Genderang Ketumbukan Melakar Sejarah
MIKY memapah Athran yang sedang menahan kesakitan menuju ke sebuah gua batu kapur semulajadi. Lokasi gua batu kapur semulajadi itu tidak jauh daripada lokasi bangkai burung semberani berjentera milik Athran yang terdampar. Kemudian, Athran diletakkan di sebuah tempat berbatu yang agak leper dan licin sedikit permukaannya bagi memberikan keselesaan kepada Athran. Miky kemudiannya membuka beg sandangnya itu, lalu mengeluarkan beberapa keping plaster, tisu basah anti-bakteria dan juga sebotol kecil iodin bagi mencuci kesan luka pada bahagian muka, tangan dan juga kaki Athran.
Meninjau keadaan gumuk pasir Permatang Tengah Lautan dari kawasan gua batu kapur semulajadi itu, kelihatan asap putih masih berkepul-kepul menyelubungi burung semberani berjentera milik Athran. Kelihatannnya, burung semberani berjentera milik Athran itu sudah tidak lagi boleh digunakan untuk satu jangka masa terdekat ini. Kerosakan teruk yang berlaku pada bahagian sisi kiri pesawat berkenaan telah melumpuhkan keseluruhan sistem operasi software dan hardware yang terpasang pada papan pemandu utama burung semberani berjentera berkenaan.
"Kenapa kau... Kau bantu aku?" Athran membutirkan pertanyaan kepada Miky yang sedang memapah Athran ke arah bongkahan batu-batu kapur.
"Sebab, aku masih ada sifat kemanusiaan dalam hatiku ini." jawab Miky ringkas sambil mengerak-gerakkan sesungut hijau itu. Tampak comel disitu.
Miky kemudiannya mengalas kawasan tempat perbaringan Athran dengan sekeping canvas kecil yang turut dibawanya dalam beg galas kecemasannya itu. Dia menyandarkan perlahan-lahan kaki kiri Athran ke permukaan lantai gua batu kapur lalu mengeluarkan kristal oren topaz. Sebuah bekas lutsinar diambil daripada dalam beg galas kecemasannya. Miky berjalan ke arah belakang dan menadah titisan air yang menuruni bumbung gua batu kapur semulajadi itu melalui tiang-tiang stalagtite. Dia kemudiannya mengambil kristal oren yang ada pada loket yang tersergam didadanya, lalu di letakkan dalam bekas lutsinar yang berisi air yang ditadah. Miky kemudiannya kembali berada disisi Athran yang sudah separa sedar akibat kehilangan banyak darah.
"Hirup air ini. Kamu akan merasa lebih baik dalam masa beberapa minit." Miky meminta Athran menghirup air yang diletakkan kristal topaz oren tadi. Mulutnya terkumat-kamit membacakan beberapa potong ayat penyembuhan.
"Kristal ini mempunyai kebolehan rahsia dalam proses penyembuhan badan secara kendiri." Miky melalukan kristal topaz oren yang ditadah tadi ke anggota badan Athran yang tercedera tadi.
"Sama juga dengan kristal biru ku. Kristal kami juga mempunyai kebolehan rahsia dalam proses penyembuhan organ dalaman. Hanya perlu masukkan ke dalam air minuman." Athran juga berkongsi kebolehan rahsia kristal biru Aquamarine kepada Miky.
"Kita hidup di dunia yang saling melengkapi, tapi kenapa perlu kita bermusuh?" Miky membebel sendirian sambil menyuakan kristal Oren Topaz di kawasan berdarah pada tubuh Athran.
"Ouch..." Athran menjerit kesakitan sambil menahan kepedihan pada luka berdarah di kakinya yang tersepit tadi.
"Tahan sedikit.... Kau asal dari mana?" Miky menenangkan Athran. Terlihat tag nama di bahagian dada Athran, namun perkataannya sudah hilang terpalit dengan darah Athran.
"Aku merupakan Laskar ke-24 regimen Laskar Diraja Kristal Blue Aquamarine. Dan kau pulak?" Athran tersenyum kelat sambil menahan sakit. Dia cuba mencari jikalau ada pengenalan diri di bahagia baju Miky yang berpakaian seperti seorang jururawat hospital swasta KPJ.
"Dan aku pula adalah daripada unit perubatan awam dalam laskar Penentang Orange Topaz Union." Miky hanya membalas dengan secangkir kuntuman senyuman bersama dua buah lesung pipit di bahagian kiri dan kanan pipi.
