BAB 54
Kakiku menapak menuju ke kaunter untuk memesan minuman. Seorang pekerja menghulurkan buku menu. Aku selak satu persatu menu yang ada. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.
"Saya nak hot chocolate, white coffee dengan watermelon juice. Berapa semua?" Ujarku kepada pekerja itu. Pekerja itu hanya mengangguk perlahan.
"Semuanya RM 16.80 kak." Kata pekerja itu. Aku menghulurkan not RM 20 dan baki dipulangkan semula.
"Nanti hantar dekat meja nombor 12." Pesanku.
"Baiklah." Ringkas pekerja itu membalas.
Kemudian aku mengambil tempat di meja 12. Belum sempat aku duduk suara Hilman dah menyapa gegendang telingaku.
"Baru sampai? Dah order ke?" Soal Hilman. Bersebelahannya ada Faiq.
"Dah, duduklah." Aku hanya tersenyum memandang Hilman.
Hilman dan Faiq sudah mengambil tempat. Aku pun menurut sekali.
"Ada apa yang penting ke Hilman? Bunyi macam penting sangat aje." Aku menyoal.
"Penting, Hilman ingat. Hilman nak ajak Faiq balik untuk majukan perusahaan kita. Sha kan business partner Hilman mestilah kena tahu." Hilman memberi tahu hasratnya lantas Faiq menggelengkan kepalanya.
"Eh, tak payahlah. Aku pun ada kerja dekat Kelantan tu. Malaslah nak fikir kerja lain." Ringkas Faiq berkata.
"Kau lupa ke Faiq, kau ada syer dengan aku. Ada bahagian kau dalam perusahaan aku. Kau lupa, kau dengan Kak Najla banyak bantu aku. Kalau tak, entah ke mana aku pergi kerja tak tentu hala. Aku nak kau jaga. Ambillah, Sha okey kan kalau Faiq kerjasama dengan kita?" Soal Hilman sambil memandangku dengan penuh harapan.
"Boleh aje tak ada masalah. Apalah sangat nak kerjasama dengan Encik Faiq ni." Aku ketawa bersahaja.
Pelayan itu datang dengan meletakkan minuman yang ku pesan tadi. Aku lihat Hilman mengerutkan dahinya.
"Mana satu air Hilman?" Soal Hilman.
"Hilman kan tak minum kopi macam Sha jadi ambillah hot chocolate ni. Faiq, awak kan suka white coffee nah ambil ni. Jus tembikai saya punya." Ujarku lalu menyedut jus tembikai. Terasa lega tekakku.
"Sha, ingat lagi air apa yang Faiq suka?" Hilman tersengih sendiri. Apa benda punya soalanlah Hilman ni dah tentu Faiq ni bekas laki aku mestilah aku tau.
"Ala, Faiq ni dari zaman sekolah dulu suka minum white coffee. Sha taulah dulu Sha crush dengan Faiq tau. Hari-hari Sha intip. Masa kahwin tak payah cakap kalau boleh tiap malam nak minum kopi saja. Tu yang tak boleh tidur. Dah tak boleh tidur itu yang pergi kacau orang tidur." Sempat aku bercerita perihal aku dan Faiq dulu.
"Faiq memang macam tu ada aje benda nak kacau orang." Hilman turut ketawa macam orang tak ada perasaan. Tak cemburu ke mamat Hilman ni.
"Dulu suka tapi sekarang dah tak suka." Faiq membalas setelah lama mendiamkan diri.
Aku terkejut. Aik, apehal mamat ni dah tak suka white coffee. Jangan nak malukan aku pulak! Dah pesan kot!
"Aik, minum ajelah. Sajalah tu nak kenakan Sha." Hilman mula mengerutkan dahinya.
"Aku dah tak minum white coffee sejak bercerailah. Alah, orderlah air lain." Faiq menolak minuman tadi.
Aku benar-benar terasa dengan tindakan Faiq. Mengada saja tak nak minum.
"Sayang aje air ni. Aku dahlah tak minum kopi. Sha lagilah tak minum. Dia kalau minum mulalah mabuk kopi. Asyik pening kepala tu." Terang Hilman panjang lebar.
