BAB 61

Setelah menjawab panggilan telefon daripada Shakeel, Faiq mengukirkan senyuman lebar. Apa bendalah yang diborakkan tak tahulah.

"Amboi seronoknya sampai tersengih-sengih kenapa?" Soal aku ingin tahu.

"Shakeel dia kata Ryana pergi check. Positif pregnant." Balas Faiq.

"Amboi Ryana, tak bagitau Esha pun." Aku mengerutkan kening.

"Dah rezeki dia Esha. Alhamdulillah, seronok Bie dengar Shakeel bercerita. Teruja betul, padahal dah ada anak pertama kut. Inilah perasaan bila nak jadi ayah kan." Faiq kelihatan tumpang bahagia dengan berita gembira Shakeel.

"Shakeel dulu tu pernah plan tak nak Ryana pregnant dulu. Tapi siapa kita nak menolak rezeki. Sudahnya, keluar juga anak dara dia si Raysha tu. Alhamdulillah, elok Shakeel jaga anaknya. Shakeel tu dahlah soft spoken." Aku mula memuji Shakeel.

Wajah Faiq dah berubah cemburu. Mula dah cemburu tu.

"Habis Bie tak soft spoken ke?" Soal Faiq.

"Sikitlah." Ujarku sambil menghulurkan mainan pada Ariz. Faiq sudah menarik wajahnya.

Aku mencapai telefon diatas meja lalu mendail nombor telefon milik Ryana. Tak sampai beberapa saat panggilan sudah diangkat. Aku tekan mode pembesar suara agar Faiq mendengar sekali perbualan kami.

"Assalamualaikum, Ryana amboi pregnant tak bagi tau aku ya? Kalau Faiq tak cakap. Silap-silap kau dah bersalin baru aku tahu kau mengandung." Gurauku.

"Aku nak cakaplah tapi Shakeel yang cakap dulu. Orang excited nak jadi daddy lagi kan?" Sempat aku dengar tawa Ryana dalam talian.

"Tahniah Ryana dan Shakeel sekali. Tahniah Raysha jugak nak jadi kakak."

"Alhamdulillah rezeki kami. Kau Esha, dah lima bulan kahwin ada hasil ke?" Amboi kemain soalan Ryana dah macam mak cik bawang. Aku pandang wajah Faiq yang masih masam kerana aku memuji Shakeel tadi. Dalam dia mencuri dengar juga perbualan aku dengan Ryana.

"Entahlah Ryana, aku rasa tak lama lagi Ariz pun dah nak jadi abanglah." Selepas mendengar Ryana menjerit sakan. Kemain suka dia mendengar. Faiq? Setelah mendengar dia terus berubah wajah.

"Seriuslah? Betul ke kau ni?" Ryana menyoal lagi.

"Iya buat apa aku nak tipu. Kau ingat aku ni saja-saja gemuk ke? Aku gemuk sebab pregnant lah. Kau sendirikan perasan macam mana gemuknya aku sekarang?" Balasku.

"Janji apa pulak ni sama-sama pulak pregnant. Okey, aku nak bagitau Shakeel." Ryana terus mematikan taliannya.

Faiq terus mendekatiku. Dia bertanya ingin kepastian.

"Betul ke ni?" Soalnya sambil mengerutkan dahi.

"Betullah takkan nak tipu pulak kalau soal macam ni."

Faiq mendengar terus bersujud syukur. Aku nampak dia terlalu bahagia. Setelah selesai sujud syukur dia mencium pipiku.

"Terima kasih sayang sebab sudi kandungkan anak Bie. Terima kasih, mungkin inilah perasaan Shakeel masa dapat tahu dia jadi ayah. Bahagianya tak terhingga." Faiq meraup wajah.

"Itu baru satu berita."

"Habis berita lagi satu apa?" Soal Faiq ingin tahu.

"Kali ni kembar jugak Bie." Aku tersenyum saat memberi tahu perkara itu. Makin bersorak Faiq lalu mendakap erat tubuhku. Aku sebenarnya mual dengan bau tubuh badan Faiq. Tapi apakan daya, aku relakan saja. Datang dah sindrom Kak Seri dekat aku bila hidu bau badan suami mulalah mual saja.

"Alhamdulillah, kali ini Bie akan jaga sayang baik-baik!" Ujar Faiq.

"Nanti dulu!" Aku meleraikan pelukan.

"Bukan kembar dua tau ini kembar tiga. The triplets nampaknya Esha kena jaga kandungan lebih kali ini. Tak boleh main tibai aje macam masa kandungkan Ariz dulu."

"Tiga?" Faiq menunjuk tiga jari. Melebar senyumannya.