"Comelnya nama kau. Maknanya engkaulah frontliner." Athran tersenyum lalu memuji kecomelan nama Miky sambil menahan kesakitan .
"Engkau pun frontliner juga, Athran. Ada-ada je la hihi." Miky hanya menguntumkan senyuman.
Gua batu kapur semulajadi itu memberikan perlindungan dan kehangatan yang terbaik untuk proses penyembuhan Athran. Dengan suhu yang tidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk di dalamnya, gua batu kapur itu ibarat 'hospital sementara' buat Athran atas bantuan Miky dalam usaha menyembuhkan kecederaan yang dialaminya itu. Kewujudan sumber air yang bersih didalam gua batu kapur semulajadi itu, ditambah dengan kewujudan ranting-ranting pokok yang ada di bahagian luar gua terbabit (yang digunakan untuk memasak air yang ada), sudah cukup untuk memberikan tempoh penyembuhan dan kemandirian buat Athran sebelum kembali dengan misi yang seterusnya.
General Tokazukizu tidak pergi ke Dataran Kesejahteraan Kristal Biru hari itu seperti kelaziman pemimpin-pemimpin kristal biru Aquamarine yang terdahulu. Beliau sebaliknya terperap di istananya, dan general-general ketumbukan di bawahnya mula hadir satu-persatu untuk mendengarkan kemaskini terkini daripada walkie talkie.
"Kita akan kalah besar. Kepulauan Caribbean tumbang. Rantaian Kepulauan Pasifik ditawan. Permatang Tengah Lautan juga terlepas daripada genggaman bangsa kristal biru." kata seorang laskar senior yang telah berpaling tadah kepada laskar puak Penentang Orange Topaz suatu ketika dahulu.
Beliau pada awalnya hanya menjangkakan akan menang tipis sahaja oleh kerana ketumbukan laskar Penentang yang terlihat lemah dan tidak melalui latihan yang intensif, namun jangkaannya meleset sama sekali. Menjelang sinar lembayung senja diufuk barat, beberapa laskar senior heavyweight dalam ketumbukan kristal biru Aquamarine sudah kalah teruk dengan sebilangan besarnya total lost.
Sekelumit pengharapan yang kemungkinannya masih ada cahaya peluang untuk mencium bau-bau kemenangan walaupun tipis tampaknya hancur lebur. Perkara ini menjadi mustahil apabila tidak lama setelah sinar sang rembulan memancarkan sirnanya, General Penentang Rinkarika Chirikishi telah mengisytiharkan kemenangan mutlak puak Penentang Orange Topaz didalam siaran walkie talkie dan radio yang telah dipintas oleh puak Penentang.
"Ayahanda, Athran selamat?" Princess Zixy keluar daripada kamar tidur lalu melontarkan pertanyaan kepada Ayahandanya, General Tokazukizu tentang keberadaan cinta hatinya, Athran.
"Ayahanda....Ayahanda..." Princess Zixy mendesak ayahnya.
"Kamu boleh diam tak?! Ayahanda tengah serabut ni!" General Tokazukizu tidak dapat menahan sabar dan amarah lalu menengking anakandanya, Princess Zixy.
Pertanyaan Princess Zixy tidak kena pada masanya. Sedang ayahnya yang serba serabut ketika diambang kehilangan kuasa dan pangkat, dia boleh pula merengek-rengek bak kanak-kanak kecil yang mahukan perhatian. Dasar anak-anak T20.
Princess Zixy agak tersentak dengan suara garau General Tokazukizu yang menusuk ke dadanya. Beliau yang dimarahi Ayahandanya lantas berlari dan kembali ke kamar tidurnya lalu menangis tersendu-sendu.
Sementara itu, diluar istana, kebanyakan penduduk telah merayakan kemenangan puak Penentang Orange Topaz Union. Kebencian mereka kepada pemimpin Blue Aquamarine nampaknya semakin membuak-buak.
Sebuah Kerajaan yang cukup bongkak, sombong, angkuh dan menindas ini akhirnya tumbang dan kalah teruk dengan cukup hina sekali selepas 61 abad mereka memerintah. Tidak ada perkataan yang dapat digambarkan dengan kata-kata tentang perubahan kuasa besar-besaran yang sedang berlaku ini dan hanya laugan 'Harapan Baru Orange Topaz Union' di jalanan menjadi titik tolak permulaan kepada sebuah hari baru.
***
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top