Aku merenung wajah Faiq seperti orang yang tak ada perasaan. Sakit hati! Geram! Aku dah nak berbaik kut. Ingatkan dia gembira ke bila aku masih ingat minuman kegemaran dia tapi tak. Dia menolak!
Lantas aku mengambil cawan itu ku tiup perlahan. Agak-agak dah suam sikit aku terus teguk sampai habis. Aku ketepikan segala bau kopi yang aku tak tahan itu. Hilman dan Faiq melopong.
"Kenapa minum ni? Kan tak tahan. Pergilah tukar air lain. Yang minum tu kenapa?" Faiq mula marah melihat tindakanku.
"Habis dah tak ada siapa nak minum. Bagi ajelah saya minum. Kan membazir kalau buang." Aku menjawab. Sejujurnya agak loya tekakku saat air itu melalui kerongkongku ini. Bau kafein yang kuat membuatkanku tak tahan.
"Masalahnya buat apa minum kalau benda tu menyakitkan diri sendiri?" Nada suara Faiq makin tinggi. Dia kelihatan risau dengan keadaanku. Hilman hanya membisu.
"Alah, habis pun pening sikit aje. Buat apa nak kalut. Kan Hilman?" Aku mula berharap agar Hilman menyokongku.
"Sha, nanti kalau sakit kan menyusahkan diri. Macam mana nak jaga Ariz." Hilman hanya menggelengkan kepala.
"Pening sikit? Awak lupa yang saya pernah cabar awak minum air tu dulu selang beberapa jam awak pening dan muntah. Badan awak jadi lembik. Saya ni orang yang paling risau tengok awak dalam keadaan macam tu. Yang ada fikiran saya masa tu cuma kesal sebab tak jaga awak dengan baik!" Faiq benar-benar marah.
"Yang awak nak marah saya kenapa? Bukan awak yang jaga saya nanti." Aku membidas.
"Memang dari dulu perangai awak macam budak-budak. Kalau boleh semua orang kena ikut kehendak awak." Faiq selamba membalas.
Makin membara hatiku mendengar jawapan dari Faiq.
"Suka hatilah yang tanggung sakit adalah saya juga nanti. Bukan ada kena mengena dengan awak Faiq. Hilman, kalau awak rasa saya ni mengada tak apalah. Saya tahu jaga diri saya sendiri. Saya nak balik. Sebelum terlupa minuman tu saya dah bayarkan." Aku bergegas ambil beg tangan lalu ingin pergi.
"Takkan nak drive sendiri? Nanti sakit macam mana?" Soal Hilman.
"Sha boleh balik sendiri. Kalau tak larat boleh naik grab. Apa susah!" Aku terus melangkah meninggalkan dua jejaka itu dengan hati yang geram.
*****
Hampir lembik seluruh tubuhku. Setelah beberapa kali muntah kerana pening. Aku hanya bersandar di sofa. Saat ini rumah agak sunyi hanya ada Kak Seri sedang menonton televisyen. Mak dan Sofea dah balik ke kampung. Along pula masih berkerja. Qayyum dan adiknya Qaseh bermain di dalam bilik.
Sesekali Ariz memanjat badanku. Aku cuma melayan saja kerenah Ariz. Syukurlah Ariz tak meragam hari ini. Taklah susah nak jaga.
"Esha sakit lagi ke? Kak Seri nak keluar beli ubat pun tak berani. Iyalah, Along tak bagi keluar. Nak bagi panadol pun dah habis. Lupa pulak nak beli." Sesekali Kak Seri memicit kepalaku. Berkuranglah rasa pening itu.
Sejujurnya aku tak kesal dengan perbuatanku meminum minuman berkafein itu. Sakit hati aku dibuatnya. Senang-senang aje main tolak air yang aku dah pesan. Sajalah tu nak malukan aku. Mentang-mentang ada Hilman tadi.
"Assalamualaikum." Terdengar suara dari luar memberi salam. Suara itu seperti suara lelaki kami yakin itu bukan suara Along. Lantas kami berdua menyarung tudung yang bersangkut dekat tingkap.
"Walaikumussalam." Kak Seri memandangku.
"Siapa?" Soal Kak Seri.
Aku hanya menggeleng tak tahu. Kak Seri terus bangun dan membuka pintu. Aku memejamkan mata sambil melayan sakitku. Tiba-tiba aku terdengar Ariz ketawa terkekek.