"Terima kasih sayang. Ya Allah, rezeki tak di duga. Syukur Alhamdulillah. Jarang orang dapat kembar tiga ni. Lepas ni kena kerja keraslah. Anak kita bukan saja seorang lepas ni tapi empat." Faiq ingin memeluk lagi sekali tetapi aku menghalang.

"Janganlah peluk lagi, Esha tak tahanlah bau badan badan Bie. Bukan busuk tapi faham-faham ajelah sindrom ibu mengandung ni." Aku menerangkan keadaan sebenar. Faiq tak marah lalu dia mengangguk faham. Walaupun Faiq bukanlah lelaki yang soft spoken macam Shakeel tapi Faiq adalah seorang yang memahami. Dia faham apa yang ku mahu dan tak mahu.

"Tak apa Bie faham. Sayang teringin nak makan apa?" Soal Faiq.

"Tak nak makanlah. Tapi nak minta tolong jagalah Ariz ni sekejap. Letihlah badan ni. Pinggang pun sakit tau." Aku mengadu. Belum sempat menghabiskan kata-kata. Faiq terus memicit pinggangku. Amboi kemain Faiq ni.

"Jaga Ariz bukan picit pinggang."

"Baik puan." Faiq membalas dengan lagaknya seperti aku seorang bos. Sempat dia mencuri mencium pipiku.

"Sudahlah tu ayahnya, tak malu ke depan Ariz tu." Aku memuncungkan bibir.

"Buat apa nak malu itu tandanya ayah sayangkan ibu kan Ariz?"

"Ayah, Ayes tadi abang ke?" Soal Ariz dengan pelatnya setelah lama mendiamkan diri. Sedar tak sedar Ariz dah genap tiga tahun. Makin membesar makin petah mulut bercakap.

"Jadi bukan tadi. Iya Ariz akan jadi abang. Dalam perut ibu ada baby." Faiq menerangkannya.

"Yeay ada baby!" Sorak Ariz walaupun dia masih belum faham.

Faiq terus memeluk tubuh kecil Ariz. Sejak Ariz makin rapat dengan yahnya bukan main. Dia tak mahu dah dengan aku. Tidak dulu kemana saja aku pergi mesti nak mengikut. Tak apalah yang dia rapat pun ayahnya juga bukan sesiapa pun.

******

Beberapa tahun kemudian....

Syukur Alhamdulillah hari ini kami dapat berkumpul kerana kenduri kahwin Sofea dengan Daniel. Akhirnya teka-teki kisah cinta mereka terjawab. Lama juga mereka berkenalan. Keluarga mertuaku pun turut ada sekali.

Faiq dan ahli keluarga lain sibuk buat kerja rewang. Kaum perempuan biasalah tengah sibuk macam ni mesti hias-hias. Meriah sangat rewang kenduri Sofea ni.

"Eh, mana the triplets anak dara kau tu. Sejak dah boleh berjalan ni. Aku tengok Faiq kau tu dah tak terkejar nak jaga." Soal Ryana sambil membelek bunga telur.

Sempat aku pandang perut Ryana yang masih memboyot. Iya, Ryana hamil anak ketiga. Syukur, rezeki Ryana dan Shakeel murah. Anak kedua mereka lelaki di beri nama Ryan Shafeeq.

"Aku tanya kau ni kenapa termenung? Ada niat nak pregnant lagi ke?" Soal Ryana.

Aku mengerutkan kening.

"Cukuplah, aku tutup kilang dulu. Kan aku bersalin caesar. Bahayakan nyawa kau tau tak kalau aku pregnant sekarang." Ujarku. Iyalah kembar tiga. Nak pulak aku ada komplikasi masa mengandung dulu. Memang dalam pantauan doktorlah. Faiqlah sentiasa menjadi peneman tatkala aku sedang menahan sakit masa hamil dulu.

"Manalah tau, kut ada plan lagi ke. Tambah lagi dua ke?" Ryana berseloroh.

"Mentang-mentang aku baka kembar memang nak aku menambah double triple je ke?" Aku menjeling Ryana.

"Aku pun terlupa mana anak-anak aku eh? Mana Shakeel bawak anak aku?" Soal Ryana.

"Shakeel bawak budak-budak tu keluar sekejap. Dengan anak aku sekali dia angkut. Tak tahulah mana pergi." Aku menerangkan pada Ryana.

Tiba-tiba Puan Maria memanggilku.

Aku beri isyarat pada Ryana untuk pergi ke Puan Maria.

"Iya, mama kenapa ni?" Soalku.

"Dah lama mama nak cakap ni. Mehlah duduk sini." Ujar Puan Maria. Aku mengambil tempat di bangku bersebelahan kerusi roda Puan Maria.

"Ada apa Ma?"

