-layang manakala jasad semberani berjentera miliknya dirasakan sedang menjunam sambil mengikuti hukum kanun fizik graviti. Jasad semberani berjenteranya itu kemudiannya mengeluarkan bunyi berdesing seperti tekanan angin yang kuat lalu menjunam jatuh di sekitar kawasan permatang tengah lautan yang berpasir. Kedengaran sedikit bunyi letupan tetapi tidaklah sehingga menyebabkan kemusnahan total.

"Macam itu sekali kah kekalahan ketumbukan kita?"

Dua orang jeneral pertahanan yang sedang berdiri disatu sudut tersorok Istana Pentadbiran itu mendengarkan sahaja pertanyaan General Tokazukizu. Nadanya mendengus dan sedikit bengis. Riak wajahnya kelihatan marah bercampur kecewa. Kekalahan demi kekalahan yang diberitakan kepada Puak Blue Aquamarine nampaknya semakin jelas dalam peperangan Caturdasa kali ini. Dia seolah-olah tidak percaya perkara ini akan berlaku.

Para penasihatnya dikhabarkan sedang berkumpul di perkarangan istana bekas pemimpin itu yang terletak di puncak banjaran pergunungan persekutuan Atlantik. Riak wajah mereka yang mempunyai kristal Blue Aquamarine didahi itu bertambahlah biru. Riak muka yang pucat lesi serta bermuram durja turut kelihatan apabila satu demi satu laporan daripada ketua laskar ketumbukan di medan perang menyatakan kekalahan demi kekalahan melalui peranti komunikasi.

Satu persatu burung semberani berjentera perang 'Blue Aquamarine' yang dilengkapi dengan kemudahan teknologi canggih mineral Lanthanite telah jatuh lalu musnah. Manakala kepulauan Caribbean, rantaian Pasifik Utara dan Permatang Tengah Lautan yang sebelum ini dikuasai oleh laskar tentera kristal biru telah mulai ditakluki oleh laskar ketumbukan puak Penentang Orange Topaz Union. Panji biru yakni bendera yang menjadi penanda kawasan Blue Aquamarine walau bagaimanapun telah berjaya dibuang dan dibakar oleh puak penentang. Kawasan itu kemudiannya dipacak pula dengan panji oren puak Penentang Orange Topaz sebagai tanda kemenangan menawan kawasan taklukan baru mereka. Penduduk di kawasan taklukan baharu itu pula tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka hanya mampu menyerah diri dan berdoa semoga pentadbiran baharu ini tidak memancung leher mereka walaupun berlainan kristal pada anggota badan.

Tiga orang individu yang mendengar pertanyaan General Tokazukizu itu hanya mampu membatukan diri. Tiada kata-kata yang dapat dilontarkan bagi menggambarkan betapa kecewa, sedih dan sayu akan kekalahan yang amat mengejutkan itu. Laporan yang tidak putus-putus terus keluar daripada peranti komunikasi hasil laporan ketua laskar utama dalam ketumbukan di medan perang. Mereka bakal kalah total dengan sebahagian kawasan yang dahulunya dimiliki oleh puak Blue Aquamarine kini telah ditawan oleh puak penentang.

"Tiada siapa dapat menjangka kekuatan luar biasa puak Penentang Orange Topaz Union dalam episod peperangan kali ini. Memang mereka pernah ada mendengar ura-ura bahawa puak Penentang kristal oren akan memberikan tentangan yang amat sengit namun mereka fikir mereka (puak biru Aquamarine) masih selamat dan boleh menang." ujar seorang wartawan yang sedang membuat liputan berkenaan peperangan Caturdasa ini.

Keadaan seperti ini tidak pernah dijangka sama sekali oleh sesiapapun. Ini memandangkan persiapan laskar ketumbukan Blue Aquamarine tampak lebih kemas dan bersedia sebelum berlepas ke medan pertempuran. Untuk rekod, mereka tidak pernah sekalipun kalah dalam setiap pertempuran sejak ayah kepada General Tokazukizu menubuhkan kesatuan itu tiga puluh abad yang lalu. Bangsa pemegang kristal biru juga menang secara berterusan dan konsisten tanpa pernah kalah sejak enam puluh satu abad yang lalu.

***

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top