Aku buka semula mata. Ariz ketawa saat ayahnya mencuit pipi gebunya. Dia mula mendepangkan tangannya minta di dukung. Faiq terus mendukung tubuh kecil anaknya.
"Sakit lagi ke? Saya ada bawakkan ubat. Makanlah. Tulah degil sangat tadi nak tunjuk perasaan. Dah tau diri tu tak minum minuman berkafein. Nak jugak. Ariz, ibu ni degil kan? Dah besar nanti jangan degil macam ibu tau." Faiq menyindirku.
Bukan main pulak mamat ni. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba terpacak dekat rumah ni kenapa? Nak tunjuk baiklah tu bagi ubat. Hm, tak payahlah. Ingatkan dah tak peduli.
Eh, kenapa aku buat semua ni? Aku bukan cintakan dia dah. Untuk apa aku sanggup buat begini? Adakah aku buat semata-mata nakkan perhatian dia? Apa benda yang aku buat ni. Takkan aku masih ada perasaan pada Faiq. Habis Hilman macam mana?
Aku menepuk dahiku memikirkan perbuatanku sebelum ini. Tak mungkin! Pantas aku singkirkan perasaan itu.
"Yang awak datang ni kenapa? Hilman mana?" Soalku dengan muka yang cemberut.
"Dia ada hal. Makanlah ubat tu lagipun dia yang suruh saya datang sini." Jawab Faiq yang masih leka bermain dengan Ariz. Dia bawa Ariz ke dapur.
"Apa bendalah dua beranak tu duduk dekat dapur." Aku memandang sekilas kelibat Faiq yang hilang ke dapur.
Tak lama kemudian Kak Seri dan Faiq keluar dari dapur. Kak Seri membawa sedulang yang diisi jag air teh o panas lalu di letakkan di atas meja. Faiq pula membawa segelas air kosong. Ariz yang berada dalam kendongan Faiq mula tergapai-gapai gelas yang berada di sebelah tangan Faiq.
Faiq jauhkan dari Ariz lalu diserahkan kepada aku.
"Makan ubat, tak ada penyakit saja nak cari penyakit." Bebel Faiq.
Dengan perasaan yang agak malu aku bangun dari sandaran lalu mengambil gelas yang dihulur dan makan ubat. Setelah selesai aku kembali bersandar sambil memicit kepala.
"Maaf sebab marah awak tadi." Faiq berkata.
"Tak payahlah cakap pasal benda tu nanti Kak Seri dengar malulah." Aku mencebikkan bibir.
Aku terdengar Faiq ketawa. Aku pandang wajah Faiq. Setelah sekian lama aku tak mendengar Faiq ketawa ikhlas begini. Aku mula rasa perasaan halus kembali melingkari hati ini. Perasaan yang dah lama aku tak rasakan.
"Kenapa gelak?" Soalku.
"Tahu pun malu, lain kali ingatlah kesihatan tu jugak. Dahlah tadi balik drive sorang-sorang. Risau Hilman tadi. Saya dengan Hilman jugak follow awak sampai depan rumah. Tahulah awak tu bakal isterinya." Terang Faiq panjang lebar sambil tersenyum.
"Terima kasih Faiq. Saya nak rehat." Balasku ringkas.
"Mehlah jamah sikit kek pisang ni Esha. Awak tu tak makan lagi." Pelawa Kak Seri sambil menuang air.
"Tak payahlah Kak Seri, nak rehat ajelah tak ada selera."
Kak Seri faham lalu dia menjemput Faiq minum. Ikutkan nak masuk bilik nak rehat tapi memandang Kak Seri ada dengan Faiq. Tak eloklah tinggal mereka berdua-duaan. Kang Along balik nampak diorang berdua-duaan mahu kena tempeleng dengan Along si Faiq ni. Aku memutuskan hanya tunggu saja di situ.
Tak lama kemudian Faiq mula meminta diri balik. Sempat dia berpesan pada aku banyak berehat. Faiq masih ambil berat tentang aku. Aku hanya memutuskan untuk biarkan perasaan ini. Buangkan perasaan ini sejauhnya dan jangan mempersiakan lelaki bernama Amerrul Hilman. Tetapkan hatiku ini kepada yang benar Ya Allah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top