"Mama nak ucap terima kasih sebab beri peluang pada Faiq. Mama kesal sangat tak pernah beri peluang untuk Esha bahagiakan Faiq. Mama terlalu pentingkan diri sendiri. Mama terlampau ego. Mama rasa tercabar bila Faiq menolak gadis pilihan mama. Tapi akhirnya Esha adalah yang terbaik. Mama buta menilai. Maafkan perbuatan mama dulu Esha." Puan Maria tiba-tiba memohon keampunan.

"Mama, kenapa nak ungkit hal lepas. Kita dah bahagia kan sekarang. Asalkan mama dah restu dan menerima kehadiran Esha dalam keluarga ini pun dah cukup. Dah, jangan cakap benda ini. Kitakan nak raikan perkahwinan adik Esha. Jangan sedih-sedih." Aku mengesat air mata wanita itu. Syukurlah berkat kesabaran anak-anaknya menjaga kesihatan mama makin pulih.

"Esha, andai mama ditakdirkan untuk pergi. Esha janji dengan mama. Bahagiakan satu-satunya anak lelaki mama. Tolong jangan berubah kasih sayang itu walau badai melanda sekalipun. Mama yakin Allah S.W.T dah menjodohkan Faiq dengan wanita yang baik. Terima kasih Esha." Mama terus mencium dahiku. Air mataku bertakung.

"Janganlah cakap macam tu. Mama kan nak tengok cucu mama membesar kan?"

"Ikutkan nak sangat. Tapi keadaan mama pun sekarang tak ubah macam menghabiskan sisa-sisa usia aje. Mama nak jumpa Feiqah. Mama nak peluk cium dia. Cakap dengan papa, maafkan mama sepanjang mama jadi isteri kepada papa. Maaf kerana mama tak sempurna. Sampaikan maaf ini pada anak mama juga. Najla dengan Faiq. Maaf kerana mama tak sempurna dalam mendidik anak-anak." Makin berderai air mataku.

"Mama, jangan cakap macam tu. Mama kena berehat. Mama pergilah rehat dulu ke tidur dulu. Masuklah bilik mak sekejap berehat." Aku terus menolak kerusi roda ke bilik Mak. Aku papah Mama supaya dia berbaring di atas katil.

Sayu wajah itu memandangku.

"Jangan lupa pesanan mama tadi." Puan Maria masih mengingatkan aku.

Aku hanya mengangguk perlahan.

"Mama rehat. Ni Esha, pasangkan kipas. Kalau ada apa-apa call aje." Aku hanya tersenyum lalu meninggalkan bilik tidur itu lalu menyambung membuatkan kerja-kerja rewang.

Aku perasan jam sudah menunjukkan sudah pukul 4 petang. Faiq datang menghampiriku.

"Mama mana sayang?" Soalnya.

"Dalam bilik kenapa?"

"Papa tanya tadi. Iyalah Sayangkan ada dalam rumah dengan mama."

"Sekejaplah Esha panggilkan mama. Tadi dia penat tu sampai cakap benda bukan-bukan. Esha suruh dia rehat dan tidur dalam bilik Mak."

"Mama cakap apa sayang?" Faiq kelihatan gusar.

"Nantilah Esha cerita." Aku terus menapakkan kaki ke dalam bilik Mak. Mama masih lena di buai mimpi.

"Mama, bangun. Papa dah cari mama tu. Dia dah rindukan mamalah tu." Usikku sambil mencuit bahu Puan Maria. Namun tiada jawapan. Aku lihat dada Puan Maria tidak ada pergerakan seperti bernafas. Hatiku mula resah. Puas aku mengoncang tubuh kaku Puan Maria namun tiada jawapan. Aku cuba memeriksa nadi.

Aku tahu jawapannya. Aku meraung melihat Puan Maria. Waktu Faiq sudah berlari masuk ke dalam bilik.

"Kenapa ni sayang?" Faiq makin resah menanti jawapan.

"Mama dah tak ada. Mama dah pergi tinggalkan kita. Patutlah dia cakap dia nak ikut Feiqah." Tangisku sambil menyembamkan muka di bahu Puan Maria.

"Ya Allah, mama!" Faiq pun meraung lalu memeluk tubuh Puan Maria. Tiba-tiba Kak Najla dengan Mak muncul di muka pintu.

"Kenapa Faiq?" Kak Najla menyoal.

"Mama dah ikut Feiqah kak." Tersedu-sedu Faiq menjawab.

"Allahuakbar!" Kak Najla pengsan saat mendengar berita itu.

"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un..." Itu saja yang mampu terkeluar dari bibir Mak. Dia pun turut sedih atas kepergian besannya .

Damailah Puan Maria di sana. Hasratnya untuk bertemu anak bongsunya telah tertunai. Sayu mendengar kata-kata Puan Maria yang terimbas kembali.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top